Meng Hao bersila di dahi Penjelmaan Syaitan. Kuasa hidup dan asas Pertapaan 100,000 pertapa disalurkan ke dalam Penjelmaan Syaitan dan semua ini dapat dikesan oleh Meng Hao.
"Pencarian Tao awal!" Meng Hao berkata apabila dia mengesan kuasa Penjelmaan Syaitan. Dia mengayunkan tangannya dan kemudian, perisai merah darah yang telah menjadi kecil itu terbang kembali untuk menutup seluruh Penjelmaan Syaitan. Tanpa halangan daripada perisai itu, enam ular kilat itu terus meluncur ke arah Meng Hao, begitu juga dengan roh-roh tidak berjasad dan para pertapa Sekta Tapisan Hitam yang pucat lesi itu.
"Cari pasal dengan Sekta Syaitan Darah? Kau akan mati!" Gabungan suara 100,000 penuntut Sekta itu bergema dari Penjelmaan Syaitan. Langit dan Bumi bergegar apabila Meng Hao mengangkat tangannya lalu menggenggam dengan erat.
Kepada semua pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!