Baixar aplicativo
78.42% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 229: Bab 229

Capítulo 229: Bab 229

Editor: EndlessFantasy Translation

He Xiao menundukkan kepalanya dan membalas, "Saya tak berani."

"Kalau begitu, ia bermakna kamu memang menyalahkan saya." Chu Qiao tersenyum kelat dan senyumannya itu terus lesap dari wajah semasa dia meneruskan, "Tak kiralah sama ada kamu percaya pada saya atau tidak, kita dah harungi banyak pertempuran bersama sepanjang beberapa tahun ini. Saya sentiasa akan anggap kamu sebagai rakan terbaik saya. Saya tak bermaksud untuk tinggalkan kamu semua dengan mengambil diri."

"Saya faham." He Xiao tiba-tiba meraih pandangannya yang memancarkan ketenangan sambil meluluhkan segala aura kemegahannya yang sering dipancarkan ketika di medan perang. Dia menambah dengan suarah yang rendah, "Saya tak pernah salahkan awak. Awak hanya ambil berat tentang kami saja dan memberikan kami jalan keluar yang terbaik. Saya faham semua ini."

Inilah kali pertama mereka berbual tanpa sebarang pangkat. Pemuda itu memandang wajah wanita itu dengan senyap sebelum berkata perlahan, "Selama bertahun-bertahun ini, saya dah saksikan bagaimana awak kuatkan diri. Saya faham segala kesusahan yang awak dah lalui. Mungkin kadang-kadang saya pun terasa yang saya ini pentingkan diri. Kalaulah saya buat keputusan dengan lebih awal, saya pasti tak akan mendorong awak sehingga ke tahap terdesak sebegitu sekali. Walaupun Garison Utusan Barat daya ini pernah menjadi penyangak, atau walaupun jika setiap seorang daripada ahli kami mati, kami tak patut biarkan awak tanggung bebanan tanggungjawab ini untuk menentang raja Yan Bei yang membuatkan awak jadi sebegini sekarang ini."

Chu Qiao menggelengkan kepalanya semasa dia berfikir sendirian. Sudah terlalu banyak percanggahan pendapat yang tidak boleh diselamatkan di antara dirinya dengan Yan Xun. Walaupun jika Garison Utusan Barat Daya tidak pernah wujud, sebab-sebab lain sudah pasti akan menjadi penyebab kepada pertelingkahan mereka dan hanya menunggu masa sahaja untuk meletus.

He Xiao tidak memberi peluang buat wanita itu untuk berkata-kata semasa dia sudah menyekatnya, "Lagipun, awak hanyalah seorang gadis. Dahulu, kita tak boleh nak lihat perkara ini dengan jelas." Dia meraih pandangannya dan tersenyum lembut seperti datuk tua yang sedang memandang cucunya. "Tuanku dah cakap sebelum ini, 'Hanya selepas awak tinggalkan masa lampau awak sepenuhnya, barulah awak boleh mendapat ketenangan jiwa'. Dengan tidak memanggil awak sebagai 'Jeneral', ia tidak bermaksud yang saya akan menjauhkan diri daripada awak. Ia hanya bermaksud yang saya harap awak boleh lupakan masa silam awak dan jalani kehidupan awak demi diri awak sendiri."

Titisan air yang telah berkumpul pada dahan-dahan dan dedaunan pokok akhirnya jatuh ke atas kasut putih milik Chu Qiao. Dia lantas meraih keningnya apabila dapat merasai kesejukan itu.

"Walaupun Tang ini tempat yang hangat, tapi sekarang ini agak sejuk. Cik Puan, awak patut balik dengan lebih awal." Setelah menghabiskan kata-katanya, dia bergerak ke tepi supaya Chu Qiao dapat beredar. Namun, dia lantas memanggil, "Abang He."

He Xiao serta-merta berasa terkesima apabila dia mengangkat kepalanya dengan pantas apabila mendengar panggilan itu.

Chu Qiao berkata dengan nada yang berat, "Kita dah berkenalan selama bertahun-tahun dan dah terlepas dari cengkaman maut bersama-sama berkali-kali. Kita rakan seperjuangan dalam medan perang dan juga keluarga di luar medan perang."

