Satu dentuman kedengaran. Tangan kabus raksasa telah terhasil daripada gabungan usaha dua pengikut Pemekatan Qi tahap kelapan daripada Sekta Arus Berliku. Meng Hao sendiri tidak mungkin menghadapinya secara langsung. Inilah sebabnya dia menggunakan barang yang kedua paling misteri dalam beg saktinya iaitu pedang kayu. Barang pertama yang paling misteri tentu sahaja cermin tembaga.
Pedang kayu yang menjadi objek keinginan Wang Tengfei. Sekarang, pedang kayu ini telah terbang daripada tangan Meng Hao. Mereka mencantas tangan kabus raksasa dan menuju ke arah dua orang pengikut Sekta Arus Berliku.
Pedang itu tidak memancarkan aura pedang yang kuat tetapi mereka menyerap tenaga rohani di sekitarnya dalam arus yang bergolak ketika terbang di udara. Dua orang pengikut Sekta Arus Berliku yang terkejut segera mengelakkan diri. Dengan mudah, Meng Hao terbang jauh.
Pedang kayu itu berputar kembali kepadanya. Dia tidak melihat ke belakang bahkan hanya meningkatkan kelajuannya ke hadapan.
Abang Liu yang berada di belakangnya mengecilkan mata yang penuh dengan ketamakan.
"Keistimewaan Meng ialah memiliki terlalu banyak barangan sakti. Pedang kayu itu sangat misteri. Itu hanyalah membuktikan lembing yang diingini oleh Sekta Takdir Ungu Lembayung sangat luar biasa! Tapi mengapa dia belum menggunakan kekuatannya?" Mata Abang Liu berkedip ketika dia meneruskan pemburuannya. Sama dengan Meng Hao, dia tidak memiliki kemampuan untuk mempertahankan penerbangan jangka panjang, tetapi memerlukan bantuan sakti untuk meluncur naik.
Sun Hua dan pengikut-pengikut Sekta Arus Berliku yang lain masih marah terutamanya Zhou dan Xu. Sambil mendengus dingin, mereka meluncur mengejar. Sun Hua mengetapkan rahangnya dan mengikuti mereka. Zhou dan Xu berubah menjadi garis-garis cahaya berwarna-warni ketika mereka meluncur naik di udara. Mereka mengekalkan jarak dengan Abang Liu daripada Sekta Angin Dingin tetapi terus mengejar Meng Hao.
Raut wajah Meng Hao mengerikan. Dia tahu Abang Liu daripada Sekta Angin Dingin belum lagi bersungguh-sungguh berlawan dengannya. Dengan kemunculan Sun Hua dan yang lain, dia sekarang memiliki dua gelombang Pertapa yang harus dihadapi. Dia mengerutkan kening.
"Aku tidak mempunyai Batu Rohani yang mencukupi," fikir Meng Hao dengan berwajah muram. "Jika aku ada banyak, aku boleh menduplikasi Pil Roh Syurga dan menembus masuk ke tahap kesembilan Pemekatan Qi... Jika aku berada di tahap kesembilan, orang-orang ini pasti tidak akan berani mengejarku.
"Nampaknya mungkin aku terpaksa menjual sebahagian daripada khazanahku..." Meng Hao berfikir untuk menggunakan cermin tembaga bagi menduplikasi beberapa barang sakti lalu menjualnya. Tetapi Negeri Zhao kecil dan hanya memiliki beberapa Sekta. Jika dia mula menjual barang sakti, dan kemudian menggunakan barang sakti yang sama, maka ini akan menimbulkan kecurigaan.
Ketika dia menggumam kepada diri sendiri yang sedang menghadapi konflik, tiba-tiba matanya dipenuhi dengan tekad. Dia turun ke tanah dan mula berlari sambil menelan beberapa Pil Rohani Bumi sehingga tubuhnya dipenuhi dengan limpahan kekuatan rohani. Kemudian, dia melompat ke atas kipas khazanah dan terus melunjur ke hadapan. Malangnya terdapat banyak gunung di daerah ini tetapi sedikit haiwan syaitan. Salah seekor haiwan syaitan yang dilihatnya itu lemah tidak mustahil dia menggunakan taktik yang biasa untuk mengelakkan daripada pemburuan ini.
