Baixar aplicativo
3.93% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 50: Keputusan

Capítulo 50: Keputusan

Editor: EndlessFantasy Translation

"Biar saya…fikirkan mengenai hal ini dan saya akan bincangkan kembali dengan kamu."

"Okey, saya akan tunggu kamu." Kata Wei Dong sambil memerhati Huo Mian dengan penuh kasih sayang.

Selepas Huo Mian meninggalkan restoran itu, dia terus menuju ke hospital itu. Adiknya belum sedar. Jadi, dia duduk di bilik VIP itu untuk menjaganya.

Sementara itu, keadaan mental emaknya semakin teruk. Dia mula kelihatan semakin resah, seolah-olah dia akan meletup bila-bila masa sahaja.

Huo Mian yang kepenatan duduk di bangku luar bilik VIP itu menyembunyikan kepalanya di antara lengan.

"Huo Mian."

"Ketua Jururawat." Huo Mian berkata dengan sukar apabila dia sedar siapa yang memanggilnya.

"Saya sudah dengar apa yang terjadi. Saya benarkan kamu bercuti selama beberapa hari akan datang. Jaga adik kamu terlebih dahulu."

"Terima kasih, Ketua Jururawat."

"Saya tahu mengenai semua keadaan kamu di rumah. Mereka di Jabatan OB/GYN menyumbangkan 5,000 yuan untuk kamu. Ambil lah. Kami akan fikirkan sesuatu yang lain jika ini tidak mencukupi."

"Tidak, saya tidak boleh menerima ini…" Kata Huo Mian yang mula berasa tidak senang.

"Ambil lah. Ini hanya sedikit sumbangan daripada kami semua. Kami hanya mahukan adik kamu sembuh."

Huo Mian mengangguk, titisan air mata mula memunculkan diri di bibir matanya.

Dia merayu pada Ning Zhiyuan, tapi ia sia-sia. Dia merayu pada rakan sekelasnya, tapi mereka semua memberikan syarat. Mungkin agak melampau untuk mengatakan yang mereka memburukkan lagi keadaan, tetapi mereka memang pandai mengambil peluang. Huo Mian sangat-sangat bersyukur dengan rakan sekerjanya yang memberi sumbangan ini dengan sukarela.

Realitinya, kebaikan antara manusia merupakan satu perkara yang berkaitan. Huo Mian sudah memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang setengah tahun dia mula bekerja di Jabatan OB/GYN. Dia sudah melakukan semua kerja-kerja yang comot dan sering mengambil shif yang tidak diingini oleh rakan sekerjanya. Jadi, dia memang digemari di jabatan itu. Meskipun Ketua Jururawat itu seorang yang tegas, dia tetap seorang yang beretika dan baik.

"Saya perlu pergi sekarang. Kuatkan diri kamu, adik kamu masih perlukan kamu." Ketua Jururawat itu berpusing untuk berlalu pergi selepas dia menepuk bahu Huo Mian.

Ketika itu, satu mesej WeChat muncul tiba-tiba.

Huo Mian mengambil telefonnya, memandang skrin itu dan perasan bahawa mesej itu daripada Zhu Lingling.

"Saya dengar kamu meminta wang daripada Wei Dong?"

"Ya."

"Jangan minta wang dengan dia. Kamu tidak tahukah apa yang dia mahu daripada kamu? Kamu sedang berjalan masuk ke perangkapnya."

"Bukankah kamu patut kata yang Wei Dong sebenarnya sudah masuk ke perangkap saya?"

"Jangan mengarut. Apa yang kamu cakapkan ini? Saya tidak bergurau. Dia tidak akan pernah meminjamkan kamu wang tanpa sebarang alasan." Zhu Lingling membalas dengan marah.

"Ya, dia memang ada syarat. Dia mahu bertunang dengan saya dan berkahwin dalam masa sebulan."

"Jadi, apa yang kamu fikirkan?"

"Saya mahu bersetuju."

"Adakah kamu gila? Kamu mahu berkahwin dengan lelaki sepertinya? Kamu tidak tahukah manusia jenis apa dia itu?" Zhu Lingling benar-benar berang sekarang.

"Lingling, saya tetap perlu kahwin dengan seseorang. Dan jika saya tidak dapat berkahwin dengan orang yang saya cintai, kenapa saya perlu kisahkan tentang perkara lain?"

Zhu Lingling terdiam di sebelah sana.

Selepas seketika, Zhu Lingling akhirnya membalas dengan berhati-hati. "Mian, pernahkah kamu terfikir untuk meminta bantuan Qin Chu? Mungkin dia boleh menolong kamu."

"Saya lebih sanggup mengahwini Wei Dong daripada merayu dengan Qin Chu."

Zhu Lingling tidak berkata apa-apa selepas dia melihat bagaimana nekadnya Huo Mian.

Selepas Wei Dong beredar, dia sangat gembira. Dia tahu Huo Mian memerlukan wang dengan segera dan dia hanya perlu menunggu sedikit sahaja sebelum Huo Mian bersetuju dengan syaratnya.

Oleh itu, dia memberitahu ketua kelas mereka, Han Xu mengenai hal ini untuk menunjuk-nunjuk.

Gosip ini tersebar dengan cepat dalam kalangan rakan sekelas mereka, daripada mulut ke mulut.

Qin Chu berada dalam mesyuarat perniagaan apabila satu permintaan teman baru muncul dalam aplikasi WeChatnya.

Permintaan itu daripada teman sekelas sekolah tingginya, Liu Siying. Qin Chu pada asalnya tidak mahu membalas, namun Liu Siying menambahkan sepotong ayat dengan permintaannya yang menarik perhatian Qin Chu.

"Huo Mian akan mengahwini Wei Dong."

Wajah Qin Chu berubah kelat apabila dia membaca ayat itu.

Dia menghempaskan telefonnya ke atas meja dengan bunyi 'bang', mengejutkan semua eksekutif GK.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C50
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login