Baixar aplicativo
2.83% Perceraian Ke-99 / Chapter 26: Dia Mahu Menciumnya?

Capítulo 26: Dia Mahu Menciumnya?

Editor: EndlessFantasy Translation

Walau bagaimanapun, Li Sicheng langsung tidak berkata apa-apa sewaktu itu. Dia seolah-olah tidak mengenali isterinya. Dia hanya berkelakuan dingin dan tidak mempedulikan apa-apa. Tiada siapa tahu bahawa Su Qianci ialah isteri Li Sicheng. Tiada siapa juga yang percaya dia telah difitnah. Selepas majlis tersebut, dia terpaksa membawa nama dan reputasinya yang telah buruk ke mana sahaja dia pergi sepanjang hidupnya. 

Disebabkan kejadian tersebut, dia teramat benci kepada Tang Mengying. Tetapi pada ketika itu, dia tidak pernah membenci Li Sicheng. Kini, setelah dia merenung semula perkara yang lepas itu, lelaki ini bersikap sungguh kejam. Mengingatkan perkara tersebut, perasaannya terhadap Li Sicheng telah hilang sama sekali.

Lelaki ini bukan seseorang yang dapat dia tangani. Daripada jatuh cinta terhadapnya, lebih baik dia membebaskan dirinya secepat yang mungkin. Namun, dia tidak menyangka penganjur majlis tersebut iaitu Fu Lengbing akan menjemputnya ke majlis itu.

Melihat Su Qianci yang tidak menunjukkan sebarang reaksi, Fu Lengbing tidak tahu apa yang sedang bermain di fikirannya dan bertanya dengan berhati-hati, "Su Qianci?"

Su Qianci memandangnya, lalu tersenyum dan berkata, "Okey, saya akan hadir."

Fu Lengbing berasa amat gembira. " Bagus, nanti saya akan hubungi kamu." Kemudian dia memandang ke arah lelaki yang berada di sebelah Su Qianci.

Su Qianci bukan siapa-siapa, tetapi lelaki yang berada di sebelahnya itu seseorang yang Fu Lengbing mahu diperkenalkan kepadanya.

"Jika Encik Li ada masa terluang, jemputlah hadir bersama." Fu Lengbing berasa gementar ketika mengatakannya.

Oleh kerana Encik Li seorang yang misteri, Fu Lengbing bimbang dia akan menolak jemputannya.

Li Sicheng mengangguk ringkas. Fu Lengbing berasa lega dan gembira sekali. Selagi dia tidak menolak jemputannya, harapan untuk dirinya tetap ada. Fu Lengbing memang sangat teringin untuk mempunyai kaitan dengan Li Sicheng.

Sebaik memandu, Li Sicheng mengambil sebatang rokok dan mulai merokok dengan perlahan-lahan.

Asap putih yang dihembus menyelubungi wajah Li Sicheng dan membuatkan wajah tanpa celanya kelihatan semakin misteri. Pergerakannya sangat elegan seolah-olah dia berada di dalam sebuah lukisan. Su Qianci tahu benar suaminya itu sedang memikirkan sesuatu.

Li Sicheng biasanya tidak merokok. Tetapi, apabila dia menghadapi sesuatu perkara yang tidak dapat diselesaikan, dia akan menyalakan sebatang rokok dan berfikir. Namun, apakah yang sedang dia fikirkan? Su Qianci merasakan mungkin ia sesuatu yang berkaitan dengannya.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba dia merasakan dirinya hanya terlalu perasan. Dia menjuihkan bibirnya tanda menyindir dirinya sendiri dan ternampak Li Sicheng sedang memandang ke arahnya. Pandangan matanya sangat dalam.

Su Qianci merasakan sesuatu tidak kena lalu bertanya dengan berhati-hati, "Kenapa?"

Li Sicheng tidak bercakap tetapi menahan rokoknya di antara jari dan bergerak merapati Su Qianci. Su Qianci berasa semakin gementar dan malu.

Pandangan mata Li Sicheng melekat pada wajah isterinya itu tanpa mengucap sepatah kata. Namun, pandangannya mula turun ke bibir Su Qianci.

Merasakan seolah-olah sebiji bom telah jatuh ke dalam mindanya, wajah Su Qianci menjadi merah padam. Dia tidak dapat menyangkal satu teori yang bermain di fikirannya : Apabila seorang lelaki melihat ke arah bibir seorang wanita, dia hanya mahukan satu benda, iaitu menciumnya!

Dengan perasaan bingung, Su Qianci berundur ke belakang. Wajahnya masih merah padam dan dia menutup matanya.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C26
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login