Sebaik sahaja rambut palsunya ditanggalkan, rambut Ning Xi yang hitam pekat segera terurai. Apabila dipadankan dengan wajahnya yang kecil dan pucat, memang jelas Ning Xi ada kecantikan yang mampu memikat hati dan jiwa seseorang.
"Kita…?" Rasa panik terpamer pada mata Ning Xi sebaik sahaja dia mendengarnya. Dia rasa seolah-olah dia dah jatuh dalam perangkap. Suaranya ditinggikan, "Apa kaitan dengan saya?! Saya tak nak pergi! Saya datang sini nak jelaskan yang kita dah tak ada apa-apa. Mulai sekarang, kamu boleh ikut jalan kamu yang dah terjamin tu sementara saya akan ikut haluan saya. Tolong jangan masuk campur dalam urusan peribadi saya lagi!"
Lelaki itu memandang Ning Xi dengan penuh perasaan sambil menahan ketawanya. "Hah, dah tak ada apa-apa? Sayangku, kamu kan milik saya. Mana mana kita boleh tak ada apa-apa?"
Ning Xi naik marah dan dia dapat rasakan aliran adrenalinnya memuncak. "Suka hati kamu je! Milik kamu?!"