Baixar aplicativo
56.16% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 164: Bab 164

Capítulo 164: Bab 164

Editor: EndlessFantasy Translation

"Hahaha!" Chu Qiao tersenyum sinis apabila dia berpaling, susuk tubuhnya kelihatan penat dan lesu, "Awak langsung tak mampu untuk melindungi rakyat dalam sesebuah wilayah tapi sekarang ini awak cakap yang awak lakukan semua ini atas sebab impian semua orang? Kelakarnya." Chu Qiao menyelak tirai khemah tersebut lalu beredar.

Cik Puan Yu berkerut sebelum mengejar wanita muda itu dari belakang sambil bertanya, "Awak nak pergi ke, Chu Qiao?"

"Yan Bei bukan tanah air saya tapi saya selalu percaya pada negara ini. Kalau awak tak inginkannya lagi, saya masih inginkannya. Sekalipun awak abaikannya, saya akan tetap melindunginya. Beritahu Yan Xun, jika saya mati sekalipun, dia tak perlu membalas dendam untuk saya kerana orang yang bunuh saya itu ialah dia."

"Tunggu!" Cik Puan Yu bertegas, "Saya tak akan biarkan awak pergi!"

Chu Qiao berpaling dan tersenyum sinis. "Awak boleh bunuh saya tapi sampai mati pun saya tak akan abaikan Yan Bei!" Wanita muda ini lantas menghunuskan pisau belati yang tersembunyi dalam kasutnya sebelum melepaskan ketawa apabila dia menjadikan dirinya sebagai tebusan. Dia kemudiannya mengundur ke kudanya lalu menunggang kuda tersebut.

"Kesilapan terbesar belum dilakukan lagi jadi kalian masih ada masa untuk berundur. Beritahu Tuanku yang saya akan tunggu dia di bandar Beishuo! Gerak!" Gadis itu menoleh dan segera menghilang di sebalik salji yang memutih itu dengan jubahnya yang mengepak-ngepak tatkala ditiup angin.

Song Qifeng berjalan ke arah Cik Puan Yu dengan gelisah, "Cik Puan, kenapa Cik Puan biarkan saja Ketua Jeneral Chu pergi? Tuanku dah berkali-kali pesan kepada Cik Puan supaya jangan beritahu Cik Puan Chu tentang rancangan itu…"

Cik Puan Yu hanya tersenyum sebelum mendongakkan kepalanya perlahan-lahan dan lantas cahaya matahari pada waktu subuh itu menyinari wajahnya yang pucat lesi yang saling tidak tumpah daripada hantu.

'Yan Bei kesayanganku, aku memang tak berguna. Ini saja yang mampu aku lakukan untuk kamu.'

"Beritahu Tuanku yang Beishuo hampir tewas. Cik Puan Chu masih berkeras untuk mempertahankan Chidu supaya dapat membantu Beishuo. Sekurang-kurangnya ia akan bertahan selama lima hari. Selepas itu, Yan Bei akan dihapuskan."

Bandar Chidu dihinggap dewa kesepian pada saat itu dengan batang hidung Ketua Jeneral Chu yang langsung tidak kelihatan di seluruh bandar tersebut. Akhirnya, rakyat bandar tersebut mendapat tahu pengawal peribadinya telah membawa wanita muda itu pergi dari bandar itu semalam. Kekecewaan kini bermain dalam fikiran para tentera yang berpakaian compang-camping yang sedang berdiri kesejukan di dalam salji sambil beranggapan, "Ketua Jeneral dah abaikan kita ke?"

Namun, sebelum sempat dia menghabiskan anggapannya itu kepada orang ramai, salah seorang tentera telah ditendang ke tanah oleh para tentera dari Garison Utusan Barat Daya. He Qi, yang bertalian darah dengan He Xiao berkata dengan dingin, "Ketua Jeneral Chu tak akan abaikan kita! Dalam situasi di Bandar Zhen Huang pun Cik Puan tak abaikan kita. Kali ini juga Cik Puan pasti tak akan abaikan kita!"

"Jadi, ke mana dia pergi?" Salah seorang pengawal asal Chidu menjerit dengan penuh kekecewaan, "Pegawai-pegawai kerajaan itu semuanya sama sahaja!"

Para tentera kerahan Chidu juga turut menjadi riuh apabila sesetengah daripada mereka bersorak setuju, "Betullah itu! Selepas melihat yang kita ini hampir tewas, Cik Puan terus larikan diri!"

"Betul cakap saya yang pegawai-pegawai atasan ini semuanya tak boleh dipercayai! Tambahan pula dia seorang wanita!"

"Sedihnya! Kita memang diabaikan ke? Apa yang kita nak lakukan sekarang?"