Semasa dia cuba mencari jalan yang perlu dilakukan, kedua-dua pengikut Sekta Arus Berliku iaitu Zhou dan Xu, tiba-tiba membuat pola mantera. Satu lagi suara siulan berbunyi daripada seruling di bawah kaki mereka.
Kedengaran seperti ratapan roh yang berputar-putar di sekitar mereka berdua saat jari-jari mereka mengerlip.
"Roh Petir Syurga!"
Ketika kata-kata itu kedengaran, angin kencang muncul di sekitar Meng Hao manakala awan hitam muncul di udara. Kilat mula memancar di dalam awan itu lalu menembak ke arah Meng Hao.
Wajahnya terkejut kerana inilah kali pertama dia menghadapi serangan kilat seperti ini.
Ekspresi terkejut muncul di wajahnya kerana ini adalah pertama kali dia berdepan dengan serangan petir seperti ini. Dia menghentakkan kakinya ke atas kipas khazanah dan segera terbang dengan sepuluh bulu terbang yang saling bertindih. Kilat yang sabung-menyabung menyambar bulu tersebut.
Bunyi dentuman guruh telah menyebabkan bulu-bulu itu berputar. Kilat yang sabung-menyabung telah terhasil daripada gabungan usaha dua orang Pertapa Pemekatan Qi. Meskipun tidak mengandungi kekuatan langit dan bumi, kilat yang terhasil itu tidaklah lemah dan sebenarnya agak kuat mengikut pengamatan Meng Hao.
Wajahnya pucat lesi. Sambil dia menoleh ke belakang, niat membunuh mengerlip dalam matanya. Serangan itu tidak cukup kuat untuk menyebabkan dia muntah darah, tetapi pada saat ini, tenaga rohaninya tidak stabil.
"Roh Petir Syurga ini sangat luar biasa," kata Abang Liu dengan dingin dengan mata yang memancar. "Sihir petir Sekta Angin Berliku ini sangat hebat. Malangnya, asas Pertapaan kamu tidak cukup tinggi. Walaupun dengan semua usaha yang kamu lakukan, ini hasilnya. Jikalau kamu lebih kuat, kamu pasti akan cedera meskipun tidak mati." Walaupun dia bercakap, dia tidak membuat sebarang tindakan terhadap Meng Hao. Setelah pertempuran dengan Meng Hao, dia tahu Meng Hao mempunyai banyak barangan sakti. Dia telah memutuskan perkara terbaik untuk dilakukan ialah dengan bergantung kepada asas Pertapaannya sendiri untuk melemahkan lawannya dan kemudian menyerang.
Dia gembira melihat orang lain menyerang Meng Hao. Ini telah memaksa Meng Hao menggunakan kekuatan rohaninya.
"Kita belum selesai dengan teknik sakti," kata pengikut Sekta Arus Berliku yang bernama Xu. "Jangan nak cakap banyaklah, Liu Daoyun!" Sambil bertukar pandangan, pasangan masing-masing menelan pil perubatan dan kemudian mula membuat pola mantera serentak dengan gerakan jari-jari mereka.
Tiba-tiba awan hitam yang berkeliaran yang memburu Meng Hao mula bergolak. Sekali lagi, kilat terbentuk. Satu raungan bergemuruh merentasi tanah dan sekali lagi bulu-bulu daripada kipas khazanah itu bergerak untuk bertahan. Kali ini, kilat tidak berakhir. Halilintar demi halilintar berdentam tanpa henti.
Dalam sekelip mata, tiga panahan kilat yang menyerang Meng Hao telah menyebabkan dia muntah darah dan memadamkan niat membunuh di matanya. Dia menjentik lengan baju kanannya lalu muncul lukisan skrol. Dia mengalirkan kekuatan rohani ke dalam lukisan skrol dan dua raungan dapat didengari. Kabus dan dua ekor haiwan kabus muncul daripada lukisan skrol itu lalu bergerak ke arah Zhou dan Xu.