Angin kesepian berselaras menderu ke seluruh hutan sementara renungan mata He Xiao bagaikan terganggu akibat emosinya yang sedang bergelora. Setelah seketika, dia kembali ke posisi asalnya sebelum berundur selangkah. Dengan nada yang sungguh berat, dia berkata, "Saya akan pergi ke barat daya untuk lapor diri. Kita mungkin tak akan ada peluang untuk bertemu lagi." Seperti yang dijangka, dia sudah mengetahuinya.

Hujung jari-jemari Chu Qiao terasa sejuk membeku. Dia terasa sebak ketika melihat bayangan kesepian He Xiao, lalu dia mengangguk perlahan sebelum berkata, "Jaga diri."

Setelah itu, wanita itu berpaling untuk beredar dari astaka tersebut. Dia belum lagi mengambil beberapa langkah ke hadapan ketika dia mendengar sebuah suara yang bergema dari belakangnya, "Xiaoqiao, jaga diri." Dia berpaling untuk melihat He Xiao yang sedang berdiri tegak di sana dengan kelam. Angin yang berdesir mengepak-ngepakkan bajunya dan lantas mempamerkan corak awanan berwarna coklat kehijauan yang telah disulamkan ke dalam pakaian seragamnya. Setona warna hijau boleh dilihat di sekeliling pinggangnya, jelas kelihatan tali pinggang Pasukan Tentera Xiuli yang sedang dipakainya kini. Dia berdiri di situ dengan kepala yang tertunduk, sukar untuk memproses yang dia telah menguturkan kata-kata yang telah menjamin status perhubungan mereka.

Chu Qiao terkaku sebentar sebelum dia berpaling akhirnya dan beredar ke arah yang berlainan. Setelah mengambil beberapa lencongan, Taman Shanglin tidak lagi berada di dalam penglihatannya. Wanita itu lantas meraih wajahnya dan lantas tersedar yang dia secara tidak sengaja telah merayau ke kaki Pergunungan Fulan yang terletak di luar Istana Roufu. Pergunungan itu hanyalah sebuah timbunan batu-batu besar. Lapisan luarannya kelihatan seperti ia telah disaluti dengan jed putih yang seakan-akan kelihatan putih jernih. Memang layak untuk menggelarkan istana ini sebagai salah satu keajaiban dunia di dalam buku di Istana Jinwu. Namun, semasa Chu Qiao merenung ke arah batu-batu putih ini, dia dapat terasa sebuah aura kedinginan yang perlahan-lahan menghurung jiwa raganya.

"Cik Puan?" Meixing memanggilnya, jelas merisaukannya.

Chu Qiao hanya terdiam semasa dia mengekalkan pandangannya pada beberapa kuntum bunga plum dan juga segala perkara yang berada di atas pokok itu.

"Cik Puan, semua orang mencerminkan kehidupan ini dengan cara yang berbeza, tapi Cik Puan ada satu hati saja. Cik Puan tak boleh nak lindungi begitu ramai orang." Kata-kata Meixiang terngiang-ngiang di dalam telinga wanita itu, namun Chu Qiao seolah-olah langsung tidak mendengarnya. Angin bertambah kencang dan kesedihan mula terdetik di dalam hati wanita itu.

"Komander He Xiao dah ikut Cik Puan selama bertahun-tahun. Lambat-laun, dia akan faham juga. Tiada apa yang akan berkekalan. Jangan terlalu bersedih."

Chu Qiao berpaling untuk mendakap Meixing dengan lembut dan berkata, "Meixiang, kalau awak nak pergi ikut dia, pergilah."

Chu Qiao lantas merasakan yang tubuh Meixing menjadi tegang dan menggigil bagaikan seekor arnab ketakutan semasa gadis itu berdiri tegak. Setelah seketika, Chu Qiao dapat merasakan sepasang tangan sedang dililitkan di sekeliling pinggangnya semasa suara Meixiang bergema di tepi telinganya. "Saya tak sanggup nak tinggalkan Komander He, tapi saya lebih tak sanggup nak tinggalkan Cik Puan."

