Baixar aplicativo
5.04% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 73: Teruskan, Jangan Henti

Capítulo 73: Teruskan, Jangan Henti

Editor: EndlessFantasy Translation

Gadis-gadis yang menyaksikan babak lakonan tersebut di set penggambaran naik gila lagi sekali.

"Ahhh! Muye dalam babak 'bondage'! Dalam mimpiku, saya ikat Muye dan menolaknya ke atas katil!"

"Kenapa kau teruja sangat, bukan kamu pun yang berlakon dengan Muye!"

"Aku geram! Geram sangat! Kenapa perempuan gatal itu yang dapat peluang ini?!"

"Haih, malangnya. Muye tak boleh minta pengarah tukar orang lain untuk babak ini? Perempuan itu tidak layak langsung dapat Muye!"

"Ahem…" Guo Qisheng batuk kecil, memberi isyarat kepada semua orang untuk berdiam diri. Kemudian, dia tepuk tangannya dan menjerit, "Baik, semua orang bersiap sedia! Tiga, dua, satu, 'action'!"

Ning Xi tidak terjejas langsung dengan kata-kata negatif di sekelilingnya. Sebaik sahaja pengarah menyebut 'action', mata Ning Xi tiba-tiba berubah.

Matanya jelas dan bersemangat seperti mata gadis berusia 16 tahun. Riak wajahnya yang malas dan angkuh amat sempurna.

Dia mengangkat hujung depan jubahnya ke tepi, mengangkat satu kaki untuk menendang pintu biliknya.

Kemudian, kamera bertukar fokus ke Jiang Muye.

Pemuda yang terbaring di atas selimut merah katil telah diikat tangan dan kakinya. Selimut merah itu membuat mukanya lebih pucat dan lemah, menggoda mereka yang melihat untuk mencabuli kehormatannya.

Apabila mendengar pintu bilik ditendang, Sun Huanqing membuka matanya dengan perlahan-lahan. Cahaya yang masuk dari pintu itu terlalu terang, dia hanya mampu melihat bayangan gadis yang berjalan menuju ke arahnya.

Meng Changge duduk di sisi katil. Dia mengeluarkan satu beg kecil yang dibuat daripada kertas minyak dari belahan jubahnya. "Kacang berangan gula dari bangunan Fuxing. Saya terpaksa beratur selama satu jam untuk beli. Mahu?"

Sun Huanqing memalingkan kepalanya dan menutup mata. Dia enggan bertindak balas.

Meng Changge mengupas sebiji kacang berangan dan membaling ke dalam mulutnya dengan senyuman yang menggoda. "Tak mahu? Tak apa, biar saya suap kamu! Tapi saya akan suap kamu dengan cara yang buat kamu malu…"

"Kau…" Sun Huanqing terus membuka matanya yang jelas kelihatan 3 bahagian marah dan 7 bahagian rasa malu. "Bagaimana kamu boleh jadi gadis yang begitu tak tahu malu?!"

Meng Changge memandangnya dari sisi mata dan mengangkat kening. "Malu? Apa gunanya malu? Boleh kamu bunuh musuh kamu dengan rasa malu, ataupun dapatkan seorang menantu perempuan?"

Sun Huanqing begitu geram dan marah. "Untuk beberapa generasi lamanya, Keluarga Meng setia dan nenek moyang kamu sentiasa berjuang di barisan hadapan peperangan. Tapi kamu…kamu menghabiskan masa melakukan kebinasaan. Kamu tak malu menghadapi nenek moyangmu?"

Meng Changge sudah biasa mendengar kata-kata seperti ini daripada orang di sekelilingnya. Dia menyumbat jari ke dalam telinganya. Walaupun mulutnya masih penuh dengan kacang beragan, dia berkata dengan suara yang kuat dan lantang, "Kamu sudah tua dan masih belum kahwin. Antara tiga perkara untuk kamu menjadi anak tidak taat, tidak melahirkan anak lelaki ialah yang paling teruk sekali. Kamu tak malu untuk menghadapi nenek moyang Sun?"

Sun Huanqing bertambah geram mendengar kata-kata gadis itu yang sengaja diputar belit. Dia menyahut dengan tegas, "Kedua-dua perkara ini sangat berbeza. Tambahan pula, saya ada cita-cita saya sendiri!"

Meng Changge bersandar di pinggir katil dengan satu kaki dan menyebat Sun Huanqing berulang kali dengan tali sebat di tangannya. Akhirnya, dia mengangkat dagu pemuda itu. Riak wajahnya seperti seekor rubah kecil yang licik dan nakal. "Doktor Sun, apa kamu kata? Saya akan jadi isteri kamu. Apabila saya jadi isteri kamu, saya akan dengar kata-kata kamu. Kalau kamu ingin saya ke timur, saya tidak akan ke barat. Kalau kamu mahu saya belajar menjadi orang baik, saya akan mendengar arahan kamu dengan taat. Dengan cara ini, bolehlah kita menghadapi nenek moyang kita nanti!"

Sun Huanqing terkejut. Wajahnya kelihatan terdesak. "Kau…jangan mengarut!"

Meng Changge seperti telah menemui dunia baru. Dia merapatkan dirinya dengan pemuda itu sehingga hampir menyentuh mukanya. "Hmm? Doktor Sun, pipi kamu sudah bertukar merah! Sebenarnya kamu suka pada saya, bukan? Kalau macam itu, apa kata kita lakukan sesuatu yang tidak berpatah balik?"

"Cut —"

Sebelum pengarah menjerit 'cut', semua orang penuh terpesona dengan lakonan di depan mata mereka. Kenapa mereka berhenti, kenapa mereka tidak teruskan?! Kami mahu terus menonton! Kami mahu melihat apa yang tidak boleh berpatah balik itu, dilakukan!


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C73
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login