Kedua-dua orang lelaki itu pucat. Mereka sudah makan pil perubatan untuk melakukan sihir sakti mereka yang merupakan satu-satunya teknik yang dimiliki. Bahkan dengan usaha gabungan mereka, mereka hanya dapat mempertahankannya sebegitu lama. Mereka sedang membincangkan hal ini ketika sambaran petir keempat melanda. Saat itulah haiwan buas muncul daripada lukisan skrol Meng Hao.
Haiwan kabus ini berupa serigala. Dengan kepala yang berputar dan lolongan yang garang, mereka menyerang kedua-dua orang lelaki itu sambil riak hitam tersebar dari bawah tapak kaki mereka ketika sedang berlari.
Liu Daoyun memandang Hao dengan mata berkelip. Dia mengangkat tangan kanannya dan tepat pada waktu itu, Meng Hao membentangkan lukisan skrol. Halilintar itu nampak seperti akan jatuh lalu dia menggigit lidahnya dan mengeluarkan darah. Jari-jemarinya mengerlip dan menyebabkan darah melingkari tangannya. Wajahnya mula merah padam. Dia melambai jari kepada Meng Hao.
"Pemekatan Qi, Jari Badai Salju!"
Serangan jari itu datang tanpa amaran. Darah merah tiba-tiba menjadi hitam dan mula memancarkan kesejukan yang sangat luar biasa. Dalam sekelip mata, ia berubah menjadi jari yang diperbuat daripada kristal ais. Ia berubah menjadi sinaran prismatik yang terus menembak ke arah Meng Hao. Dalam sekelip mata, jaraknya hanya sembilan meter daripada diri Meng Hao.
Serangan jari itu licik dan berkuasa. Ketika ia menghampiri, haiwan buas daripada lukisan skrol bertembung dengan Zhou dan Xu. Di atas Meng Hao, sambaran petir keempat mula terhasil.
Meng Hao merasakan ini adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Senyuman yang kejam muncul di wajah Liu Daoyun dan dia maju selangkah. Di bawahnya terdapat cahaya yang berkilauan boleh dilihat ketika pedang kristalnya menembak ke arah Meng Hao.
"Mari kita lihat macam mana kamu mengelak kali ini," katanya sambil matanya berkelip. "Tak boleh! Kamu mesti menggunakan lembing perak kamu dan tunjukkan kekuatannya kepada kami. Aku sangat tak sabar melihatnya!"
Anak mata Meng Hao mengecil. Tiada masa untuk mengeluarkan barang sakti yang lain. Jadi, dia melepaskan lukisan skrol untuk terapung di sisinya. Ini ialah titik kritikal jadi tiada masa untuk dia berfikir. Dia menjejakkan kaki kanannya ke atas kipas khazanah itu. Tiba-tiba, enam belas bulu terbuka lalu berubah menjadi seperti hujan. Sepuluh daripada bulu tersebut menembak ke arah pedang kristal manakala baki enam bulu di belakang bertahan melawan petir.
Untuk menangani Jari Badai Salju yang menyerangnya, Meng Hao turun ke tanah kemudian menghulurkan tangan kanannya ke atas. Seekor ular berapi yang panjangnya dua puluh atau tiga puluh meter meluncur dari tengah tapak tangannya dan bergegas untuk menyekat Jari Badai Salju. Pada masa yang sama, tangan kirinya membuat pergerakan mantera dan melambainya ke hadapan. Bilah Angin muncul lalu meminjamkan kekuatannya kepada Ular Berapi yang semakin membesar ketika meluncur ke arah Jari Badai Salju.
Semua ini mengambil masa untuk dijelaskan, tetapi yang pasti, perkara ini terjadi dalam masa yang singkat sebagaimana percikan api terhasil daripada batu api. Satu letupan besar kedengaran ketika kilat menghentam enam bulu. Itu menjadi lemah, tapi masih terkena Meng Hao dan menyebabkan dia muntah darah.