Cahaya matahari bersinar rembang tanpa sekepulan awan pun yang dapat dikesan di langit nun tinggi.

"Cik Puan, Cik Puan tak perlu risau tentang orang lain lagi. Tuan Zhuge itu mungkin bukanlah seorang malaikat, tapi dia seorang saja di dalam dunia ini yang betul-betul cintakan Cik Puan. Demi Cik Puan, dia boleh membunuh dan juga menggila, tapi dia juga sanggup berubah demi kebaikan juga. Cik Puan tak boleh jumpa sesiapa di dalam dunia ini yang boleh buat sebegitu." Meixiang tersenyum ketika dia berkata, "Komander He pula, dia akan terima segala ini macam saya juga. Perkara sebegini tak boleh dipaksa. Setiap orang ada daya tarikannya tersendiri."

Perasaan menginginkan kebebasan tanpa had telah menjadi hajat Chu Qiao buat bertahun-tahun lamanya. Dia mengangkat wajahnya dan bagai terbayang-bayangkan sepasang mata milik pemuda itu. Di dalam situasi buruk dan juga pergolakan yang serius di dalam dewan persidangan Xia, adakah dia baik-baik sahaja?

Dalam sekelip mata sahaja setahun lagi sudah pun berlalu dan Empayar Tang telah mengalami tahun yang paling bergelora dalam sejarahnya. Demi menyemarakkan suasana, Li Ce telah memerintahkan supaya jamuan musim bunga diadakan dengan lebih meriah daripada sebelum-sebelum ini.

Pada hari ke-27 bulan 12, Li Ce telah menganjurkan sebuah majlis jamuan buat para pegawainya di istana maharaja ini untuk mengulas tahun yang baru sahaja berlalu. Bagi mereka yang telah berpencapaian tinggi, Li Ce telah memberikan ganjaran yang setimpal buat mereka dengan membenarkan para pegawai berpangkat ketiga dan lebih tinggi untuk menjamu selera bersama dengannya di dalam dewan yang sama. Tambahan pula, pemuda itu telah menggubah sebuah sajak yang ditulisnya sendiri sebelum memerintahkan para pembantu kediaman untuk menyalin sajak tersebut untuk diberikan kepada setiap seorang pegawai di dalam dewan.

Bahagian belakang istana telah dihiasi cahaya-cahaya yang bersinar terang juga. Majlis jamuan itu diadakan dari Istana Yixin sehinggalah ke Istana Shangqing dengan jalan raya dari kedua-dua tempat ini telah dicantikkan lagi dengan lampu-lampu berkelipan dan juga lantera-lantera indah yang mempamerkan lagi pemandangan yang bagaikan sebuah lukisan indah ini. Para penari juga dapat dilihat sedang menggerak-gerakkan badan mereka dengan ghairah, sememangnya sebuah pemandangan yang megah.

Li Ce telah menjemput Chu Qiao untuk ke jamuan tersebut buat beberapa kali, namun wanita itu telah menolak pelawaan tersebut oleh disebabkan wanita itu tidak menyukai kawasan persekitarannya. Jadi, wanita itu telah tinggal di dalam istananya sendiri bersama pembantu-pembantu rumah miliknya dan menganjurkan jamuannya sendiri setelah membeli perhiasan rumah untuk menyambut tahun baru.

Pada hari ke-28 bulan ke-12, gerabak demi gerabak kuda yang dilitupi dengan kain hijau telah memasuki pintu gerbang utama Istana Jinwu dan menuju ke arah Kediaman Mihe. Kotak-kotak yang berada di dalam gerabak itu terus dikeluarkan dan dibuka setelah ia tiba di hadapan kediaman. Isi kotak tersebut telah memeranjatkan seluruh kediaman yang menyebabkan setiap orang bergegas menuju ke tempat itu untuk merenungnya dengan penuh tertanya-tanya. Beberapa orang gundik Li Ce juga telah bergerak ke sana, sukar untuk menampung kemarahan mereka.

