Baixar aplicativo
20.63% Perceraian Ke-99 / Chapter 189: Bercium di Awanan

Capítulo 189: Bercium di Awanan

Editor: EndlessFantasy Translation

Satu cahaya tiba-tiba memancar. Su Qianci mengelipkan matanya dan ternampak sebuah dron. Seseorang telah menangkap gambar mereka… Ia memalukan, tetapi juga mengujakan… Jantung Su Qianci terus berdegup kencang ketika dia dapat merasakan dirinya tiba di atas tanah. Payung terjun itu jatuh menimpa mereka.

Li Sicheng kelihatan tidak mahu melepaskannya. Dia menggoda Su Qianci dengan satu ciuman lagi, sambil perlahan-lahan membuka peralatan terbang yang dipakainya. Manakala Su Qianci hanya terkaku berdiri, tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

"Sungguh romantik!" Seorang staf datang ke arah mereka dengan iPad di tangannya.

Pada skrin iPad itu, terpampang gambar Li Sicheng sedang mencium Su Qianci, tetapi wajah Su Qianci kelihatan seolah-olah tidak percaya. Staf itu terus menunjukkan gambar-gambar lain, dan Su Qianci dapat melihat wajahnya yang semakin kemerahan daripada satu gambar ke gambar yang lain…

Su Qianci yang berasa malu terus berkata, "Bagaimana kamu boleh ambil…"

"Ini ciri unik pakej kami. Kami ambil gambar kamu semasa penerjunan dengan dron untuk merakam setiap detik-detik istimewa."

Li Sicheng membantu Su Qianci menanggalkan peralatan terjunnya dan bertanya kepada staf itu, "Boleh kamu hantar gambar-gambar itu kepada saya?"

"Jangan… Saya nampak hodoh. Padam saja semuanya," kata Su Qianci ketika melihat riak wajahnya yang pelik dalam gambar-gambar itu. Dia tidak mahu menyimpannya.

Walau bagaimanapun, staf itu kelihatan tidak mendengar bantahan Su Qianci dan berkata kepada Li Sicheng, "Boleh. Tapi ini bukan percuma. Gambar yang mana encik mahu?"

"Kesemuanya!"

Staf itu kelihatan amat gembira. Dron itu telah mengambil sekurang-kurangnya beribu gambar bermula dari saat mereka menaiki kapal terbang untuk terjun. Harga untuk kesemua gambar itu pasti sangat mahal. Dia pernah bertemu beberapa orang kaya, tetapi lelaki ini langsung tidak bertanya tentang harga sebelum memutuskan untuk membeli kesemuanya. Ini adalah kali pertama ia berlaku. "Bagus. Saya perlu sedikit masa untuk mencetak kesemua gambar ini. Boleh encik bagi saya alamat untuk saya hantarkannya?

Li Sicheng mengangguk dan menulis nama hotel serta nombor bilik mereka pada sehelai kertas.

Su Qianci mencebik. Gambar-gambar buruknya kini akan selamanya ada…

Melihat riak wajah Su Qianci, Li Sicheng tidak berkata apa-apa, tetapi memegang tangannya, "Jom pergi makan."

"Tunggu!" Staf tadi tiba-tiba berlari ke arah mereka sambil memegang dua keping gambar di tangannya. Sambil bernafas tercungap-cungap, dia berkata, "Isteri saya kata dua gambar ini menakjubkan, jadi saya cetakkannya untuk kamu secara percuma. Nah!"

Su Qianci melihat dua gambar itu dan wajahnya terus berubah ceria kembali. Dalam gambar pertama, pasangan itu berada di bawah payung terjun. Rambut ekor kudanya beralun di udara, dan sedikit kusut ditiup angin. Bulu matanya kelihatan panjang dan lebat, manakala Li Sicheng sedang menoleh ke arahnya dengan wajahnya yang tampan seperti biasa.

Mata Li Sicheng tertutup dan riak wajahnya kelihatan lembut. Adakah ini benar-benar Li Sicheng? Dia ada perwatakan seperti ini? Apa yang lebih penting, Li Sicheng sedang memandang ke arahnya dalam gambar itu.

Su Qianci dapat merasakan sesuatu sedang mekar dalam hatinya…


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C189
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login