Baixar aplicativo
1.57% Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 19: Jom Kahwin Sekarang

Capítulo 19: Jom Kahwin Sekarang

Editor: EndlessFantasy Translation

Paling penting…

…bagaimana dia begitu yakin untuk menolak penggambaran percubaan, terutamanya apabila dia perlu menukar gaya setiap tiga saat?

Tidak kiralah jika Tangning perlu berlakon malas, menggoda, mengancam atau comel, selagi jurugambar meminta dia menukar gaya, dia akan segera menyesuaikan segala tema yang diberi padanya. Reaksinya begitu cepat sehingga membuatkan orang yang menontonnya terpegun.

Long Jie berdiri menyandar. Melihatkan Tangning kembali menjadi seperti Tangning yang penah dikenalinya, dia berasa begitu emosi hingga hampir menangis.

Selain daripada menangis kegembiraan, dia turut membawa keluar telefonnya untuk mengambil gambar Tangning dengan berbagai gaya. Long Jie berhasrat untuk menghantar gambar tersebut kepada Mo Ting. Kerana hubungan Tangning dengan Mo Ting, Long Jie merasa begitu bertuah untuk mempunyai seseorang yang begitu hebat dalam kenalan telefonnya.

Sudah tentulah pada waktu itu, Mo Ting masih berada di dalam pesawat.

Dalam sesi penggambaran selama 4 jam itu, Tangning berjaya meyakinkan jurugambar dan beberapa orang lain dalam industri tersebut dengan profesionalismenya. Malah, Encik Eugene yang dahulu menghalau Tangning tidak dapat mengelak untuk mengangkat ibu jari kepadanya. Dia sendiri menerangkan kepada Tangning mengenai bagaimana dia tidak dapat mengawal emosinya pada hari pertunjukan tersebut kerana merasa marah ditipu. 

Selepas menanggalkan solekannya, Tangning kembali kepada dirinya yang tidak mempunyai sebarang riak. Sementara itu, semua orang begitu gembira dengannya. Ini membuatkan tanggapan Encik Eugene terhadapnya berubah secara mendadak.

Long Jie bergegas ke arah Tangning untuk memberinya jaket. Pada masa yang sama, dia menghulurkan telefon yang berkelip-kelip pada Tangning. "Han Yufan menelefon kamu…"

Reaksi Tangning tidak berubah. Padangannya kelihatan muram sedikit namun dia tetap menyambut panggilan tersebut. "Helo?"

"Tangning, sudahkah kamu mendengar atau melihat sebarang berita?" Han Yufan bertanya, memulakan perbualan dengan ringan.

"Kenapa?" Tangning bertanya, berpura-pura tenang. "Apa yang berlaku?"

"Oh, tidak ada apa-apalah!" Han Yufan pasti bahawa Tangning belum mengetahui perkara tersebut memandangkan dia di Liusen. Jadi dia mula memulakan rancangan, "Tangning, apa kata kalau saya terbang ke Liusen esok. Kita boleh daftar perkahwinan kita di sana. Ianya sempurna! Pemandangannya cantik dan suasananya damai. Kita boleh ambil peluang ini untuk bercuti. Ianya boleh jadi bulan madu kita juga!" Han Yufan segera memerangkap Tangning.

Sebenarnya, Tangning tidak dilahirkan dalam keluarga biasa-biasa. Dia merupakan anak kepada empayar minyak wangi yang terkenal. Tetapi, kerana hubungannya dengan Han Yufan, dia bergaduh dengan keluarganya. Hubungan mereka begitu teruk sehinggakan keluarganya memutuskan semua hubungan dan enggan berjumpa satu sama lain. Tetapi, dia tetap seorang Tang. Apabila orang tua Tang meninggal dunia, dia masih ada hak ke atas harta warisan keluarga.

Han Yufan tidak mahu melepaskan Tangning bukan sahaja kerana Tangning seorang yang naïf dan mudah diperbodohkan. Tetapi salah satu sebab yang penting adalah kerana…harta warisan tersebut.

Memandangkan video dia dan Mo Yurou sudah tersebar, dia hanya boleh mengambil kesempatan semasa Tangning belum menyedari hal itu dan segera memaksanya berkahwin.

"Dengan isu hubungan kamu dan Mo Yurou yang begitu mencurigakan, saya tidak rasa kita patut berkahwin sekarang!" Tangning menolak secara terang-terangan.

"Tiada apa-apa antara saya dan Yurou. Gambar yang kamu lihat itu adalah satu salah faham…"

"Kalau gambar itu semua satu salah faham…bagaimana pula dengan video itu?" Tangning bertanya dengan nada yang sangat tenang. "Memanglah saya berada di Liusen, tetapi Liusen masih berada dalam negara yang sama. Kamu benar-benar fikir yang saya tidak akan menonton berita itu? Atau kamu fikir saya begitu mudah dipujuk dan diperdaya?"

"Tangning, saya bukannya buat perkara itu dengan sengaja. Percayalah pada saya. Kita sudah bersama untuk bertahun-tahun lamanya. Takkan kamu tidak tahu bagaimana saya sebenarnya?" Han Yufan berpura-pura tidak bersalah, cuba meraih simpati. "Itu hanya cinta sebelah pihak bagi Yurou. Orang yang saya cintakan hanyalah kamu."

