Baixar aplicativo
81% Perceraian Ke-99 / Chapter 742: Mimpi Buruk

Capítulo 742: Mimpi Buruk

Editor: EndlessFantasy Translation

Semakin dia memikirkannya, semakin teruk perasaannya. Su Qianci beralih ke kiri dan kanan buat masa yang lama sebelum akhirnya tertidur. Malam itu, bintang bersinar dengan terang. Su Qianci membuka matanya dan mendapati tiada sesiapa di sebelahnya. Dia bangun dari katil lalu berjalan ke bilik anak-anaknya dan mendapati tiada sesiapa di situ juga. Seluruh suite itu amat kosong dan menakutkan.

Su Qianci sedikit panik dan menjerit, "Sayang?"

Tiba-tiba kedengaran suara ketawa yang megah dan menarik dari luar.

Su Qianci memandang ke arah datangnya suara ketawa itu. Seorang wanita cantik yang tinggi berjalan masuk. Lelaki di sebelahnya juga tinggi. Wajah lelaki itu kacak dan tiada cacat cela. Lelaki itu berdiri tegak dan memandang Su Qianci dengan pandangan dingin dan acuh tidak acuh. Matanya gelap dan dalam.

Su Qianci seakan ditikam oleh pandangan itu. Lebih membuatkannya tidak gembira adalah apabila mendapati wanita yang masuk sambil memegang tangan lelaki itu ialah Tang Mengying! Wajah Tang Mengying tiada parut dan cantik seperti beberapa tahun lalu.

Ketika ini, Tang Mengying sedang memaut lengan Li Sicheng sambil tersenyum sinis. "Su Qianci, kau ingat kalau kau berkahwin dengan Abang Sicheng, kau boleh sentiasa di atas? Selepas berkahwin dan melahirkan anak, kau hanya seorang suri rumah yang membosankan."

Kemudian, di tepi Li Sicheng seorang wanita cantik berambut perang muda muncul dan memaut sebelah lagi lengan Li Sicheng. Dia mengejek Su Qianci dengan bahasa Cina yang pelat, "Suri… rumah… yang… membosankan!"

Su Qianci sudah tidak dapat bersabar lalu cuba menerkam mereka, tetapi tangannya gagal menangkap apa-apa.

Tubuhnya tersentak dan dia membuka mata. Bilik itu gelap tanpa ada lampu yang dibuka. Su Qianci melepaskan nafas panjang dan mengelap dahinya yang dibasahi peluh. Kemudian dia bangun dan membuka pintu. Angin malam yang sejuk terus menderu masuk.

Su Qianci keluar dari biliknya tanpa memakai selipar dan mendapati tiada sesiapa di ruang tamu. Dia pergi ke bilik anak-anaknya dan mendapati mereka tiada di situ. Su Qianci terkejut dan jantungnya terus berdegup kencang.

Ting!

Pintu dibuka dan Su Qianci berpaling segera sebelum melihat Lu Yihan berjalan masuk. Di belakang lelaki itu, seorang pelayan menolak satu troli dengan makanan bertutup di atasnya. Lu Yihan melambai ke arahnya. "Kamu dah bangun? Mari makan."

Su Qianci memandang Yu Lihan dan bertanya, "Mana anak-anak saya?"

"Saya biarkan Shuang Yu bawa mereka bermain di taman berdekatan." Lu Yihan membuka penutup makanan itu. "Mari, dah lewat. Kita boleh terus bertolak selepas makan."

Su Qianci melihat makan yang masih berasap itu dengan sedikit bingung dan mengangguk. Dia agak berpeluh dan berasa kurang selesa. Dia meminta diri untuk mandi dan masuk ke bilik air. Selesai mandi, makanan itu sudah menjadi agak sejuk. Su Qianci menjamahnya sedikit dan mendapati sudah jam 8 malam.

Lu Yihan berjalan di hadapan dan Su Qianci mengikutinya dari belakang. Entah kenapa, tiba-tiba dia berasa seakan tidak mampu melangkah. Su Qianci berhenti dan bertanya, "Patutkah saya telefon dia dan tanya apa dia sedang buat?"

Sekarang masih awal, mungkin…

"Beritahu dia kamu ada di Dublin? Kamu sedang cari dia?" Lu Yihan memandang Su Qianci dengan sedikit geli hati. "Penyiasatan apa seperti itu? Jom pergi. Hari ini saya akan bawa kamu bongkar perangai sebenar Li Sicheng!"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C742
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login