Baixar aplicativo
50.43% Perceraian Ke-99 / Chapter 462: Berada Di Hospital

Capítulo 462: Berada Di Hospital

Editor: EndlessFantasy Translation

Cheng You tersenyum dingin mendengar kata-kata ibunya. Dia terus berlalu ke biliknya dengan muka merajuk dan berkata, "Kalau jadi lagi seperti semalam, Puan Cheng, saya tak akan anggap kamu ibu saya lagi." Selepas mengatakannya, dia terus menghempas pintu biliknya sehingga tertutup dengan kuat.

Ibu Cheng You berasa tidak sedap hati lalu terus menelefon Rong Rui untuk bertanya tentang apa yang berlaku.

*****

Petang itu, selepas makan malam.

Kereta Li Sicheng sedang menunggu di hadapan hotel Yijing Bay. Rong Rui datang tetapi Cheng You tiada bersamanya. Ia bukan disebabkan ibunya menghalang, tetapi Cheng You sendiri tidak mahu melihat Rong Rui. Rong Rui mula risau Cheng You semakin membencinya sekarang. Dia sangat tahu tentang perkara itu, jadi apabila ibu Cheng You menelefonnya, dia tidak mengatakan apa-apa yang tidak patut diberitahu.

Sudah lebih jam 10 malam ketika mereka tiba di Kingstown. Selepas menghantar Rong Rui, Li Sicheng terus memandu ke rumah lama. Walau bagaimanapun, dia tidak menjangka mereka akan disambut dengan pergaduhan besar sebaik tiba di rumah itu.

"Anak tak guna! Kalau penyelia kau tak telefon aku, aku tak akan tahu tentangnya!"

Su Qianci baru sahaja masuk ke dalam rumah ketika dia mendengar pekikan marah Li Xiao. Dia bergegas ke arah suara yang datang dari bilik kerja itu. Su Qianci berlari ke situ dan melihat Li Jinnan sedang melutut di atas lantai sambil menundukkan kepala.

Li Xiao yang sedang memegang rotan kelihatan sangat berang. "Kau dah besar kan? Li Jinnan, kau baru 25 tahun dan sangat bertuah. Hanya beberapa orang saja yang boleh jadi Mejar dalam usia semuda kau. Kau…"

Ketika mengatakannya, dia hampir merotan Li Jinnan. Su Qianci yang ketakutan terus menjerit, "Ayah!" Rotan itu sebesar dua ibu jari. Jika seseorang dirotan dengannya, pasti tubuhnya akan tersiat.

Kemarahan Li Xiao sedikit reda apabila melihat Su Qianci. Dia terus bertanya, "Mana Sicheng?"

Ketika itu juga, Li Sicheng masuk ke dalam bilik kerja itu dan melihat situasi yang sedang berlaku. Dia menarik isterinya dengan lembut dan berkata, "Pergi tidur dulu."

Su Qianci memandang ke dalam bilik kerja itu dan teragak-agak.

"Tak apa. Jom." Li Sicheng menghantarnya ke bilik mereka.

Walaupun hatinya amat risau, Su Qianci tahu ia bukan perkara yang dia boleh masuk campur. Selepas mandi, dia berbaring di atas katil sambil berpusing ke kiri dan kanan sebelum akhirnya Li Sicheng masuk.

"Macam mana?"

Li Sicheng duduk di atas katil dan menggeleng kepalanya perlahan. "Dia dirotan beberapa kali dan sekarang dah ada di hospital. Dia lagi kuat dari saya, pasti tak ada apa-apa."

Su Qianci dapat merasakan Li Jinnan tidak hanya dirotan beberapa kali, tetapi dia tetap menarik nafas lega dan berkata, "Rotan seperti itu boleh membunuh."

"Jinnan anak dia. Tak kira betapa marah sekalipun Ayah, dia tak akan bunuh Jinnan. Tapi Ayah dan Atuk memang sangat kecewa."

"Dia ada impian dia sendiri. Tapi kamu mesti ingatkan dia supaya jangan lakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Disebabkan dia bukan lagi tentera, mungkin lebih baik kalau dia buat perniagaan bersama kamu." Pada kehidupan lalu, Li Jinnan bermusuh dengan terlalu ramai orang dan diburu berkali-kali. Setiap kali berita tentangnya sampai ke rumah lama, Atuk dan Ayah akan menjadi sangat marah dan kecewa. Pada kehidupan ini, Li Jinnan tidak lagi terlibat dengan aktiviti-aktiviti haram, jadi mungkin tiada masalah yang akan timbul.

