Carian topik hangat dengan hashtag seperti #KeistimewaanSiCantikTetamuWanitaTercantik, #IsteriKebangsaanNingXi, #MakananBaikTidakPernahSalah.
Weibo rasmi pasukan produksi juga telah dispam dengan pelbagai komen yang diberikan oleh kaum ibu.
[Kamu buat saya tengok seorang lelaki makan untuk sepuluh minit! Kejamnya!]
[Kegilaan tengah malam! Pengarah, tolong datang sini, saya janji yang saya nak cakap je!]
[Tetamu lelaki minggu ni sangat comel, dia lain daripada yang lain.]
[Apa jenama pakaian yang dipakai oleh tetamu wanita tu?! Cantiknya!]
[Saya boleh makan tiga mangkuk nasi dengan hanya melihat wajah cantik dewi pujaan!]
[Gadis cantik dengan tubuh badan yang menarik, pandai memasak pulak tu! Tolong kahwin dengan saya!]
[Gadis, kamu perlukan ibu mertua tak? Saya akan pastikan anak lelaki saya bagi gaji dia dekat kamu setiap bulan!]