Baixar aplicativo
8.77% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 87: Keputusan Besar

Capítulo 87: Keputusan Besar

Editor: EndlessFantasy Translation

'Dia benar-benar mahukan Xiao Mo membunuh seseorang.'

Xiao Mo sukar untuk mempercayainya kerana Xinghe tidak kelihatan seperti seseorang yang akan memberikan arahan sebegitu.

Xinghe memalingkan kepalanya dan merenung tepat pada Xiao Mo seraya berkata, "Ambil nyawa seseorang demi kestabilan dan kemewahan adik kamu sepanjang hayatnya. Saya juga akan lakukan segala yang termampu bagi mencari doktor terbaik untuk merawat dia. Jadi kamu setuju atau tidak?"

Xiao Mo terdiam, dia terpaksa mengaku tawaran Xinghe sangat menggoda. Xiao Mo terhutang budi kepada adiknya. Jadi, harapan terbesarnya untuk merawat kesakitan adiknya itu dan memberikannya kehidupan yang stabil. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya. Tetapi, "Saya mengaku tawaran kamu sangat menggoda, tetapi saya rasa saya tak perlu menerimanya. Ini bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah saya."

Membunuh bukan sahaja salah daripada segi moral tetapi juga salah di sisi undang-undang. Jika dia tertangkap, hukuman mati menantinya. Siapa yang akan memastikan adiknya terjaga selepas Xiao Mo mati.

Tambahan pula dia tidak sampai hati untuk merampas nyawa yang tidak bersalah demi memberikan adiknya kehidupan yang lebih baik. Dia tahu adiknya juga tidak mahu dia bertindak begitu.

Adiknya tidak akan rela Xiao Mo menjadi pembunuh demi kepentingan dia sendiri.

Xinghe mengangguk seperti dia sudah menjangkakan jawapan ini. Dia kemudian menambah, "Tetapi bagaimana jika orang yang saya mahu kamu bunuh adalah Chui Ming?"

"Apa kamu kata?!" Mata Xiao Mo tertumpu pada Xinghe. Perasaan terkejut di matanya segera berubah kepada kebencian. Kebencian itu bukan ditujukan kepada Xinghe. Tetapi kepada nama yang disebutkan - Chui Ming.

"Siapa kamu sebenarnya? Apa hubungan kamu dengan Chui Ming?" Xiao Mo sedar yang dia harus lebih berhati-hati dengan Xinghe.

Xinghe menjawab dengan perlahan "Saya sudah beritahu. Nama saya Xia Xinghe. Seperti kamu juga, Chui Ming musuh saya."

"Kamu tahu tentang permusuhan antara saya dan dia?"

"Kalau saya tidak tahu, kenapa saya datang mencari kamu?"

Tidak hairanlah Xinghe sanggup memberikan bantuan kepada Xiao Mo.

Semuanya sudah nyata sekarang.

"Kamu datang mencari saya kerana kamu perlukan bantuan saya untuk membunuh dia?" tanya Xiao Mo.

Dia mengerutkan matanya pada Xinghe, membaca setiap riak wajahnya.

Xinghe mengangguk dan menjawab, "Betul, saya hanya akan dapat tidur lena selepas Chui Ming mati. Saya seorang wanita yang berpegang pada janji, saya akan kotakan setiap janji yang saya telah buat pada kamu."

Xiao Mo ketawa.

Dia membalas, "Kamu mahu saya percayakan kamu berdasarkan kata-kata sahaja? Kamu ingat saya ini naif sangat?"

"Baik kalau begitu apa kata saya berikan kamu sekeping cek? Seratus juta RMB. Bagaimana? Adakah ia mencukupi?"

Sekeping cek fizikal sememangnya membantu untuk membuktikan yang Xinghe serius. Akhirnya Xiao Mo mempercayainya.

Dia belum percaya tentang aspek pembunuhan Chui Ming tetapi dia yakin wanita ini akan membantunya menjaga adiknya.

Dia perlu membuat sebuah keputusan besar.

Bunuh Chui Ming ataupun tidak.

Sudah tentulah dia teringin membunuh Chui Ming. Dia telah banyak kali melakukan pembunuhan itu di dalam mimpi. Tetapi apa yang akan terjadi kepada adiknya selepas dia benar-benar membunuh.

Satu-satunya tujuan hidupnya, untuk menyembuhkan penyakit adiknya bagi menjaganya.

Perkara inilah yang telah mengawal kebenciannya terhadap Chui Ming. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Chui Ming telah merampas terlalu banyak perkara daripada Xiao Mo. Jadi, tidak salah untuk Xiao Mo untuk merampas balik haknya.

Hak Xiao Mo itu harus dibayar dengan nyawa Chui Ming.

Tawaran Xinghe sememangnya benar-benar menarik.

Melihatkan ke arah wanita yang bagaikan bangkai bernyawa duduk di katil, Xiao Mo membuat keputusannya. Jika dia harus mengorbankan kehidupannya sendiri demi memberikan kebahagiaan selama-lamanya pada adiknya, dia rela. Tambahan pula, dia akan berpeluang untuk merenung mata Chui Ming sambil membunuhnya.

Dia mengangguk dan berkata "Saya akan lakukannya."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C87
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login