Bunyi riuh itu kini berlarutan dan ada juga di antara mereka yang mula menangis. Awan mendung sudah mula berarak di kaki langit bersama salji yang ditiupkan oleh angin kencang kelihatan seperti duit kertas yang diberikan kepada si mati.

"Apa yang kamu semua tercegat lagi di sini? Musuh dah nak menyerang!" He Xiao melangkah ke arah mereka dan menegur dengan tegas.

"Komander He! Ketua Jenerah dah abaikan kita dan larikan diri!"

"Mustahillah!" He Xiao membalas dengan dingin. "Saya tak akan percaya akan hal itu dan begitu juga tentera dari Garison Utusan Barat Daya. Ketua Jeneral Chu bukan orang seperti itu!"

"Tapi…"

"Sekali lagi saya dengar kamu semua cakap macam itu, siaplah! Kalau saya dengar ada sesiapa yang memburuk-burukkan Cik Puan, dia akan berdepan dengan seluruh Garison Utusan Barat Daya!" Pemuda itu menghunuskan pedangnya dengan segera, besi pedangnya bersinar tatkala cahaya matahari menyinarinya, "Tunggu apa lagi? Bangunlah!"

Pasukan Tentera Xia akhirnya menghentikan tindakan melulu mereka untuk mara setelah membuat rombakan formasi tentera sekali lagi pada malam itu namun, Garison Utusan Barat Daya juga turut kehilangan pertahanan kebal mereka kerana mereka telah kehabisan senjata dengan sangat pantas dan periuk api mudah terbakar mereka juga sudah habis digunakan petang itu. Pasukan Tentera Xia telah berjaya menembusi tembok kota mereka pada waktu tengah hari keesokan harinya, langsung tidak berasa gentar apabila mereka mendaki menggunakan tangga manakala para pemanah mereka tidak henti melepaskan panahan bertalu-talu ibarat ribut taufan di barisan pertahanan supaya para tentera mereka tidak mara ke hadapan. Tembok itu hanya dapat ditgambarkan sebagai sebuah babak yang mengerikan apabila para tentera yang tidak terbilang ramainya rebah setelah dipanah.

Seorang tentera muda telah dipanah oleh lebih sepuluh mata anak panah dan kebanyakan dari anak panah itu telah terkena organ-organ pentingnya. Salah seorang tentera seperjuangannya telah menawarkan untuk mengambil alih kedudukan pemuda itu supaya dia dapat menerima rawatan untuk kecederaan yang telah diterima, namun dia hanya bersandar pada tembok bandar dan tersenyum mesra sambil menunjukkan barisan gigi yang putih. Dia melambaikan tangannya sambil berkata, "Apabila Ketua Jeneral Chu balik nanti, tolong beritahu Cik Puan sesuatu. Beritahu Cik Puan yang seluruh pasukan tentera ini ada hati pada dia." Setelah itu, pemuda itu terjun dari tembok bandar itu dengan menggunakan tubuhnya sebagai senjata untuk menghancurkan para tentera Xia. Dengan itu, teriakan kesakitan kedengaran di bawah seolah-olah tentera Xia sedang menyanyikan sebuah lagu berkabung untuk tentera yang sudah jatuh tadi.

Pertempuran berjarak dekat akhirnya tercetus apabila sekumpulan tentera musuh yang ramai berjaya medaki tembok bandar itu. Seluruh barisan pertahanan pertama telah dihancurkan tatkala anak panah dilepaskan bertalu-talu secara rawak, menemani bunyi teriakan yang dilaungkan tidak henti-henti. Pasukan Tentera Xia yang sedang berada di tembok kini makin bertambah sekaligus membuatkan tanah dibanjiri dengan titikan merah darah. Pada saat ini, para tentera kerahan juga turut bergerak ke atas tembok untuk menentang para tentera Xia, tidak lagi berasa takut untuk menghadapi kematian kerana sedar yang mereka pasti akan mati juga tidak kira sekeras mana mereka bergelut namun setidak-tidaknya, mereka dapat melengahkan masa dengan menyerang pihak musuh supaya keluarga mereka dapat melarikan diri daripada Pasukan Tentera Xia yang tidak berperikemanusiaan itu. Pasukan Tentera Kerahan telah menggunakan segala perkakas yang mereka ada, menusuk pedang, menikam lembing, menyerang dengan menggunakan bata ataupun menggigit dengan gigi mereka untuk bertempur. Kekejaman sesebuah peperangan kini dapat dilihat penuh jelas dengan babak ini.

Situ Jing menyaksikan pertempuran itu dari jauh dengan mata yang terbeliak sebelum bertanya kepada orang bawahannya, "Kamu pasti ke yang tentera-tentera di atas itu hanyalah tentera kerahan?"

