Baixar aplicativo
4.97% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 72: Dikawal Sepenuhnya Oleh Aku

Capítulo 72: Dikawal Sepenuhnya Oleh Aku

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi orang pertama yang keluar selepas siap bersolek.

Dia berpakaian kemas dalam warna merah dan putih sebagai seorang pemain pedang muda. Dia mengikat rambutnya seperti ekor kuda dengan tinggi dan segak, bersama keningnya yang hitam lagi tebal. Dia memaparkan semangat berani dan tepat dengan penampilan Meng Changge yang berumur 16 tahun.

Malah mereka yang selalu menentang Ning Xi pun terpaksa mengakui imejnya sempurna.

Pada mulanya, Guo Qisheng bimbang Ning Xi seorang pelakon yang terlalu cantik dan hanya tahu melakonkan satu jenis watak. Siapa tahu dia begitu fleksibel? Dia amat berpuas hati dan memberi sedikit ucapan pujian. Tetapi dia masih memberi nasihat kerana sedikit bimbang, "Ning Xi, kamu perlu melepaskan diri sedikit nanti. Jangan fikir penampilan kamu, faham? Dalam babak ini, lagi samseng, lagi bagus!"

"Jangan risau, pengarah. Saya yakin dengan Ning Xi!" Pada waktu itu, Jiang Muye juga keluar dari bilik persalinan dalam kostumnya.

Di saat dia mengangkat tirai, kedengaran bunyi bising di seluruh set penggambaran. Malah Ning Xi juga mengangkat keningnya, terkejut.

Selepas bersolek, Jiang Muye sangat ketara berbeza. Dia berpakaian jubah biru bercorak buluh. Kulitnya jernih seperti jed dan wajahnya lemah lembut dan kelihatan baik hati. Seperti dia telah keluar dari lukisan purba.

Jiang Muye amat gembira dengan reaksi Ning Xi lalu berbisik kepadanya, "Macam mana? Abang cukup kacak untuk membelah langit?"

Cukup kasihan sebab semuanya serta merta hancur sebaik sahaja dia membuka mulut untuk bercakap…

Ning Xi mengekalkan wajah sederhana, seperti berbincang plot dengan Jiang Muye. Kemudian, dia keluarkan dua perkataan, "Punggung lemah."

"Kau…"

"Apa dia? Aku minta maaf, sebab dalam filem ini, kamu akan dikawal. Sepenuhnya. Oleh. Aku!"

"Yakah? Kenapa pula saya teringatkan babak dimana saya membuat serangan balas? Bukan kita ada babak tidur sekatil. Tsk tsk…"

Tidak jauh daripada mereka, Jia Qingqing merenung kedua-dua orang itu menunduk kepala mereka, berbisik antara satu sama lain dari semasa ke semasa. Dia begitu iri hati sehingga hampir kehilangan semua fikiran rasional.

Sebaik sahaja dia tiba ke set, Jiang Muye hanya menumpukan perhatian pada Ning Xi, dan tidak melihatnya langsung. Dia langsung tidak berpeluang menyambut idolanya.

Di sisinya, Ning Xueluo cuba "menenangkan hatinya" dengan suara lembut. "Qingqing, jangan marah lagi. Situasi sudah jadi macam ini. Lagipun, nasib pun amat penting dalam industri hiburan. Ning Xi memang bernasib baik berpeluang berlakon dengan Jiang Muye. Saya rasa selepas filem ini ditayangkan, dia akan dikenali sebagai pelakon tahap kedua, malah mungkin juga dia menjadi pelakon tahap pertama."

"Cheh, tahap pertama? Sudahlah mencuri hak aku, dia ingat dia akan terlepas?" Wajah Jia Qingqing bertukar suram.

"Qingqing, jangan bertindak terburu-buru. Syarikat telah melaburkan banyak usaha untuk memupuk Ning Xi. Kalau kamu cari pasal dengan dia, saya takut…"

"Apa salahnya jika saya cari pasal dengannya? Kenapa saya perlu takut pada perempuan gatal yang hanya tahu menggoda lelaki?"

Apabila dia dengar syarikat bersedia untuk memupuk Ning Xi, Jia Qingqing bertambah marah. Lagipun, jenis watak yang biasa dilakonkan oleh dia dan Ning Xi lebih kurang sama. Sekiranya syarikat membuat keputusan untuk menyokong Ning Xi, ini bermakna mereka akan mengurangkan sumbangan dan sokongan mereka terhadapnya.

Memandangkan Jia Qingqing diselubungi kemarahan dan rasa dendam, Ning Xueluo diam-diam tersenyum.

Menggunakan Jia Qingqing sebagai pisau, dia tidak perlu mengangkat jari. Dia hanya perlu duduk diam di tepi dan biarkan mereka berlawan sesama sendiri.

Namun, Ning Xi kelihatan agak bernasib baik kebelakangan ini. Dia harus berwasapada dengannya…

"Mana Cui Kecil? Adakah peralatan lakonan sudah sedia?" Guo Qisheng menjerit.

"Sini, sini, Pengarah. Adakah ini sesuai?" Pengurus peralatan membawa segulung tali rami kepadanya.

"Sesuai!" Guo Qisheng mengangguk kepalanya lalu memberi isyarat kepada Jiang Muye untuk datang kepadanya. "Muye, saya perlu menyusahkan kamu sebentar!"

"Tak ada masalah. Ini memang perlu untuk membuat penggambaran!" Jiang Muye kelihatan sangat berdedikasi apabila dia berbaring di atas katil besar yang diukir. Dia membenarkan pengurus peralatan mengikat tangan dan kakinya.

Memang, seperti dikatakan pengarah, babak ini sangat panas....

Meng Changge meluahkan rasa kasih sayangnya kepada Sun Huanqing, tetapi telah ditolak oleh lelaki itu. Jadi, dia terus menculik lelaki itu dan membawanya balik ke rumah…


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C72
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login