"Saya kebetulan kenal mereka. Junior kolej saya ini sangat berbakat." Han Xiuche membalas. "Sebab itu saya yang sepatutnya berterima kasih pada kamu sebab perasan bakat mereka dan bimbing mereka."
Long Jie merenung tepat mata Han Xiuche semasa telefonnya tiba-tiba berdering. Kawan lamanya yang menelefon.
"Long Jie, terima kasih sebab bantuan yang kamu beri dulu, saya mampu bertahan dalam industri. Saya dengar kamu tengah cuba promosikan sekumpulan artis bau. Jadi, saya segera cuba hubungi kamu. Universiti sekarang tengah adakan festival muzik dan saya rasa kumpulan kamu patut buat persembahan di sana."
"Penyanyi terkenal, Qin Qin pun akan buat kemunculan di pentas. Jadi, kamu boleh anggap ini penyertaan percuma."
"Apa pendapat kamu?"
Pada saat seperti ini, sesiapa sahaja yang sudi menawarkan bantuan boleh dianggap sebagai kawan sejati. Jadi, Long Jie membalas, "Saya akan ingat apa kamu buat untuk saya hari ini, sampai bila-bila."