Wanita itu berjalan sehingga dia tiba di tebing. Hujan turun di sekelilingnya, namun tidak menyentuh pakaiannya langsung. Dia seorang rupawan dan memiliki aura pertapa, yang memberikannya seri kerohanian.
Wajahnya dingin dan keningnya berkerut. Kekecewaan dapat dilihat pada matanya dan dia bagaikan menyembunyikan kegusaran dan kekeliruan yang besar dalam hatinya.
Dialah Xu Qing.
Dia sudah mencari Meng Hao selama bertahun-tahun lamanya, namun dia tidak menemui apa-apa pun… Dia lebih kurus berbanding sebelum ini.
Dia mengikut gerak hatinya sehinggalah dia terjumpa tasik ini, yang juga merupakan bekas kampung halamannya dahulu.
Apabila Meng Hao terpandang Xu Qing, dia juga terlihat Meng Hao. Ada sesuatu yang kuat mengatakan dia mengenali lelaki itu, maka dia mengubah haluannya dan menuju ke pondok kayu balak tersebut.