Terdapat dalam 20 gerabak yang tiba di perkarangan kediaman tersebut yang mengandungi 200 kotak kayu daripada pelbagai saiz di dalamnya. Mata setiap orang menjadi bersinar terang di saat mereka ternampak isi kotak tersebut yang mengandungi berbagai-bagai objek berkilauan. Pelbagai jenis batu, termasuklah batu zamrud, batu purba, batu delima merah, batu baiduri, batu jed putih yang dapat ditemui di dalam kotak tersebut. Bukan itu sahaja, malah butiran mutiara, sutera lembut, kulit-kulit haiwan yang mahal, barangan antik dan juga karya-karya seni…. Segala jenis bukti kemewahan seseorang semuanya terpampang jelas di hadapan mata mereka semua. Bahkan peralatan aksesori buat wanita seperti lingkaran bunga untuk kepala, jubah, kasut jed dan juga gelang-gelang boleh dilihat dalam kuantiti yang banyak. Terdapat juga pokok, daripada pokok bunga yang bergred tinggi sehinggalah ke flora terumbu karang yang setinggi 30 kaki dan juga herba-herba perubatan. Terdapat juga skrin yang diperbuat daripada butiran mutiara yang bersinar di dalam gelap dan artifak-artifak yang jarang ditemui daripada tanah asing seperti mancis, teropong, aksesori gelas, jam loceng, gaun-gaun dan juga barangan berharga yang tidak terkira banyaknya.

Apa yang lebih membingungkan, terdapat juga beberapa kotak yang dipenuhi dengan barangan tempatan yang langsung tidak menarik. Objek-objek di dalam kotak itu kelihatan seperti ubi-ubi kayu. Chu Qiao mengangkat salah satu objek untuk menelitinya buat masa yang lama dan barulah tersedar yang ini merupakan ubi kayu daripada Qinghai yang telah diungkapkan pemuda itu dalam suratnya.

Dia lantas menghidu ubi kayu tersebut yang memberikan sebuah aroma yang semerbak, membuatkan wanita itu terasa senang di dalam hatinya. Dia lantas terbayangkan barangan-barangan berharga yang berada di dalam kotak lain dan semuanya tidak mampu menandingi kemegahan ubi-ubi kayu biasa ini.

Rakyat-rakyat tempatan di sana ada terdengar yang Raja Qinghai telah menghabiskan usaha yang banyak untuk mendapatkan barangan-barangan ini. Ubi-ubi kayu ini yang kelihatan biasa dan besar, mempunyai tali merah dan juga sehelai kain yang meliputi setiap satu daripadanya.

Sekeping kepala surat telah ditempatkan di dalam salah selehai kain ubi kayu itu. Wanita itu lantas menarik keluar tali emas yang melilit di sekeliling surat itu untuk menampilkan sehelai surat yang panjang dengan tulisan tangan kemas. Pemuda itu sentiasa sebegini. Dia masih lagi berkias dalam kata-katanya termasuklah ketika dia menulis surat, menceritakan tentang topik-topik yang tidak penting seperti cuaca, politik dan juga ekonomi. Zhuge Yue seakan-akan menganggap ini salah satu surat kepada seorang lagi pemimpin negara sebelum menambah ayatnya yang terakhir iaitu, 'Berhati-hati, jangan tidur dengan pintu terbuka pada malam ini. Sebelum awak tidur, tutup semua pintu dan tingkap seandainya ada orang yang cuba untuk memecah masuk.'

Ada pernah sekali Li Ce terjumpa surat Zhuge Yue dan dia lantas berasa amarah yang tidak terhingga sebelum menggelarkan pemuda itu sebagai penjahat yang suka menikam belakang orang.

Chu Qiao merenung sahaja pemuda yang sedang berlakon budiman ini yang baru sahaja mencabul hak privasinya, namun dia merasakan ada benarnya kata kedua-dua pemuda itu. Namun, surat pada hari ini tidaklah sepanjang selalu. Setelah kata-kata awalan yang pendek, tulisan tangan pemuda itu telah menjadi lebih cakar ayam. Jelas sekali pemuda itu telah berfikir buat masa yang lama sebelum menulis kerana dakwat pennya telah pun kering. Ayat tersebut berbunyi, 'Saya sedang sibuk. Tunggu saya.'

