Baixar aplicativo
25% Perceraian Ke-99 / Chapter 229: Lu Yihan, Tolong Jangan Mati…

Capítulo 229: Lu Yihan, Tolong Jangan Mati…

Editor: EndlessFantasy Translation

Dia telah membunuh seseorang… dan orang itu ialah kawan baiknya. Apa patut dia buat? Mata Su Qianci menjadi kabur sambil dia cuba bernafas. Dia mengumpulkan seluruh tenaganya dan mengangkat Lu Yihan untuk bersandar di bahunya. Dia dapat merasai kesakitan Lu Yihan dan tak henti-henti menangis. "Bertahan. Saya akan bawa awak ke hospital."

Dia tak boleh mati! Namun, belum sempat dia berjalan keluar dari lorong itu, Lu Yihan tak mampu berdiri tegak lagi dan terjatuh. Su Qianci tak mampu menahan beratnya dan turut jatuh bersama. Kali ini, Su Qianci hilang kawalan dan terus berkata, "Lu Yihan, tolong jangan mati…"

Lu Yihan menahan lukanya dan berkata dengan lemah, "Awak ni bodohlah. Saya bukannya kena tikam di jantung. Saya tak akan mati, tapi rasanya sakit sangat… Tak guna…"

Mendengar kata-katanya, Su Qianci terus berasa lega. Dia mengesat air matanya dan terus bangun. "Biar saya pergi cari seseorang. Bertahan. Tolong jangan mati!"

Su Qianci terus berlari dan Lu Yihan pula pengsan. Dia merasakan seperti ternampak satu susuk tubuh berdiri di belakang tingkap dengan pandangan yang dingin. Dia tiba di hospital lebih kurang sepuluh minit selepas itu. Setelah diberi rawatan kecemasan, nyawa Lu Yihan tidak lagi berada dalam keadaan bahaya. Mujurlah kaca itu hanya tertusuk dua inci dalam dan tidak sampai ke ususnya. Jadi, kecederaannya tidak begitu teruk.

Mendengar berita itu, Su Qianci terus berasa lega. Dia kemudiannya mendapat panggilan daripada Li Sicheng.

"Awak belum balik lagi?" Itu ayat pertama yang didengarinya.

Su Qianci melihat yang jam sudah lebih pukul 9 malam. Nenek Rong sudah membuat panggilan sebanyak tiga kali dan Su Qianci memintanya pulang dulu ke rumah. Tanpa disangka, Li Sicheng mendapat berita itu. Su Qianci mengesahkannya dan terus berasa lega mendengar suara Li Sicheng.

"Baliklah secepat yang mungkin. Nenek Rong risaukan awak tu."

Dia pun sama. Su Qianci mengetap bibirnya dan rasa sedikit kecewa. Ada banyak yang ingin diceritakan tapi dia kini berada di Amerika…"Bila awak nak balik?"

Mendengar nada sedihnya, Lu Yihan tersenyum kecil dan tiba-tiba dia merasakan agak gembira sedikit.

Li Sicheng menjawab dengan tenang, "Esok."

"Awak masih di New York?"

"Ya, the profesor tu baru meninggal dunia. Saya akan tolong buat persiapan pengebumiannya."

Pengebumian Encik Stewart ialah pada hari ini, manakala sidang akhbar Su Qianci ialah pada hari esok. Penerbangan dari New York ke Kingstown mengambil masa sekurang-kurangnya dua belas jam. Susah nak tentukan masanya… Bila memikirkan yang dia mungkin tak sempat sampai, Li Sicheng rasa bersalah dan berkata, "Rehatlah. Saya akan cuba datang ke sidang akhbar esok."

"Okey." Su Qianci rasa sedikit kecewa. "Saya tunggu."

"Dimon…" Seseorang memanggil nama Inggeris Li Sicheng.

"Awak balik dan tunggu saya pulang esok," Li Sicheng berkata.

"Okey!"

"Bila saya pulang nanti, kita buat semula majlis perkahwinan. Apa pendapat awak?"

"Buat semula majlis?" Su Qianci termangu. Bila mereka berkahwin, majlis mereka terlalu ringkas kerana kedua-dua keluarga hanya makan malam bersama. Tapi, dia tak sangka yang Li Sicheng akan mengutarakan perkara ini. Su Qianci, yang rasa sangat gembira, berpura-pura tenang. "Perlukah kita buat macam tu?"

"Ya, saya nak semua orang tahu awak isteri Li Sicheng."

Wajah Su Qianci terus berseri. "Baiklah!"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C229
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login