Baixar aplicativo
0.2% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 2: Kini Tua dan Hodoh

Capítulo 2: Kini Tua dan Hodoh

Editor: EndlessFantasy Translation

Dia bermimpi tentang semua yang terjadi sebelum umurnya mencecah 19 tahun. Memori yang dia sangka telah hilang perlahan-lahan kembali kepadanya. Dia sedar jika Xinghe yang dulu tidak mudah mengalah, dia tida akan berada dalam keadaan teruk sebegini. Dulu dia adalah kebanggaan keluarganya… tapi kini…

Mengenangkan kesengsaraan yang terpaksa dia lalui, air mata kesedihan mengalir di pipinya.

"Pesakit masih tidak sedarkan diri tapi keadaannya sudah stabil. Dia mengalami hentakan kecil di kepalanya, tapi rehat seminggu dua cukup untuk dia bangkit semula. Tapi dia memerlukan nutrisi tambahan disebabkan kekurangan zat makanan berpanjangan…" Di dalam wad hospital. Doktor menjelaskan keadaan fizikal Xinghe kepada Mubai.

Lelaki segak itu muram. Macam mana Xinghe boleh kekurangan zat makanan? Mubai melihat ke arah Xinghe, tepat pada waktu air mata mengalir di wajah lesu bekas isterinya itu. Matanya kelihatan terkejut dan perasaan bercampur baur bergolak dalam hatinya.

'Xia Xinghe, hidup apakah yang kau jalani selepas kita bercerai?'

Pada masa yang sama, Tianxin, yang berdiri di samping Mubai, juga merenung Xinghe sambil berfikir sendiri.

Dia memandang wanita yang dulu memiliki Mubai, tapi berjaya disingkirkan olehnya. Dia merasa terlalu gembira. Hatinya bersorak riang melihat Xinghe ditimpa kecelakaan begitu.

Xia Xinghe, kau telah kalah padaku sekali. Kau akan merasa lebik teruk kerana kini kau kelihatan tua dan hodoh. Aku sudah tidak perlu bersaing dengan kau. Aku pasti kau akan hancur sepertimana hancurnya kau sekarang.

Lagipun, jika orang yang bodoh sekalipun, membuat pilihan antara wanita menawan dan pengemis tua adalah terlalu mudah. Tianxin mungkin setanding dengan Xinghe yang muda dan cantik. Tapi sekarang…

Semua fikiran itu membuat Tianxin sangat gembira malah bersyukur bahawa Xinghe yang dulu saingannya.

Dia menyenggol Mubai dan berkata lembut, "Jangan lah bimbang, Mubai. Saya pasti Xinghe akan baik-baik sahaja. Apa kata, kalau kita carikan dia jururawat peribadi ataupun lebih baik, tinggalkan dia sedikit wang. Saya percaya itu yang dia sangat perlukan sekarang ini."

Mubai memandang tunangnya dan mengangguk.

"Mubai, sudah lewat ni. Kita masih perlu hadir untuk makan malam bersama keluarga malam nanti bagi membincangkan tentang majlis perkahwinan kita yang akan datang. Patutkah kita pergi?" Tianxin bertanya.

Mubai kemudiannya teringat akan acara itu. Sejak perceraiannya, Mubai tidak pernah mencari pengganti isterinya tapi sebagai satu-satunya anak lelaki dan waris keluarga Xi, dia perlu berkahwin untuk memastikan nama Xi kekal hidup.

Tianxin ialah kawan baiknya sejak kecil lagi. Seluruh ahli keluarga Xi sangat suka padanya. Rupa parasnya yang cantik dan kebijaksanaannya menambahkan lagi rasa suka mereka. Oleh itu, setelah perceraian Mubai selesai, kedua-dua pihak keluarga cuba menyatukan mereka berdua.

Mubai memang baik terhadap Tianxin akan tetapi dia tidak mencintainya. Malahan, tiada satu pun wanita yang dia cintai. Perkahwinannya bersama Xinghe juga dirancang, bukan atas dasar cinta. Baginya, selagi isteri itu perempuan tulen, dia tidak kisah siapa yang mengisi kekosongan itu.

Sikap acuh tak acuhnya semakin melarat selepas rumah tangganya bersama Xinghe gagal. Dia cuma mengangkat bahu dan bersetuju selamba apabila keluarganya menyatakan idea mereka untuk mengahwinkannya dengan Tianxin. Dan malam ini adalah makan malam antara kedua keluarga untuk membincangkan perkahwinan mereka.

Sebenarnya, pagi itu, mereka mencari restoran untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka, dan membeli gaun. Siapa sangka mereka terserempak dengan Xinghe. Bekas isteri yang tidak pernah ditemuinya selama tiga tahun. Mubai juga pernah berfikir, apakah cara untuk mereka berjumpa lagi. Tapi tiada satu pun senario yang bermain di mindanya dapat menyerupai kejadian pelik hari ini.

Bukankah dia Puan Muda keluarga Xia, bagaimanakah dia boleh berada dalam keadaan menyedihkan begitu?


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C2
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login