Baixar aplicativo
3.12% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 31: Lelaki Yang Tidak Diingininya

Capítulo 31: Lelaki Yang Tidak Diingininya

Editor: EndlessFantasy Translation

"Xia Xinghe, daripada mana kamu mendapat wang dengan jumlah tersebut? Kamu masih mak Lin Lin jadi lebih baik kamu jangan membuat apa-apa yang dapat merosakkan namanya."

Xinghe sudah mencapai had kesabarannya dengan wanita ini. Dia menjeling dengan tajam lalu berkata, "Perkara tidak senonoh apakah yang kamu rasa saya buat? Adakah kamu menghina saya sebegitu rupa sehingga menganggap saya tidak dapat mengumpul wang sejumlah 300 000?"

"Saya tidak memandang rendah terhadap kamu! Tetapi memang benar kamu tidak mungkin dapat mengumpul wang dengna jumlah tersebut dengan cara yang sah." Kata Tianxin dengan nada sinis seola-olah memaksudkan yang dia lebih bermoral daripadanya, "Xinghe, jikalau kamu memerlukan wang, kamu patut datang berjumpa kami dan macam mana kamu sanggup melakukan sesuatu yang merosakkan nama kamu? Jika kamu ingin terus merosakkan nama kamu, teruskan tetapi fikirlah tentang anak kamu Xi Lin. Kesian budak tersebut mempunyai mak yang tinggal di jalan kaki. Saya ingin menarik balik kata-kata saya, memang saya memandang rendah terhadap kamu tetapi hanya sebagai seorang wanita."

"Diamlah kamu!" Akhirnya Xia Zhi hilang kesabaran. Dia mungkin masih muda tetapi dia boleh menjadi garang apabila marah.

Setiap aspek budiman hilang apabila Xia Zhi menuding jarinya ke arah Tianxin dan berkata dengan lantang, "Berdasarkan cara kamu berpakaian, kamu nampak seperti seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan datang daripada keluarga yang baik, jadi mana adab dan tatatertib kamu? Bagaimana kamu boleh menggunakan cara terpesong kamu untuk mengukur kami semua?

"Apa, hanya wang kamu yang bersih dan wang kami yang lain kotor? Ada bukti tak? Jika tidak, berhentilah mereka-reka cerita, kamu lah yang membawa malu kepada nama keluarga kamu!"

"Apakah jenis wanita hina kamu ini yang mengutuk kakak saya untuk membuat diri sendiri merasa lebih baik?"

"Xi Mubai mesti buta jikalau dia memilih kamu berbanding kakak saya. Nilai wanita seperti kamu tidak lebih daripada satu per sepuluh daripada kakak saya. Ambil lah sampah kamu dan beredarlah dari sini!"

"Kami tidak memerlukan wang kamu dan semestinya tidak mahu melihat muka penjenayah hodoh kamu lagi sekali!"

"Apa…apa yang kamu cakap?" Tianxin menggigil kemarahan.

Inilah kali pertama dalam hidup Tianxin dimarahi dengan begitu serius sekali.

Tambahan pula ia adalah di hadapan khalayak ramai.

Tianxin mungkin mempunyai minda yang cergas tetapi dia amatlah sensitif dengan kritikan, hasil daripada hidupnya yang dimanja semenjak kecil.

"Adakah kamu tidak dengar apa saya cakapkan? Berambus!" Xia Zhi menambah.

"Jom pergi, dia tidak layak mengambil masa kita," kata Xinghe sambil menarik Xia Zhi balik ke bilik Chengwu. Dia langsung tidak memandang Tianxin walau sekilas.

Xinghe berkelakuan bagaikan Tianxin tidak berada di situ.

Tianxin hampir menggigit menembusi bibirnya sewaktu menerima renungan dan senyuman daripada para jururawat dan doktor.

Sambil menahan kemarahannya, dia berkata kepada Xinghe yang mula berjalan pergi, "Xia Xinghe, kamu lah yang tidak berhak menerima masa Mubai. Saya akan mengahwininya tidak lama lagi dan jangan ingat kamu boleh mengatasi saya dalam hidup kamu!"

Selepas itu, dia membongkok ke bawah dan mengambil kad kreditnya lalu meninggalkan tempat tersebut.

Matanya penuh dengan kemarahan dan dendam. Jika boleh, dia hendak memotong Xinghe menjadi cebisan!

Xinghe sebaliknya tenang sahaja. Walau bagaimana pun, matanya menjadi beberapa warna lebih gelap daripada biasa.

Xia Zhi bimbang bahawa kakaknya mungkin tersinggung dengan kata-kata Tianxin lalu menarik dan memeluknya, "Kak, janganlah kamu rendahkan tahap kamu sehingga ke tahap Tianxin. Kamu sudah pun mengatasinya kerana dia sedang mengambil sisa-sisa yang kamu buang, seperti lelaki yang kamu tidak mahu lagi."

Xinghe tersenyum kerana apa yang dikata Xia Zhi adalah tidak salah.

Xinghe ketawa ringan lalu berkata, "Jangan risau, saya baik-baik sahaja. Saya tidak akan memberikan dia kepuasan. Saya hanya tidak tahan melihat muka sombongnya."

Mata Xia Zhi bersinar lalu dia berbisik ke telinga Xinghe, "Kak, serahkan ini kepada saya. Saya akan membalas dendam untuk kak malam ini."

Xinghe memandangnya dengan penuh curiga dan bertanya, "Apa yang kamu rancang untuk buat?"

"Kakak akan lihat nanti," Jawab Xia Zhi dengan senyuman jahatnya. Xinghe tidat dapat berhenti ketawa apabila ternampak muka Xia Zhi bersinar dengan motif jahatnya.

Walau bagaimana pun, Xinghe percaya yang Xia Zhi tidak akan membuat apa-apa yang terlalu serius.

Kedua-dua mereka akhirnya melupakan seluruh kejadian tersebut kerana sudah tiba masa untuk pembedahan Chengwu.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C31
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login