Baixar aplicativo
3.93% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 39: Ini Bukti Kamu

Capítulo 39: Ini Bukti Kamu

Editor: EndlessFantasy Translation

"Buat pertama kalinya, saya bersetuju dengan kamu. Kita memang sepatutnya ke balai polis selepas ini," kata Xinghe sambil mengangguk. "Saya akan pergi dapatkan bukti itu untuk kamu sekarang."

Dengan itu, dia berjalan menaiki tangga.

"Berhenti di sana! Ke mana kamu mahu pergi?" jerit Wu Rong sambil bangun daripada sofa.

Xinghe berpaling perlahan-lahan sambil berkata, "Mengambil bukti. Kamu yang memintanya daripada saya. Adakah kamu rasa takut kerana kamu tahu kamu salah?"

"Saya takut kamu akan mencuri daripada saya! Kamu lebih hina daripada pengemis sekarang!"

Xinghe ingin membalas: Tidak lama lagi, saya akan pastikan kamu menjadi pengemis yang lebih teruk daripada saya.

"Kamu dipersilakan untuk mengikut saya sekiranya kamu takut. Sebenarnya, biarkan dua pengawal keselamatan itu ikut sekali," Xinghe berpusing dan kembali mendaki tangga.

"Xia Xinghe, kamu berhenti di sana!" Wu Rong menjerit sambil berlari mengejar Xinghe tetapi Xinghe terlalu pantas baginya.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu memandang satu sama lain, menjongketkan bahu dan membuat keputusan untuk mengikut mereka.

Mereka merasakan mereka akan diperlukan nanti. Tanpa mereka sedari, ketenangan Xinghe telah mempengaruhi mereka untuk mempercayai ceritanya.

Destinasi Xinghe ialah bilik bacaan lama Xia Chengwen.

"Xia Xinghe, apa yang kamu buat?" Wu Rong tiba satu saat kemudian. Xinghe tidak mengendahkannya dan bersandar sepenuhnya pada salah satu rak buku tersebut. Dia mengetuk perlahan pada dinding yang muncul dan debu-debu jatuh apabila sebiji petak berlekuk berukuran 30 sentimeter timbul pada dinding itu.

Xinghe mengalihkan lapisan dinding palsu dan mengambil kotak insurans kecil dari dalam bahagian rahsia itu.

Wajah Wu Rong yang cuba mengejek berubah kepada berjaga-jaga apabila dia menyaksikan kejadian itu.

Dia melompat ke hadapan untuk merampas kotak itu daripada Xinghe sambil menjerit, "Xia Xinghe, serahkan kembali barang saya!"

Xinghe sudah menjangkakan perkara itu dan segera berganjak ke tepi daripada laluannya. Setelah gagal mengenai sasarannya, Wu Rong melanggar rak buku yang hampir terbalik kerana impak tiba-tiba itu. Wu Rong menyeringai kesakitan sambil menggosok-gosok bahunya.

Xinghe berjalan perlahan-lahan ke arah dua pengawal keselamatan itu dan berkata dengan sopan, "Di dalam ini ada geran untuk vila yang bapa saya serahkan kepada saya. Saya harap encik berdua yang budiman sudi menjadi saksi saya dan tolong saya tuntut kembali hak saya. Ibu tiri saya cukup licik untuk mengancam nyawa saya sebelum ini, entah apa yang dia akan buat apabila rancangan jahatnya terbongkar."

Lelaki-lelaki itu berasa dihormati mendengarkan nadanya yang penuh hormat. Sanjungan yang mereka rasa terhadap Wu Rong perlahan-lahan berubah kepada waspada. Prasangka adalah sesuatu yang menakutkan kerana meskipun Xinghe tidak menyebut dengan jelas bagaimana Wu Rong mengancam nyawanya, mereka percaya ianya adalah melalui kaedah yang kelihatan seperti sah di sisi undang-undang memandangkan itulah yang selalu dibuat oleh seorang ibu tiri.

Wu Rong mendidih dengan kemarahan tetapi dia juga tahu yang dia tidak boleh membiarkan Xinghe membuka kotak itu.

Selagi kotak itu kekal tertutup, dia masih mempunyai kelebihan untuk menang.

"Kamu berdua si lembap janagn terpedaya dengan penipuannya! Semua benda di dalam rumah ini milik saya! Dia adalah seorang perempuan yang tidak berhati perut yang membunuh bapanya sendiri dan sekarang dia kembali untuk mencederakan ibu tirinya, dia yang jahat di sini! Tahan dia cepat dan pulangkan kota itu pada saya!"

Dalam usahanya menuntut kotak insurans itu, Wu Rong mula meracau seperti perempuan tidak siuman.

"Cuba kamu perhatikan diri kamu, kamu sudah tidak bercakap benda yang masuk akal lagi. Nampaknya, kandungan kotak ini memang membuatkan kamu gelabah. Baiklah, saya akan berikan kamu peluang terakhir untuk buktikan kotak ini miliki kamu. Kamu pasti dapat membukanya jika kamu memang pemiliknya yang sebenar," Xinghe berkata sambil tersenyum.

"Saya…" Wu Rong tergagap-gagap dan kelemahan dalam pertahanannya ini menjadikan dua pengawal keselamatan itu berpihak pada Xinghe.

"Puan Besar Xia, sila buka kotak itu, kami akan bawa Cik Xia keluar secepatnya jika kamu berbuat demikian."

"Kamu diam!" Wu Rong mengalihkan pandangan dinginnya pada mereka. "Saya pemilik rumah yang berhak di sini, orang orang seperti kamu seharusnya patuh kepada semua arahan saya. Saya sudah cakap kotak itu milik saya dan kamu mesti ambilnya untuk saya atau saya akan adukan kamu berdua kepada pihak pengurusan dan pastikan kamu dipecat pada hari ini!"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C39
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login