Baixar aplicativo
15.39% Perceraian Ke-99 / Chapter 141: Rahsia Hanya Dia Tahu

Capítulo 141: Rahsia Hanya Dia Tahu

Editor: EndlessFantasy Translation

Walaupun ia restoran stimbot yang biasa, harga makanannya agak mahal, tetapi suasana restoran itu tenang dan selesa. Li Sicheng melihat sekelilingnya dan memutuskan untuk menerima sahaja cadangan Su Qianci untuk makan di situ. Walau bagaimanapun, Su Qianci diberitahu semua ruang makan persendirian telah penuh.

"Jadi mari makan di lobi…"

Tetapi Su Qianci tiba-tiba berhenti berjalan dan memandang Li Sicheng. Seseorang seperti Li Sicheng jarang dilihat makan di tempat awam seperti lobi itu…

Menyedari Su Qianci teragak-agak, Li Sicheng mengangkat keningnya dan bertanya, "Kamu betul-betul suka tempat ini, kan?

Su Qianci mengangguk. Sudah lama dia tidak datang ke sini, jadi sebolehnya dia tidak mahu pergi dari situ. Tetapi menyedari Li Sicheng kelihatan agak serba salah, dia segera berkata, "Kita boleh pergi ke tempat lain…"

"Tempat ini okey," Li Sicheng menyampuk. "Tolong carikan tempat yang agak jauh daripada orang ramai untuk kami."

Mata Su Qianci terkebil-kebil dengan rasa terkejut. "Okey." Pelayan kedai membawa mereka ke meja di sebelah tingkap. Ia terletak di sudut kedai tetapi mempunyai pemandangan yang menarik. "Encik Li, ini meja terbaik di lobi. Encik boleh tekan butang ini jika perlukan apa-apa."

Mereka selesai memesan makanan dan hati Su Qianci bernyanyi riang.

"Bila kamu belajar bahasa German?"

Disebabkan pertanyaan itu datang secara tiba-tiba, Su Qianci terkedu seketika sebelum cepat-cepat menjawab, "Sewaktu musim panas."

"Bukankah kamu belajar seni pertahanan diri sewaktu musim panas?"

Su Qianci berasa agak tidak senang duduk dan terus mengatakan ia sewaktu musim panas tahun lepas.

Li Sicheng mengangkat sebelah keningnya dan bertanya, "Biasanya seseorang perlu ambil masa yang lama untuk belajar sesuatu bahasa. Lagi pula, kamu fasih walaupun tak selalu gunakannya. Kamu pasti kamu ingat semua yang kamu belajar waktu musim panas lepas?"

Tambahan lagi, Li Sicheng tahu Su Qianci menghabiskan musim panasnya bersama keluarga Su pada tahun lepas.

"Saya ada ingatan yang kuat."

Li Sicheng mengangguk dan bertanya lagi, "Bagaimana dengan piano?"

Setakat yang diketahuinya, tiada sesiapa dalam keluarga Su yang pandai bermain piano, jadi mereka tidak memiliki piano di rumah.

Jantung Su Qianci berdegup laju dan dia memberi jawapan yang kedengaran mengelak, "Mungkin saya memang berbakat."

Li Sicheng mencebikkan bibirnya dan kelihatan memikirkan sesuatu.

Su Qianci tidak mampu lagi bertahan dengan pandangan Li Sicheng yang seperti cuba menyiasat. Dia berkata, "Saya mahu ke tandas." Dia terus bangun dan berlalu ke bilik air dengan perasaan berdebar. Aduh, bagaimana untuk terangkan hal ini? Beritahu sahaja perkara sebenar? Pasti Li Sicheng akan menyangka dia sudah gila. Tidak pernah terlintas dalam fikiran Su Qianci dia akan perlu menjelaskan semua perkara itu. Bila difikir kembali, memang pelik apabila dia tiba-tiba telah belajar banyak perkara. Setelah keluar dari tandas, Su Qianci sudah bersiap sedia dengan beberapa jawapan dalam fikirannya.

Ketika berjalan untuk kembali ke mejanya, seorang gadis comel memanggil Su Qianci dengan tergagap-gagap, "He…llo… Kamu boleh cakap Korea?"

Su Qianci mengangkat keningnya dan bertanya dalam bahasa Korea, "Ada apa?"

Gadis itu kelihatan lega dan memberitahunya apa yang terjadi. Dia datang makan di situ dan telah datang bulan secara tiba-tiba, tetapi tidak membawa pad. Dia bertanya jika Su Qianci ada membawanya. Mujurlah Su Qianci ada menyimpan pad di dalam beg tangannya. Setelah mendapatkannya daripada Su Qianci, gadis itu mengucapkan terima kasih berulang kali dan terus masuk ke tandas.

Su Qianci tersenyum, memusingkan badannya, dan melihat susuk tubuh yang tinggi di hujung laluan ke tandas itu. Mata Li Sicheng kelihatan gelap. Dia berdiri di situ dengan riak wajah yang kelihatan misteri.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C141
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login