Ning Xi meletak tangannya di dahi dan mengetap giginya. "Lu Jingli, bodohnya kamu ni! Tak boleh ke kalau kamu nafikan je?"
Ning Xi menarik nafas dalam dan menenangkan dirinya. "Apa lagi?"
"Tengah malam waktu di tingkat paling atas Hotel Regal Riveria tu, abang saya nampak orang melamar kamu"
Ning Xi mengetap bibirnya dengan kuat dan tak mahu katakan apa-apa. Ada orang yang lebih bernasib malang daripada dia ke? Ini merupakan salah satu saat paling buruk dalam hidup dia! Semuanya jadi tak kena! Murphy memang kenakan dia habis-habisan dengan peraturan bodoh dia.
"Bro Xi, sekarang saya hanya boleh harapkan kamu je, kamu je yang boleh tolong!" Lu Jingli merayu.
"Dah tak ada guna! Apa yang saya boleh buat?" Ning Xi berkata dengan jengkel sambil tangannya turut digerak-gerakkan.