Baixar aplicativo
2.67% Waktu Remajaku Bermula Dengannya / Chapter 34: Sedar Diri

Capítulo 34: Sedar Diri

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu bukan perempuan jenis itu kerana tengok sahaja apa yang kamu lakukan pada Qin Chu sewaktu majlis graduasi. Keluarga dia jauh lebih kaya daripada keluarga saya dan kamu tetap juga berpisah dengannya. Jelas sekali kamu bukan pisau cukur."

"Kamu ini kelakarlah. Terima kasih untuk pujian itu tetapi saya tidak rasa kita sesuai untuk satu sama lain."

"Ayuh lah. Saya berjanji saya akan melayan kamu dengan baik. Betul Huo Mian, saya berjanji saya akan jadi baik terhadap kamu selama saya hidup. Saya boleh jagakan emak dan adik lelaki kamu hingga ke akhir hayat saya."

"Wei Dong, terima kasih."

Selepas membalas, Huo Mian keluar daripada aplikasi WeChat. Dia tidak mahu meneruskan kepura-puraan.

Jantungnya berdegup kencang apabila Wei Dong menyebut tentang apa yang dilakukannya terhadap Qin Chu di majlis graduasi.

Kemudian, telefon Huo Mian berdering.

"Lingling?"

"Mian, saya mahu beritahu kamu. Jangan layan Wei Dong sampah itu. Perangainya agak teruk dan saya dengar dia selalu bertukar teman wanita. Saya memang percaya yang dia mahu menikahi kamu kerana di matanya, kamu seorang dewi. Tetapi lelaki sepertinya sama sahaja. Mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak dapat miliki. Apabila kamu dah bersama dengannya selama beberapa tahun, dia akan berasa bosan dengan kamu dan curang. Saya sudah lihat ramai lelaki sampah seperti dia."

"Saya tahu mengenai itu, Lingling."

"Ya, saya hanya ingatkan kamu."

Apabila dia mengakhiri panggilan dengan Lingling, Huo Mian perasan bahawa dia sudah tiba di Hospital Rakyat Keempat.

Huo Mian membawa sedikit pau kosong dan sup telur bersamanya ke dalam bilik.

"Mak, Mak mesti lapar. Trafik sangat teruk dalam perjalanan saya ke sini." Huo Mian tersenyum.

Muka Yang Meirong kekal masam sewaktu dia mengambil makanan daripada tangan Huo Mian dengan senyap.

"Saya mahu dibenarkan keluar esok."

Huo Mian terdiam seketika sebelum dia menyedari bahawa emaknya sudah cukup sihat untuk pulang ke rumah. "Mhmm. Saya akan tanyakan pada doktor. Kita akan keluar sebaik sahaja tekanan darah Mak sudah turun."

"Bila kamu akan berkahwin? Saya dengar Zhixin kata yang kamu sudah pun membeli pangsapuri." Yang Meirong bertanya pelahan-lahan.

Walaupun Ning Zhiyuan jarang sekali melawat Yang Meirong ketika dia berpasangan dengan Huo Mian, emaknya tidak pernah memberikan masalah kepada lelaki itu. Sebaliknya, Yang Meirong tidak begitu bersemangat mengenai hubungan mereka.

"Kami tidak jadi kahwin." Huo Mian menjawab sambil menggigit bibirnya sedikit.

Yang Meirong berhenti memakan pau dan memandang anaknya dengan pandangan tajam. "Apa yang berlaku?"

"Zhiyuan sukakan orang lain sekarang." Huo Mian memilih jawapan yang diutarakannya. Dia tidak mahu menggalas kesalahan. Dia tahu emaknya akan naik angin mendengarkan nama Qin Chu, jadi dia mencuba sehabis baik untuk tidak menyebut nama itu.

Namun, Yang Meirong menyindir dan bertanya, "Adakah kerana dia sukakan perempuan lain? Atau kerana kamu kembali ada perasaan untuk budak lelaki itu?"

"Mak, saya tidak buat begitu." Wajah Huo Mian bertukar pucat. Dia tidak sangka emaknya akan begitu berterus-terang.

"Huo Mian, biar saya beritahu kamu sesuatu! Kamu akan mempunyai kehidupan yang stabil jika kamu berkahwin dengan orang biasa seperti Ning Zhiyuan. Sudah tujuh tahun berlalu dan saya ingat kamu sudah sedar diri. Saya tak percaya yang kamu masih berdelusi, masih gilakan Qin Chu. Saya ingatkan kamu awal-awal ya. Kamu sedang menggali kubur kamu sendiri. Ingatlah yang ibu bapa Qin Chu cuba membunuh kamu tujuh tahun yang lalu. Kamu masih hidup kerana Pak Cik Jing kamu selamatkan kamu. Kalau mereka tahu yang kamu masih bersama dengan anak mereka, baik kamu mati sahajalah."

"Mak, saya tidak akan bersama dengan dia. Janganlah marah." Huo Mian berkata sambil menghulurkan tangannya untuk memegang tangan emaknya.

"Berambus! Jangan pegang saya!" Yang Meirong berkata sambil menolak semua makanan ke atas lantai menyebabkan bunyi yang kuat.

"Apa yang berlaku?" Seorang jururawat bergegas masuk.

"Saya tidak mahu lihat dia di sini. Keluarkan dia dari sini." Yang Meirong menjerit sambil menuding jari pada anaknya.

"Kamu patut beredar. Mood pesakit menjadi kurang stabil." Nasihat jururawat itu.

Huo Mian berasa teruk. Dia bimbangkan emaknya tetapi dia tidak mahu menyebabkan amarah emaknya membara. Dia tiada pilihan selain beredar.

Kemudian, telefonnya berdering lagi. ID pemanggil menunjukkan nama Ketua Jururawat.

"Ketua Jururawat, adakah semuanya baik-baik sahaja?"

"Huo Mian, pengarah mengesahkan permintaan kamu. Datanglah ke hospital."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C34
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login