Qing Mu tergamam dan matanya berkelip. 'Adakah gadis ini cuba mencuri ahli Empayar Tianhui?'
Bagaimanapun…
"Hahaha!" Qing Mu tertawa kecil. "Selepas pertandingan ini tamat, saya akan meletak jawatan dengan alasan pulang kampung. Saya akan terus pergi ke tempat di manapun Menara Tabib kamu itu akan dibina!"
Seseorang itu pasti akan tertarik dengan sesuatu pekerjaan apabila kebolehan dan peribadinya dikagumi.
"Bagus!" Yun Luofeng hulurkan tangannya kepada Qing Mu. "Saya akan tunggu kamu dalam Menara Tabib."
Qing Mu salam tangan Yun Luofeng dengan wajah yang penuh senyuman. "Pada waktu itu, mungkin saya akan bawa beberapa lagi orang tua untuk sertai Menara Tabib. Boleh kamu terima mereka?"
Yun Luofeng tersenyum lembut. "Saya sangat mengalu-alukan sesiapapun yang ingin menyertai Menara Tabib dan akan berikan mereka pangkat tuan tua! Saya tidak ada permintaan apa-apa daripada kamu dan sahabat-sahabat kamu selain daripada jangan mengkhianati saya!"