Baixar aplicativo
0.66% Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 8: Gambar dan Video

Capítulo 8: Gambar dan Video

Editor: EndlessFantasy Translation

Tanpa mengambil kira perkara lain, perbuatan Tangning yang menunjukkan dirinya dan mengaku bahawa dia sengaja mencetuskan kekecohan tersebut telah membersihkan reputasi Tianyi. Perbincangan dengan HF juga berjaya sementelah mereka sudi menerima permohonan maaf Han Yufan dan bersetuju untuk memberikan jawatan jurucakap produk kepada Mo Yurou seperti yang dirancangkan pada awalnya, memandangkan dia juga menjadi mangsa. Selepas kejadian ini, popularitinya dianggarkan untuk meningkat naik dengan mendadak.

Syarikat Hiburan Tianyi dan Mo Yurou telah pulih daripada kejadian tersebut tanpa sebarang kesan, tetapi Tangning sudah musnah sepenuhnya.

Dengan segera, 'Ratu Kekecohan', 'Peragawati Licik', 'Perempuan Jalang Teh Hijau'1 dan beberapa nama yang lebih kurang serupa mula muncul di dalam senarai carian. Semua hasil carian akan membawa kepada perbincangan yang dipenuhi kata-kata kesat.

Tangning duduk di dalam biliknya, menonton berita tersebut. Dia mencuba sebaik mungkin untuk bertenang kerana dia tahu, apa yang dilaluinya sekarang akan berpusing arah.

Han Yufan dan Mo Yurou akan merana sepuluh kali ganda lebih teruk daripada apa yang dirasainya sekarang!

Walau bagaimanapun, pada masa ini, di mata orang awam, personalitinya sudah musnah sepenuhnya. Tukang sapu juga tidak dapat mengelak untuk membuat perangai dengannya. "Cik Tang, bolehkah kamu alihkan kaki kamu yang berharga itu? Tidakkah kamu nampak saya sedang bekerja di sini?"

"Bukannya kamu ada sebarang pertunjukan untuk dihadiri pun, tapi tetap juga masuk ke pejabat setiap hari. Belakang badan saya begitu penat kerana perlu membersihkan bilik kamu."

Reaksi Tangning berubah menjadi dingin. Walaupun dia sudah jatuh ke tahap yang rendah dalam kerjayanya, itu tidak bermakna dia akan membiarkan sesiapa sahaja membulinya. Dia mengambil telefonnya dan menelefon Han Yuran sambil memastikan pembesar suara dipasang supaya tukang sapu tersebut boleh mendengar perbualan mereka. "Yufan, adakah kedudukan saya di dalam syarikat ini begitu rendah sehinggakan saya boleh dihina oleh tukang sapu?"

"Minta namanya dan beritahu pihak HR untuk buang dia," Han Yufan terus membalas tanpa teragak-agak.

Tangning memutuskan panggilan dan memandang tukang sapu tersebut dengan dingin. "Hanya sebab saya seorang yang mudah bergaul, itu tidak bermakna kamu boleh bercakap dengan saya secara kasual. Hanya sebab saya bukan lagi seorang peragawati, itu tidak bermakna saya bukan lagi ahli Keluarga Tang. Kalau saya mahu, saya boleh buat tukang sapu seperti kamu tidak digajikan sampai bila-bila tanpa perlu mengangkat jari pun…"

Wajah tukang sapu tersebut bertukar pucat dengan peluh ketakutan mula keluar. Dia tidak tahu Tangning boleh jadi begitu menakutkan. Dia segera membongkok memohon maaf. "Maafkan saya Cik Tang, saya tidak akan lakukannya lagi."

"Walaupun kamu berada lebih tinggi daripada orang lain, kamu perlu melayan semua orang sama rata. Apatah lagi kalau kamu berada di bawah orang lain." Tangning tidak mahu menyukarkan sesuatu perkara untuk kakitangan pekerja tetapi dia perlu memberi mereka pengajaran. Selepas bercakap, dia terus bangun berdiri. Dia telah menerima satu pesanan SMS daripada Han Yufan yang meminta Tangning ke pejabatnya.

"Tangning, imej kamu sekarang ini sudah jatuh terhumban ke jurang yang amat dalam. Jadi, saya telah mengaturkan beberapa aktiviti untuk kamu sertai. Harapnya, kamu dapat menebus diri kamu di mata orang awam. Bukankah Mo Yurou sakit? Apa kata kalau kamu lawat dia dan jaga dia untuk tunjukkan bahawa kamu benar-benar menyesal. Mungkin kamu akan dapat sedikit simpati."

Tangning memerhatikan wajah Han Yufan dan bertanya kepada dirinya sendiri mengapa dia tidak pernah perasan akan betapa memalukan wajah Han Yufan sebenarnya.

Mo Yurou jelas menggunakan peluang ini untuk memalukan Tangning. Tapi, Han Yufan pula menyokong dengan mencadangkan Tangning untuk menjaga Mo Yurou.

"Kamu perlu berlakon di hadapan kamera buat beberapa minit sambil rakaman itu disiarkan secara langsung."

Han Yufan pada asalnya menyangkakan Tangning akan menolak. Mo Yurou menggunakan anaknya sebagai alasan untuk memaksa Han Yufan menyuruh Tangning dengan meminta permintaan yang begitu tidak munasabah. Namu, tanpa dijangka-jangka, Tangning mengangguk bersetuju.

"Baiklah."

"Kamu bersetuju untuk lakukannya?"

"Semenjak Mo Yurou cedera, saya tidak pernah ada peluang untuk melawatnya. Ini adalah peluang sempurna." Tangning membalas dengan begitu tenang.

