Baixar aplicativo
12.99% Perceraian Ke-99 / Chapter 119: Rahsia

Capítulo 119: Rahsia

Editor: EndlessFantasy Translation

Keesokan paginya, Su Qianci menyedari matanya sangat bengkak sebaik sahaja dia bangun daripada tidur. Walau bagaimanapun, pagi itu dia ada kelas yang diajar oleh professor kegemarannya, jadi dia memakai cermin mata hitam dan pergi ke kelas. Apabila dia menanggalkan cermin mata, rakan sekelasnya terus bertanya apa yang telah terjadi.

Nasibnya baik kerana tiada kelas pada sebelah petang, jadi Su Qianci segera meninggalkan kelas dengan memakai cermin mata hitamnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Lu Yihan. Bagi menjalani kehidupan yang selesa di masa hadapan, dia terpaksa melaksanakan rancangannya lebih awal...

Su Qianci bertemu Lu Yihan di sebuah kafe yang sunyi. Sebaik Lu Yihan tiba di situ, dia terus berkata dengan jelas, "Saya mahu jadi rakan kongsi di syarikat kamu."

Lu Yihan terkejut, tetapi kemudian tersenyum. "Jangan bergurau dengan saya, Puan Li. Saya tidak perlukan duit kamu." Di mata Lu Yihan, Su Qianci hanya mahu melabur kerana ingin menolongnya sebagai seorang kawan. Dia tidak perlukan simpati sebegitu.

Su Qianci yang telah lama mengenali Lu Yihan tahu apa yang dia sedang fikirkan. Walaupun kelihatan seperti seorang periang, Lu Yihan merupakan orang yang sangat berbangga dengan dirinya. Dia tidak akan menerima sumbangan sebegitu. Su Qianci duduk tegak dan berkata dengan serius, "Saya betul-betul maksudkannya. Saya perlu mencari duit sendiri."

"Duit suami kamu tidak cukup?"

Su Qianci menggeleng kepalanya dan kelihatan sedikit tertekan. "Saya tidak boleh menggunakan duitnya sepanjang hidup saya. Sesiapa saja perlu ada perancangan untuk waktu kecemasan."

Lu Yihan dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia mengerutkan keningnya lalu menghirup kopi.

"Puan Li bergaduh dengan Encik Li?"

"Tak."

"Jadi kenapa kamu buat begini?"

Su Qianci tidak menjawab pertanyaan tersebut, tetapi mengecilkan matanya dan berkata, "Tiga juta."

"Tiga juta?" Lu Yihan hampir melompat dari kerusinya dan berkata dengan tidak percaya, "Kami hanya kumpulan kecil yang ditubuhkan oleh pelajar kolej. Kamu tak takut saya akan larikan diri dengan duit itu?" Lu Yihan memandang Su Qianci seolah-olah wanita itu mengatakan sesuatu yang bodoh.

"Kamu mahu?"

"Sudah tentu!" Lu Yihan menjawab segera. "Tapi saya tidak perlukan sebanyak itu. Saya hanya perlukan lapan ratus ribu untuk mulakan satu projek baru."

"Lima juta, untuk 30% saham syarikat dan sebahagian projek baru. Apa pendapat kamu?"

Mulut Lu Yihan ternganga mendengar kata-kata itu. Dia merasakan Su Qianci pasti sudah gila. "Kamu betul-betul percayakan saya? Lima juta bukan jumlah yang sedikit. Jika saya lari, kamu tak akan dapat apa-apa."

"Kamu akan larikan diri?" Su Qianci bertanya.

"Sudah tentu tidak," Lu Yihan menjawab pantas. Kemudian dia tersenyum dan berkata, "Kamu memang serius?"

"Mestilah. Lima juta adalah jumlah paling banyak saya dapat berikan sekarang. Kamu tak fikir ia sudah cukup ikhlas?"

"Sudah tentu." Lu Yihan tersenyum dan berasa terharu. Sewaktu zaman sekolah menengah, Su Qianci terpaksa bekerja separuh masa selepas waktu sekolah. Lu Yihan tidak pernah menyangka Su Qianci akhirnya akan menjadi kaya sebegini. Pada waktu yang sama, Lu Yihan merasakan dirinya masih belum berjaya mencapai cita-citanya.

Setelah setengah jam berbincang secara terperinci, mereka akhirnya meninggalkan kafe itu. Sewaktu berjalan keluar, mereka ternampak sebuah Maybach hitam yang diparkir di tepi jalan.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C119
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login