Baixar aplicativo
39.73% Perceraian Ke-99 / Chapter 364: Tidak Pernah Menggunakan “Pelindung”

Capítulo 364: Tidak Pernah Menggunakan “Pelindung”

Editor: EndlessFantasy Translation

Syukur, gembira, terkejut dan beberapa pandangan yang sukar ditafsir kelihatan pada wajah ahli keluarga Li. Wajah "rusa" itu menjadi kemerahan dan dia melemparkan pandangan tajam kepada Li Sicheng. 

"Nakalnya rusa itu!" usik Li Beixing. "Mari bawa rusa kamu itu makan malam, Adik."

Anak lelaki Li Sheng yang berumur lima tahun mendengar kata-kata itu dan melihat sekeliling. "Mana rusa? Saya nak tengok."

Semua orang hanya tersenyum melihatnya. Li Sicheng berjalan menghampirinya dan menggosok kepala kanak-kanak itu sambil berkata serius, "Rusa itu kepunyaan saya. Kamu tak boleh tengok."

Kanak-kanak itu memuncungkan bibir dan merungut, "Kedekutnya kamu, sepupu! Saya cuma nak tengok bukan makan. Ikut suka kamulah. Saya dah tak nak tengok!"

Semua orang terus ketawa. Su Qianci yang berasa malu memalingkan mukanya dan pergi ke dapur untuk membantu Lucy menghidangkan makanan.

Makan malam sempena solstis musim sejuk itu sangat meriah. Su Qianci tidak pernah meraikan perayaan sehangat ini - bersama keluarga dan kekasih hatinya. Selepas makan malam, Atuk mencadangkan supaya dia dan suaminya tidur di situ. Li Sicheng bersetuju dan Su Qianci hanya tahu tentangnya apabila dia selesai membantu Lucy mengemaskan kesemuanya. Walaupun dia sudah menjangkakan perkara itu, Su Qianci masih berasa segan disebabkan telah lebih sebulan mereka tidak berdua-duaan. Wajahnya kembali merah padam. Dia menemani Atuk bersiar-siar di luar, kemudian setelah mereka kembali, keluarga Li Sicheng telah kembali ke bilik masing-masing.

Su Qianci masuk ke dalam bilik tidur mereka dan mendapati Li Sicheng sedang bermesyuarat melalui panggilan video. Li Sicheng memandangnya sekilas apabila dia masuk dan kemudian meneruskan mesyuaratnya. Su Qianci membuka almari dan mengambil baju tidurnya lalu masuk ke bilik air untuk menukar pakaian. Li Sicheng masih sibuk dengan kerjanya apabila dia keluar. Su Qianci mengambil tablet dari beg tangannya lalu meniarap di atas katil. Kemudian dia memakai fon telinga dan mula menonton filem.

Filem itu adalam filem romantik terkenal yang dilakonkan oleh Deng Chao. Apabila menonton babak si lelaki mendoakan yang terbaik buat wanita itu walaupun hatinya telah hancur, Su Qianci turut berasa sangat sedih. Sebaik wanita itu menaiki kereta api, lelaki tadi tidak dapat menahan dirinya daripada berlari mengikuti kereta api itu sambil menangis, "Bagaimana saya nak hidup tanpa kamu…" Su Qianci yang terharu melihatnya terus menangis perlahan.

Tiba-tiba Li Sicheng meniarap di atasnya lalu menutup tabletnya itu. "Tonton filem pun boleh menangis?"

Su Qianci cuba mencapai kembali tabletnya yang diambil Li Sicheng. "Bagi balik. Filem itu belum habis."

Li Sicheng membuang fon telinga yang dipakai Su Qianci dan meletakkan tablet itu di atas meja sisi. "Pelakon itu lebih hensem daripada saya?"

Su Qianci gagal mengambil kembali tabletnya dan berputus asa. Hidungnya masih tersumbat kerana menangis. "Kamu lain."

"Lain yang bagaimana?"

"Kamu tak berlakon filem."

Li Sicheng senyum lalu turun dari tubuh Su Qianci dan meniarap di sebelahnya. "Puan Li."

"Ya?" Su Qianci memandangnya dengan mata yang masih agak kemerahan."

"Kamu ada ambil pil setiap kali lakukannya dengan Encik Li?"

Su Qianci bingung seketika sebelum wajahnya merah padam dan dia menggelengkan kepalanya. "Tak." Kemudian dia mula faham perkara yang ditanya Li Sicheng. Lelaki itu tidak pernah menggunakan sebarang "pelindung"…


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C364
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login