"Jadi, bagaimana kalau saya katakan yang jika dia kekal berada dalam Syarikat Hiburan Tianyi, saya akan pergi dan kalau saya kekal, dia yang pergi?" Tangning bertanya dengan tegas.

"Tangning, saya sangkakan kamu orang yang akan paling memahami saya. Kenapa kamu perlu menekan saya begini?" Han Yufan sedikit marah kerana dia tidak mahu berputus asa dengan kedua-dua pihak. Mo Yurou ialah cinta pertamanya dan sedang hamil dengan anaknya manakala Tangning…

Dalam situasi tersebut, Han Yufan tidak dapat membuat keputusan.

"Jika kamu rasa saya menekan kamu, kamu boleh pergi pada Mo Yurou. Dia sangat memahami."

"Perlukah ia jadi begini?" Sebenarnya, Han Yufa sudah membuat keputusan untuk melepaskan Mo Yurou. Lagipun…latar belakang keluarga Mo Yurou adalah biasa-biasa. Sebab utama dia boleh berada di mana dia sekarang adalah kerana Han Yufan yang menyokongnya hingga ke posisi itu. Jika Han Yufan mahu membandingkan Mo Yurou dengan Tangning, Mo Yurou hanyalah wanita untuk berseronok. "Beri saya masa untuk bercakap dengan Mo Yurou. Kemudian, kita akan berkahwin dengan segera."

"Saya akan menunggu kamu." Tangning menjawab dengan tenang, padahal kata-katanya menyembunyikan kebencian.

Bagaimanalah orang seperti Mo Yurou akan melepaskan Han Yufan dengan mudah? Malah, dia sedang mengandungkan anak mereka.

Long Jie mengamati wajah Tangning yang merengus dan segera mengambil telefon tersebut daripada tangannya. "Mulai hari ini, kita tidak akan terima sebarang panggilan daripadanya. Kita tidak perlu naik angin lagi."

"Mari pulang ke hotel. Saya berasa penat." Tangning tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Long Jie mengangguk dan segera mengiringinya pulang ke hotel. Bilik mereka bersebelahan. Long Jie membuka pintu untuk Tangning dan menenangkannya. "Berehatlah. Jangan berfikir terlampau banyak. Kamu masih ada penggambaran luar pada esok hari."

"Okey." Tangning mengangguk sebelum menutup pintu. Dia berpusing dan perasan akan bunyi air yang kedengaran dari bilik mandi. "Siapakah di sana?" dia bertanya dengan berhati-hati.

Orang yang berada di dalam bilik mandi tersebut nampaknya terdengar suara Tangning apabila dia menutup paip air. Tangning bimbang jika dia tersilap bilik, jadi dia segera menuju ke arah pintu. Namun, pada masa itu, satu susuk tubuh tinggi melangkah keluar dari bilik mandi, meraih pinggangnya dan merangkulnya. "Saya lah."

Tangning berpusing ke belakang untuk melihat Mo Ting. Dia terkejut buat seketika. "Abang…bagaimana…"

"Bukankah saya sudah cakap? Akan ada keajaiban?" Mo Ting melonggarkan rangkulannya sebelum mengucup bibir Tangning. "Penerbangan pada siang hari begitu memenatkan. Saya membuat keputusan untuk mandi terlebih dahulu sebelum berehat."

Fikiran Tangning sedikit bercelaru. Dia langsung tidak menyangkakan bahawa Mo Ting benar-benar memaksudkan apa yang dikatanya. Tangning segera merangkul pinggang Mo Ting.

"Isteri saya yang tersayang..patutkah saya ingatkan kamu…yang saya tidak memakai apa-apa?"

Mendengarkan ini, Tangning segera melihat ke bawah dan mukanya memerah. "Kalau begitu, abang pergilah sambung mandi…"

"Tapi saya mahu pergi bersama!" Dengan kata-kata itu, Mo Ting tidak menunggu jawapan. Dia terus membawa Tangning di dalam dukungannya ke dalam bilik mandi dan meletakkanya di bawah pancuran mandi. Sambil memegang dagu Tangning, Mo Ting mengucup berahi bibirnya.

"Jangan…jangan begitu kasar. Saya masih perlu bergambar untuk iklan esok." Tangning masih ada sedikit kesedaran.

Mo Ting tersengih sebelum perlahan-lahan turun ke bawah. "Kalau di sini?"

Dengan hanya dipisahkan selapis pakaian, Tangning menggeletar dan kemudiannya hanyut keasyikan.

Di bawah pancuran hujan, pasangan tersebut terus berkucupan dan berpelukan penuh berahi. Tetapi, seperti biasa, sebelum mereka mengambil langkah terakhir, kedua-dua mereka sudah puas. Selepas mandi, salah seorang daripada mereka memakai produk penjagaan kulit manakala yang lagi seorang sibuk meneliti dokumen sambil bersandar pada katil. Tangning sedikit sedih apabila dia melontarkan pandangan pada Mo Ting. "Abang sudah berada di sini, tetapi abang masih perlu bekerja?"

Mo Ting mengangguk sambil menutup dokumen tersebut dan melambai tangannya pada Tangning. Apabila dia berada dalam rangkulannya, Mo Ting tersenyum memohon maaf. "Ianya sudah menjadi tabiat."

"Saya tidak cukup menarikkah? Hari ini, Han Yufan menelefon dan memberitahu saya yang dia mahu mengahwini saya!" Tangning merungut dengan sedih.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C19
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login