Pada masa yang sama, pedang Kristal berlanggar dengan sepuluh bulu. Beberapa siri letupan terdengar ketika bulunya hancur. Aura pedang berterusan menembusi Meng Hao. Dia batuk berdarah dengan banyak menyebabkan tubuhnya bergetar
Seterusnya ialah serangan paling kuat berbanding semuanya, iaitu Jari Badai Salju. Serangan itu ialah satu seni yang telah dilupakan tapi telah ditambah baik untuk membolehkan Pertapa di tahap Pemekatan Qi menggunakannya. Sekarang, serangan itu hanya boleh digunakan oleh seseorang daripada tahap kesembilan Pemekatan Qi.
Bunyi letupan kembali bergema. Perbezaan antara tahap asas Pertapaan segera terlihat. Meskipun kekuatan gabungan yang cukup besar daripada Ular Berapi dan Bilah Angin, mereka masih hancur berkeping-keping. Mereka berjaya menghancurkan lebih kurang setengah daripada Jari Badai Salju yang berwarna hitam itu. Sisanya berterusan menusuk ke dalam dada Meng Hao. Dia batuk lebih banyak darah yang terus berubah menjadi hitam dan membeku menjadi ketulan ais. Tubuhnya berpusing ke belakang.
Kesejukan yang sangat luar biasa terasa ditubuhnya dan membuatnya berasa seakan-akan membeku. Dia tahu ini saat yang kritikal. Tangan kanannya meluncur keluar dan Ceracak Neraka itu muncul bersama-sama dengan dua sepanduk yang melilit tubuhnya.
Pada masa ini, Meng Hao sudah cedera parah tetapi keinginannya untuk melawan tidak hilang. Dia mengetapkan gigi dan berusaha melarikan diri. Tetapi sesuatu terjadi yang tidak dijangka sesiapa, baik Meng Hao yang melarikan diri mahupun Liu Daoyun, Zhou dan Xu daripada Sekta Arus Berliku yang ketika ini berlumuran darah. Tiba-tiba, pihak ketiga tiba untuk menyertai pertarungan!
Anak panah ditembak diiringi dengan teriakan nyaring. Anak panah itu terbang ke arah Meng Hao dengan penuh dengan niat membunuh. Semenangnya serangan itu bertujuan menikam jantungnya dan membunuhnya.
Anak panah itu bergerak dengan kepantasan yang luar biasa ke arah Meng Hao. Dia tiba-tiba rasa sakit disebabkan tikaman di dadanya dan terus meraung. Dua sepanduk yang melayang bergerak untuk menghalang panah. Sebuah letupan kedengaran ketika sepanduk-sepanduk itu hancur. Ketika panah itu terus bergerak ke hadapan, Meng Hao melambaikan tangan kanannya lalu menggunakan Ceracak Neraka, yang pada awalnya ingin digunakan sebagai serangan balas, untuk menyekat anak panah itu.
Terdapat letupan dan Meng Hao memuntahkan lebih banyak darah. Dia menyaksikan ceracak hitam itu hancur. Anak panah bergerak sedikit lambat, tetapi menuju terus ke arahnya.
Dia berundur lalu terjatuh keatas tanah tetapi dia tidak dapat mencari tempat untuk menyembunyikan dirinya. Bahkan, jika lebihan bulu tersebut mencapainya dan membawanya pergi, jumlahnya terlalu sedikit. Dia tidak akan cukup pantas untuk mengelakkan diri daripada anak panah tersebut.
Menggunakan momentum daripada letupan Ceracak Neraka, Meng Hao menarik nafas panjang. Pandangan tajam muncul di matanya dan lalu dia menepuk beg saktinya sekali lagi. Pedang kayu muncul. Dia juga tidak mempunyai masa untuk menghalakan pedang ke arah anak panah itu. Serangan itu datang begitu cepat sehingga melanggar sisi bilahnya.
Bum!