Baixar aplicativo
43.88% Perceraian Ke-99 / Chapter 402: Bersama

Capítulo 402: Bersama

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci berkata dengan terkejut, "Kaukasia? Bayi ini kacukan?"

"Ya," jawab Li Sicheng lalu menunjukkan video yang pernah digodam oleh Rong Rui. "Ini video yang Rong Rui beri kepada Luo Zhan."

"Ada video? Kenapa dia tak sebarkannya awal-awal?"

"Dia tak mahu dan saya tak boleh buat apa-apa."

"Jadi kenapa dia ubah fikiran sekarang?"

"Kamu perlu tanya Cheng You tentang itu."

Su Qianci menyedari nada sindiran dalam suara Li Sicheng dan mengelipkan matanya. "Cheng You dan Rong Rui dah bersama?"

Li Sicheng memandangnya dan mengetuk dahinya. "Jangan cakap begitu."

Su Qianci berundur dan menggosok dahinya. "Maksud saya… mereka pasangan kekasih sekarang?"

"Tak." Pandangan Li Sicheng kelihatan kompleks. "Cheng You tak akan dapat kendalikan dia."

"Ya, dia boleh." Su Qianci teringat bagaimana Rong Rui sentiasa patuh kepada Cheng You pada kehidupan lalu. "Cheng You tahu banyak cara untuk kendalikan dia."

Li Sicheng mencebikkan bibirnya tanpa berkata apa-apa. Rong Rui bukan seseorang yang boleh dipaksa melakukan apa-apa melainkan perkara yang dia sendiri mahu. Li Sicheng tahu dia lebih mengenali Cheng You daripada sesiapa sahaja. Mustahil wanita itu akan dapat mengendalikan Rong Rui. Walau bagaimanapun, Li Sicheng hanya diam kerana tidak mahu berlawan kata dengan isterinya.

Apabila mereka tiba di Hospital Pertama Kingstown, Li Sicheng terus membawa Su Qianci ke tempat bayi itu berada. Di bilik jagaan bayi baru lahir itu, kelihatan beberapa orang bayi sedang berbaring di dalam kotak kaca masing-masing. Seorang jururawat membawa seorang bayi ke arah mereka dan Su Qianci terus menjenguk dari dinding kaca itu. Bayi itu hanya sebesar saiz kucing. Kulitnya berkedut dan dia memandang Su Qianci dengan matanya yang biru. Wajahnya sangat suci. Su Qianci terus merenungnya dari sebalik dinding kaca itu dengan penuh teruja.

"Kacukan…" kata Su Qianci. "Siapa ayahnya?"

"Tak tahu." Li Sicheng memaut bahu isterinya. "Mereka hanya bertemu sekali pada malam itu. Orang Australia juga sangat ramai, tak mungkin kita akan dapat jumpa ayahnya." Lagipun, dia tidak akan membuang masa dan tenaganya.

"Kasihan dia." Su Qianci merenung bayi itu. "Bayi ini tak bersalah. Keluarga Tang sedang kucar-kacir, jadi tak mungkin Tang Mengying akan mahu besarkan dia. Bayi ini lahir pramatang dan tanpa ayah…"

"Doktor dah periksa bayi ini dan dapati dia ada masalah dengan paru-paru dan sistem pernafasan," kata Li Sicheng. "Saya akan pastikan dia terima rawatan terbaik. Bila dia dah sihat, saya akan hantar dia ke pusat kebajikan."

"Pusat kebajikan?" Su Qianci memandang Li Sicheng dengan tidak percaya. "Bayi sekecil ini?"

"Ini saja cara untuk tinggikan peluang dia diambil sebagai anak angkat." Li Sicheng merenung Su Qianci. "Kamu mahu besarkan dia?"

"Saya…" Su Qianci terkedu. Suaranya semakin perlahan di bawah renungan Li Sicheng. "Tidak…" Dia sendiri mungkin tiada masa depan dan tidak mungkin dia akan meminta Li Sicheng membesarkan bayi itu.

"Dunia ini sungguh tak adil. Dia bernasib malang kerana ada ibu seperti Tang Mengying, tapi dia tiada pilihan," kata Li Sicheng sambil mengelus rambut isterinya. "Jangan terlalu fikirkan tentang ini. Jika kita ambil dia sebagai anak angkat, dia mungkin akan bencikan kita apabila dewasa. Ia langkah yang tak bijak."

"Okey," jawab Su Qianci. "Saya mahu jumpa Tang Mengying."

"Jom saya bawa kamu."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C402
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login