Chu Qiao menggenggam kemas surat tersebut di dalam tangannya semasa dia terdengar desahan orang ramai. Dia lantas terasa tenang di dalam hatinya. Dia tidak dapat mendengar apa-apa termasuklah desiran angin, kicauan burung mahupun dedaunan yang berkerisik. Walaupun cuaca ketika itu musim sejuk, namun dia terasa hangat seperti dia sedang berada dalam cuaca musim bunga.

Pada malam itu, Chu Qiao, Meixiang, Jingjing, Qiu Sui dan juga beberapa orang pembantu kediaman yang lain telah berkumpul di Kediaman Mihe. Chu Qiao telah masak untuk kumpulannya itu secara peribadi. Walaupun bakat kulinarinya tidaklah sehebat mana, namun dia telah berjaya memukau pembantu-pembantu rapatnya itu dengan teknik masakannya. Ia telah menghilangkan segala kecurigaan tentang bakat masakan wanita itu.

Mercun-mercun api telah dilancarkan ke udara di saat tengah malam menjelma. Chu Qiao dan yang lain-lain lantas bergegas ke perkarangan kediaman, berdiri di bawah pokok bunga osmanthus yang terhias indah pada dedaunannya. Mereka berdiri di bawah cahaya berwarna-warni yang menerangi wajah mereka dengan penuh ceria untuk menyambut majlis yang meriah itu.

Jingjing, Pingan dan beberapa lagi orang pembantu kediaman lantas menyalakan beberapa das mercun api. Chu Qiao segera menutup telinganya semasa dia dikelilingi khalayak ramai di tengah-tengah perkarangan kediaman itu. Wajahnya bersinar kemerahan sedikit semasa sedang memperagakan sehelai kot kapas berbulu baru, kelihatan seperti seorang anak kecil yang masih belum matang. Ini merupakan sambutan tahun baru yang paling gembira yang pernah dirasai Chu Qiao semenjak dia tiba di zaman ini. Walaupun insan yang dicintainya tidak berada di sisi, namun kehidupannya masih bahagia.

Bunyi tawaan dapat didengari dari serata tempat. Chu Qiao berdiri di hadapan meja kerjanya sebelum melakarkan dua karakter kartun yang kelihatan mirip dengan si tuan badan. Mereka berbadan kecil dan berkepala besar, seorang kelihatan ceria dan riang manakala seorang lagi kelihatan tegas dan serius. Kedua-dua karakter tersebut sedang berdiri di atas sebuah cenuram yang tinggi sambil bergandingan bahu, merenung pemandangan yang indah nun di kejauhan. Di hadapan mereka terbentangnya sedataran tanah berumput menghijau dengan sekawanan lembu dan juga biri-biri yang berkeliaran bersama. Sebuah kolam besar air terdampar lebih jauh di hadapan.

Wanita itu tekun menghabiskan suratnya dengan tiga perkataan ringkas, 'Saya sedang menunggu.'

Dia tidak lagi perlu menunggu akan sebarang nasihat mahupun pertanyaan. Dia telah memutuskan untuk mementingkan kebahagiaan dirinya dulu buat pertama kalinya, mengekalkan kesungguhannya sehingga ke penghabisan dan lantas mempercayai dirinya dengan keputusan ini.

Semasa dia meletakkan kepala surat itu ke atas meja, wanita ini lantas mengambil jubahnya untuk ke luar kediaman demi mencari Meixiang dan yang lain-lain. Apabila dia melangkah keluar istana tersebut, sekelompok kelopak bunga putih tiba-tiba berarak turun ke atas dirinya bagaikan empingan-empingan salju.

Semua orang lantas terburai dalam ketawa secara serentak. Hilai tawa mereka merebak sehingga ke setiap pelosok Istana Jinwu.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C229
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login