Semenjak dia memilih untuk patuh kepada Si Ye Han, lelaki itu telah menjadi begitu lembut kepadanya sehingga ke satu tahap dia lupa sifat sebenar lelaki itu. Lebih-lebih lagi semenjak Si Ye Han diberitahu dia ada masa enam bulan untuk hidup.
Ketika itu, Ye Wan Wan telah dikejutkan dengan kasar oleh semua memori dahsyat tentang lelaki itu…
Ganas, kejam, gila…
Keinginan menggatal untuk mengawal…
Si Ye Han sudah lama tidak bertindak seperti ini. Macam mana dia boleh tiba-tiba hilang sabar?
Tiada satu pun perkara berlaku hari ini yang boleh menjadi penyebabnya. Sebaliknya, ia hari yang agak baik…
Ye Wan Wan tidak berani untuk melawan apabila Si Ye Han berada dalam keadaan seperti ini.
Jika tidak, semua usaha yang dia lakukan selama ini mungkin akan menjadi sia-sia.