"Kalau begitu, saya akan carikan orang untuk iringi kamu keluar dari sini. Ada sekumpulan besar wartawan yang menunggu di laur."

Tangning kekal tenang dan terkawal walaupun dia tahu mengenai rancangan Mo Yurou untuk menyeksanya. Dia tahu, semakin tinggi dan semakin berkuasa Mo Yurou rasakan sekarang, semakin sakit jatuhannya nanti.

Orang yang akan ketawa pada akhirnya nanti…

…belum dapat ditentukan.

Tidak lama kemudian, Tangning menaiki kereta pembantu Han Yufan dan bergerak menuju Hospital Tianhe. Dalam perjalanannya, dia mengirimkan pesanan mesej kepada Mo Ting. "Abang, jangan bimbang mengenai berita yang kamu dengar mengenai saya. Saya ada rancangan. Saya mahu pulang ke rumah malam ini. Boleh abang hantar sesiapa untuk jemput saya di Hospital Tianhe? Saya tidak tahu di mana rumah baru kita…"

Di tengah-tengah mesyuarat yang berlangsung, Mo Ting menerima mesej Tangning. Untuk kali pertama, dia memberhentikan seketika perkara yang sedang dilakukannya, membuatkan semua orang atasan syarikat memandang sesama sendiri dengan terkejut. Orang mirip dewa apakah yang mempunyai pengaruh sebegini?

Mo Ting tidak mengendahkan reaksi orang di sekelilingnya. Dia hanya menumpukan perhatiannya kepada nada Tangning yang begitu kasihan. Dia segera membalas mesej tersebut, "Gadis bagus, saya akan jemput kamu kemudian."

Selepas menerima mesej daripada Mo Ting, Tangning tidak dapat mengelak daripada membayangkan riak Mo Ting semasa memanggilnya 'gadis bagus'. Senyuman manis menghiasi wajahnya dan matanya terbentuk seperti dua bulan sabit. Pada masa ini, pembantu Han Yufan memandang Tangning daripada cermin padang belakang, Kamu masih boleh tersenyum sekarang. Tapi kamu tunggulah apabila kamu tahu apa yang akan jadi pada kamu.

Tangning tahu seluruh dunia sekarang bermusuh dengannya. Tetapi dia memaksa dirinya untuk tidak memikirkan apa yang orang lain fikirkan. Selepas menghubungi Mo Ting, dia menghantar mesej kepada pengurusnya.

"Long Jie, Han Yufan mengaturkan saya untuk menjaga Mo Yurou di hospital. Saya sudah hampir tiba di sana. Adakah kamu bersedia?"

"Orang yang pandai memerhati boleh tahu yang perempuan simpanan itu menggunakan peluang ini untuk memalukan kamu. Dia ingat dia boleh lakukan perkara itu? Saya sudah bersedia lama dahulu. Saya yakin orang ramai akan terhibur. Saya ada gambar dan juga video."

"Kamu boleh sebarkan gambar tersebut. Simpan video itu untuk masa akan datang. Saya mahu beri sedikit masa untuk Han Yufan dan Mo Yurou bergaduh."

"Saya faham. Kita perlu tunggu masa yang sesuai. Apabila mereka dalam keadaan yang cukup teruk, kita sebarkan video itu dan siapkan kerja ini!" Long Jie begitu terjua sekali. "Saya mahu Mo Yurou jatuh sewaktu dia berada pada kedudukan paling tinggi sekali. Tangning, walaupun ramai orang yang menghina kamu, saya perasan masih ada golongan kecil yang menyokong kamu. Saya rasa ada kebaikannya semua ini…"

"Long Jie, berhati-hati ya."

Selepas bertukar pesanan mesej dengan pengurusnya, Tangning segera memadamkan semua perbualan itu. Hujung bibirnya mengukir senyum.

Di dalam salah satu bilik di hospital swasta tersebut, Mo Yurou duduk dengan lemahnya di atas katil. Hanya dengan memikirkan tentang rancangannya untuk memalukan Tangning sebentar lagi sudah cukup untuk membuatkan matanya bersinar.

Dia tidak pernah sekali-kali bermimpi bahawa Tangning akan menjadi begitu bodoh untuk menggalas semua kesalahan. Dia bukan sahaja meningkatkan nilai Mo Yurou, malah dia sudah membantu Mo Yurou menjadi jurucakap bagi HF.

"Yurou, Tangning sudah hampir tiba. Apabila dia sampai, kamera ini semua akan mula merakam dan kamu akan disiarkan secara langsung selama tiga minit. Sekejap lagi saya akan minta doktor untuk masuk dan tukar balutan kaki kamu. Pada masa yang sama, saya akan suruh Tangning cuci kaki kamu…"

"Hari ini akhirnya tiba…" Mo Yurou menyeru – dia sudah lama ditenggelamkan oleh Tangning. Mulai detik ini, dia berjanji untuk memanjat lebih tinggi dan semakin tinggi. Dia akan musnahkan Tangning, rampas Han Yufan daripadanya dan menjadi wanita pertama di Tianyi.

"Mulai hari ini, semua perkara akan menjadi semakin baik untuk kamu. Lagipun, Anugerah Peragawati Sepuluh Teratas Tahunan akan memulakan pemilihan mereka tidak lama lagi, saya pasti kamu akan terpilih. Pada masa itu, kamu akan satu langkah lebih dekat untuk menjadi peragawati terkenal."

Mo Yurou perlahan-lahan tersenyum. Ini lebih baik daripada apa yang diimpikannya. Dengan semua perkara berjalan mengikut aturannya, kesombongannya mula bertambah.

  1. Gelaran internet yang digunakan untuk perempuan licik tetapi kelihatan suci.

Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C8
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login