Pada hari itu, sungai Chidu mencair buat seketika dengan lapisan demi lapisan cecair darah yang hangat menimbuni selapisan air membeku dan lantas mencairkan permukaannya. Namun, setelah itu, ia kembali membeku. Seluruh kawasan itu bagaikan telah dicat dengan warna merah darah dan banyak mayat yang bergelimpangan di sekeliling kawasan. Seorang tentera telah melemparkan sebelah kakinya yang telah dipotong sebentar tadi dan melemparkannya sendiri ke arah para tentera Xia yang lantas memeranjatkan salah seorang tentera Xia yang sedang mendaki tembok itu lalu tentera itu terus terjatuh ke tanah akibat kehilangan pertimbangan.

Seluruh Pasukan Ketujuh Garison Utusan Barat Daya telah dihapuskan kecuali seorang pengutus sahaja yang sedang berdiri dengan sungguh berani di atas tembok bandar sambil menggunakan tubuh rakan pasukannya sebagai senjata untuk menghempaskan tentera Xia yang cuba untuk memanjat tembok sehingga tiada lagi badan tentera yang tinggal dan dia sendiri pun telah dibelasah berkali-kali. Pahlawan muda ini kemudiannya menjerit, "Hidup Ketua Jeneral!" Sebelum merenggut seorang tentera Xia dan terjun bersamanya dari tembok bandar itu.

Pengawalan tembok itu berubah berkali-kali di antara kedua pasukan tentera ini. Sungguhpun He Xiao mempunyai beberapa kecederaan pada tubuhnya, namun dia masih lagi menentang apabila pemuda ini berdiri di atas tembok dan menjerit, "Saudara! Jangan malukan Ketua Jeneral! Kalau kita mati di sini pun, dia pasti akan membalas dendam untuk kita! Bunuh mereka!"

Setelah mendengar kata-kata He Xiao itu, para pahlawan Yan Bei sekali lagi diselubungi semangat juang yang tinggi dan lantas mereka berdiri semula dengan tubuh yang sudah tercedera sejurus selepas itu lalu menghunuskan pedang mereka untuk bertempur dengan pihak musuh sekali lagi.

Angin kencang kini kembali bersama salji yang menyelaputi permukaan bumi. Bau hamis darah meresap di seluruh kawasan medan perang namun tentera Xia masih lagi muncul di sebalik hutan seperti lautan yang tidak berpenghujung. Kedua-dua pasukan yang telah berlawan dari pagi masih lagi berlawan sehingga senja menjelang.

Zhao Yang yang sedang berdiri di cerun berdekatan tembok itu memerhatikan mereka dan hanya mampu mengeluh, "Garison Utusan Barat Daya ini memang betul-betul susah untuk dihapuskan!"

Bandar Chidu lantas ditenggelami kedukaan setelah tembok bandar telah jatuh ke tangan pihak musuh sekali lagi. Seorang tentera muda dengan lemahnya menghunuskan pedang pada tentera Xia yang sedang menghampiri seolah-olah pemuda tersebut ingin menempa ajal dalam pertembungan ini. Namun, sebuah kelibat tiba-tiba muncul bersama pedangnya untuk melewati mereka setelah tentera Xia tersebut menghampiri pemuda itu dan kepala tentera Xia itu terus terputus apabila dipancung dek pedang milik si kelibat tadi, sekaligus memercikkan darah di sekeliling mereka.

Tentera tadi merenung kelibat tersebut dengan mulut yang ternganga kerana dia berasa sangat terkejut namun kelibat tadi terus menoleh dan menempik, "Tunggu apa lagi? Tolong saya cepat!"

"Ketua Jeneral?" Tentera itu mengujar seakan-akan tidak mempercayainya, "Cik Puan dah kembali!"

Para tentera dari Garison Utusan Barat Daya yang keletihan tadi terus menoleh dan mendapati seorang gadis sedang berdiri sambil menggenggam pedangnya di tengah-tengah medan perang itu. Wanita muda manakah lagi yang akan berada di sini selain daripada Chu Qiao?

"Cik Puan tak abaikan kita!" Seorang yang tidak dikenali mula menjerit dan diikuti dengan sorakan meriah yang mula merebak dalam seluruh pasukan mereka. Para askar yang kepenatan sebelum ini tiba-tiba berdiri dengan penuh teruja seperti kembali bertenaga dan sudah memulih dari sebarang kecederaan.

Selagi Ketua Jeneral Chu ada bersama kita, kita pasti tidak akan tewas! Pemikiran sebegitulah yang sedang bermain di dalam fikiran pasukan pertahanan mereka. Tentera Xia hanya memandang musuh mereka yang dianggap sudah hampir ditewaskan itu dengan perasaan takut kerana pihak tentera Yan Bei kini kembali bertenaga semula dan menyerang mereka seperti raksasa yang kelaparan. Kelesuan dan keletihan yang dirasai tadi kelihatan seolah-olah mereka sedang berlakon untuk mengalih perhatian pihak tentera Xia sahaja.

