Baixar aplicativo
56.33% Perceraian Ke-99 / Chapter 516: Menguburkan Kamu Dan Isteri

Capítulo 516: Menguburkan Kamu Dan Isteri

Editor: EndlessFantasy Translation

Ia akhirnya berhenti. Lelaki itu telah berhenti memukul. Su Qianci menangis tanpa henti sehingga seluruh kekuatannya hilang. Dia melihat suaminya yang terbaring di dalam darah yang sangat banyak dan berasa seakan tubuhnya disiat-siat. Kenapa… kenapa mereka memperlakukan suaminya sebegitu? Ini semua disebabkan dia, ini semua kerana dia. Li Sicheng menjadi seperti ini disebabkannya. Sedangkan dia ialah Li Sicheng. Pada kehidupan lalu, Li Sicheng menggunakan pengaruhnya untuk menguasai dunia perniagaan. Entah berapa ramai yang mahu memukulnya. Walau bagaimanapun, ketika itu Li Sicheng amat berkuasa tanpa sebarang kelemahan. Jika bukan disebabkan dia…

Tangisan Su Qianci tidak berhenti ketika dia memikirkan perkara itu. "Maafkan saya, maaf…"

Li Sicheng kini hanya separuh sedar. Sayup-sayup dia mendengar isterinya meminta maaf. Dia cuba untuk berkata sesuatu, tetapi sebaliknya hanya memuntahkan darah yang amat banyak.

Tang Mengying berjalan perlahan ke arah Li Sicheng dengan penuh elegan. Dia membongkok di hadapan Li Sicheng lalu memandang lelaki itu dengan simpati sebelum ketawa seperti orang gila. "Apa yang bagus sangat tentang perempuan ni? Berbaloikah? Li Sicheng, kamu mesti sakit kan dipukul seperti ini? Pasti sangat menyakitkan, haha… Kalau kamu merayu, saya boleh selamatkan kamu sekarang."

Li Sicheng ketawa sinis dan berkata lemah, "Merayu kepada kau?"

"Ya, saya akan dapatkan rawatan untuk kamu dan kamu boleh terus hidup dengan sihat. Selepas sembuh, kamu akan ceraikan perempuan jalang ni dan suruh dia gugurkan kandungan tu. Kalau kamu nak anak, saya boleh berikannya. Anak saya pasti 100 kali lebih kuat daripada anak Su Qianci." Tang Mengying menarik rambut Li Sicheng lalu mengangkat muka lelaki itu dan berkata dengan senyuman, "Sejujurnya, saya pun suka kanak-kanak. Kita boleh miliki anak yang ramai, okey?"

Li Sicheng memejam matanya seketika sebelum ketawa dengan kuat.

Tang Mengying melepaskan rambut Li Sicheng lalu mengangkat keningnya dan bersiul. "Nampaknya saya dah gagal. Hei… Abang Sicheng, apa kurangnya saya? Kamu pernah cakap saya cantik dan bijak. Kamu juga cakap sesiapa yang berkahwin dengan saya pasti akan sangat bahagia. Tapi kenapa kamu tak mahu jadi lelaki yang bahagia itu? Kamu tolak cinta saya. Sedih, sangat sedih. Sekarang kamu bukan saja menyakitkan saya, malah isteri dan anak kembar kamu. Hehe… hehehe…"

Tang Mengying berjalan ke arah Su Qianci sambil tersenyum. Dia menyentuh wajah wanita itu dan berkata, "Lembutnya kulit. 21 tahun, bukan? Muda dan cantik."

"Jangan sentuh dia…" Li Sicheng berjaya mengeluarkan suaranya. Sejurus selepas itu, dia terus memuntahkan secumpak lagi darah dan hampir pengsan.

Tang Mengying segera mengalihkan tangannya dan kelihatan agak takut. "Saya tak akan sentuh dia. Saya tak berani sentuh! Hahaha…" Kemudian dia berjalan ke belakang dan menjerit, "Hei, mari buat kerja!"

Sebaik mendengar arahannya, dua lelaki keluar sambil membawa dua biji botol yang besar. Mereka ketawa sinis melihat Li Sicheng dan Su Qianci lalu membuka penutup botol itu.

"Li Sicheng, saya tak akan sentuh isteri dan anak kamu, sebab kamu tak apa-apakan anak saya. Ini sebagai tanda terima kasih saya." Tang Mengying tersenyum manja. "Tapi kamu kurung saya di villa itu, jadi saya perlu membalasnya juga. Lagipun keluarga Tang dah dimusnahkan oleh kamu, jadi sekarang saya akan anggap tempat ini sebagai villa tempat perkuburan kamu dan isteri kamu."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C516
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login