Gambar-gambar tema set ketiga telah diambil di sebuah lokasi dengan pemandangan indah di Bandar S. Gong Xu dan Luo Chen telah memakai pakaian yang sama dari jenama tempatan yang terkenal. Penggambaran juga dibuat di sebuah hutan buluh terpencil yang cantik dan bersuasana dulu kala.
[Wow! Cuba tengok apa yang Gong Xu dan Luo Chen pakai! Kenapa mereka nampak terlalu tampan!]
[Itu jenama dari negara kita sendiri. Jenama ni juga ada pakaian untuk wanita. Harganya tak terlalu mahal dan kualitinya boleh tahan, lebih baik daripada jenama antarabangsa besar yang lain!]
[Lokasi penggambaran ini juga sangat bertepatan dengan tema! Latar belakangnya nampak sangat cantik! Saya rasa saya macam nak bercuti sekarang!]
[Jom kita pergi ramai-ramai!]
…
Selepas kumpulan gambar baru ini dipaparkan kepada orang ramai, selain daripada komen yang membanjiri gambar itu, jenama pakaian yang Gong Xu dan Luo Chen pakai dan lokasi penggambaran juga telah menjadi popular.