"Saudara! Serang bersama saya!" Teriak He Xiao sebelum memancung kepala seorang tentera Xia dengan sekali libasan sahaja, bersorak, "Hidup Ketua Jeneral!"

"Hidup Ketua Jeneral!"

"Hidup Ketua Jeneral!"

Bunyi bingit sorakan mereka kini bergema semula. Setelah melihat para tentera tadi yang sedang membanjiri mereka, Zhao Yang akhirnya terpaksa akur dengan realiti kekalahannya yang menggerunkan ini.

"Tuanku, kalau kita masih tak mampu menawan bandar ini, susahlah kita untuk menjawab dengan Putera Ketiga."

"Siapa cakap yang saya tak nak menang?" Zhao Yang mengeluh sambil memandang ke arah bandar Chidu yang kecil itu.

Malam sudahpun menjelang dan sekali lagi tentera Xia terpaksa berundur. Chu Qiao terjumpa Pingan yang sedang diikat di dalam sebuah kedai makanan dan anak kecil itu sudah tertidur. Budak lelaki itu terus bersorak keriangan setelah terjaga dan mendapati Chu Qiao masih terselamat.

Dalam perlawanan hari ini, Bandar Chidu telah menanggung angka korban yang banyak. Pasukan utama Garison Utusan Barat Daya telah kehilangan 2,000 orang tentera mereka dan 1,500 orang tentera sebelum ini. Kini, seluruh garison tersebut hanya mempunyai 3,000 orang askar dan hanya 2,000 orang sahaja yang masih mampu bertempur manakala tentera kerahan pula menanggung lebih dari 20 ribu kematian. Tembok bandar telah terjejas dengan sangat teruk dan jika pihak musuh mempunyai senjata seperti pelancar, mereka pasti akan mampu memusnahkan tembok mereka itu dalam masa sehari sahaja.

Bau hamis darah meresapi tanah di seluruh bandar bersama mayat yang bergelimpangan di seluruh bandar. Ubat di dalam bandar juga sudah kehabisan dan pahlawan-pahlawan ini hanya mampu dirawat dengan menggunakan air bersih dan kain sahaja. Pada waktu malam pulz, seluruh kawasan itu dipenuhi dengan teriakan yang meronta-ronta kesakitan. Di beberapa jalan, tubuh yang tidak bernyawa telah diletakkan dalam barisan yang kemas bersama kain kuning yang menutupi wajah mereka.

Setelah berjalan di tempat ini, tapak kaki Chu Qiao mula menjadi berat. Burung gagak berlegar-legar di atas langit yang gelap itu membuatkan bulu roma wanita muda itu meremang. Sepanjang hidupnya, inilah kali pertama Chu Qiao terasa sunyi dan tidak berupaya seperti itu, harapan dan impiannya telah musnah tetapi dia masih perlu bangun dan berlaku tabah di hadapan para pahlawan tersebut. Wanita ini harus menunjukkan kepada mereka dia masih lagi yakin dan akan terus memimpin mereka untuk keluar dari sini dengan selamat.

Angin dingin berhembus pada tubuh gadis ini yang lemah dan lantas dia terdengar sebuah bunyi dengungan dari sebalik kejauhan yang berbentuk seperti sebuah lagu yang kedengaran sangat menyedihkan lalu Chu Qiao pun terus berjalan ke arah bunyi itu. Apabila dia membelok, wanita muda ini ternampak seorang tentera yang kacak dan langsung tidak bermisai, wajah pemuda itu kelihatan seperti seorang cendekiawan yang lebih sesuai untuk belajar daripada berlawan. Pemuda itu kehilangan sebelah kaki jadi dia hanya terduduk di situ namun langsung tidak meraung kesakitan, malah masih boleh tersenyum dengan mata yang jernih seolah-olah pemuda itu terkesima dengan sebuah memori indah sambil menyanyi, "Selamat tinggal, si cantik manisku. Aku akan berjuang untuk tanah air kita. Musuh dah tiba dan aku perlu lindungi tanah air kita. Mungkin aku tak berpeluang untuk melihat matamu yang cantik lagi. Mungkin aku tak berpeluang untuk mendengar nyanyianmu di telingaku lagi. Tapi percayalah padaku, aku akan sentiasa mengingati tempat di mana kau ucapkan selamat tinggal kepadaku, bersama matahari yang terbenam menghiasi pemandangan dengan warna kemerahan, kau tersenyum, sambil berbisik padaku untuk kembali…"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C164
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login