Li Sicheng mengangguk dan membelai rambut isterinya dengan perasaan sedikit cemburu. "Budak itu sangat licik. Dia mungkin tak akan dengar cakap saya. Dah, jangan fikirkannya sangat. Pergi tidur."

Kalau Kamu Mahu, Saya Boleh…

Selepas seharian berehat di rumah sambil bermain catur dengan Atuk, Su Qianci tidur awal pada malam itu. Awal keesokan paginya, Su Qianci merasakan satu tangan merayap di atas tubuhnya ketika dia sedang tidur. Dia mengerang dan menepis tangan itu. Walau bagaimanapun, tangan itu bertambah nakal dan mula menggeletek pingggangnya pula. Su Qianci berasa geli lalu ketawa. Dia membuka matanya lalu menangkap tangan Li Sicheng dan berkata dengan suara manja, "Janganlah…"

Sambil tersenyum, Li Sicheng membantu isterinya bangun dan cuba memakaikan pakaian kepadanya. "Bangun. Kita ada sedikit kerja harini."

"Apa dia?" Su Qianci baru sahaja membuka matanya yang sembab ketika pakaiannya tiba-tiba ditanggalkan oleh Li Sicheng. Dia tidak memakai bra. Su Qianci menggigil dan terus menutup buah dadanya. "Jangan!"

Li Sicheng ketawa kecil dan mencubit hidung isterinya. Dia menghulurkan pakaian yang telah disediakannya kepada Su Qianci. "Apa yang kamu fikir? Pakai baju tu." Su Qianci berasa malu lalu mengambil branya dari tangan Li Sicheng sambil menjeling tajam. Li Sicheng duduk di sebelahnya dan berbisik, "Kalau kamu mahu, saya boleh…"

"Jangan!" Su Qianci menolak suaminya. "Kamu akan sakitkan anak kita."

"Apa maksud kamu? Saya cuma nak cakap saya boleh tolong kamu pakai baju." Li Sicheng mengambil kembali bra dari tangan Su Qianci dan membantu memakaikannya. Pipi Su Qianci bertukar kemerahan. Malah lehernya juga turut menjadi merah. Li Sicheng terpukau dan nafasnya seolah terhenti seketika. Dia menarik Su Qianci ke dalam pelukannya dan menghisap cuping telinga isterinya itu dengan lembut.

Su Qianci menggigil dan meletakkan tangannya pada dada Li Sicheng sambil mendesah perlahan. Tetapi dia segera berhenti dan berkata, "Bukan kamu cakap kita ada kerja harini… Ah! Janganlah gigit!"

Li Sicheng mengambil pakaian yang telah disediakannya dan memakaikannya kepada Su Qianci. Isterinya itu tersenyum lebar dan berkata, "Saya hanya mengandung, bukannya lumpuh. Tapi kamu pakaikan baju untuk saya setiap hari. Macam mana kalau saya dah tak pandai pakai sendiri nanti?"

"Kalau macam tu, saya akan… pakaikan untuk kamu seumur hidup." Li Sicheng menyentuh hidung Su Qianci dengan hidungnya sebelum mencium bibirnya. "Sekarang boleh saya minta Puan Li angkat tangan supaya saya dapat sarungkan baju ni?"

"Baiklah, Encik Li."

Selesai berpakaian dan keluar dari bilik, Su Qianci baru tersedar sudah jam 11 pagi. Patutlah Li Sicheng datang mengejutkannya. Selepas dia makan sedikit santapan ringan, waktu makan tengah hari tiba. Li Jinnan berada di hospital semalam dan keadaannya sudah semakin baik. Lelaki itu sentiasa memakai sehelai baju sahaja, jadi dia kelihatan lebih sembab dan pucat hari ini. Sebaik melihat Su Qianci, dia terus menyapa, "Kakak ipar."

"Adik ipar, makanlah."

Li Jinnan tersenyum dan mengangkat tangannya. Dia mengalami kesukaran untuk mengambil penyepit. Ketika makan, tubuhnya sedikit menggeletar.

"Kenapa kamu tak duduk di hospital lebih lama? Jururawat akan jaga kamu. Mesti kamu tak selesa balik rumah dalam keadaan belum sihat sepenuhnya."

Su Qianci mengambil penyepit Li Jinnan dan mengambil makanan yang cuba diambil oleh lelaki itu. Ketika dia baru sahaja hendak menyuap Li Jinnan, Li Sicheng datang merampas penyepit itu lalu terus menyumbat makanan itu ke dalam mulut adiknya. "Ayah nak dia terseksa, jadi dia tak boleh lama di hospital. Lagipun dia tak akan mati."-


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C462
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login