Baixar aplicativo
3.22% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 40: Hamster Pencari-Emas, Pencuri Makanan (2)

Capítulo 40: Hamster Pencari-Emas, Pencuri Makanan (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Kawasan gunung di belakang Kediaman Yun.

Di dalam sebuah rumah yang rata dan rendah, gadis berpakaian putih itu membuka pakaiannya dengan tenang lalu berjalan ke sisi tab mandi yang sedang berwap itu. Dengan berhati-hati dia menuang cecair berubat dari botol porselin di tangannya ke dalam air mandian. Dia tidak masuk ke dalam tab mandi itu sebelum air mandian itu bertukar warna putih susu.

Saat dia memasuki tab mandi itu, dia terasa gelombang tenaga rohani meluap di dalam tubuhnya, membuatkan dia merasa segar.

"Xiao Mo, saya akan mula bertapa sekarang. Tolong jaga keadaan sekeliling. Jika seseorang datang, beritahu saya segera."

"Baik, Tuan," Xiao Mo berjanji penuh semangat. Walaupun dia hanya dapat berada di Dunia Kod Dewa, tiada satu makhluk pun mampu bersembunyi daripadanya.

"Melaporkan kepada Tuan, saya mengesan kehadiran tiga orang di gunung ini. Seorang adalah Pak Cik Kedua Tuan, seorang lagi Yun Xiao, dan yang akhir sekali orang tidak dikenali! Bagaimanapun, orang itu bersama Yun Xiao dan tidak mempunyai niat jahat."

Yun Xiao?

Yun Luofeng berhenti sejenak. "Memandangkan dia tidak berniat jahat, kamu tidak perlu pedulikan dia."

...

Di atas gunung itu, di kawasan yang penuh ditumbuhi lalang.

Yun Xiao memandang lelaki berjubah kelabu yang melutut di hadapannya, nada suaranya sangat dingin, "Bukankah saya sudah kata tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam Kediaman Yun tanpa kebenaran saya! Kamu lupa?"

Sambil berkata-kata, tubuh Yun Xiao mengeluarkan aura yang menggerunkan. Jika Yun Luofeng berada di sini ketika ini, dia pasti akan dapat tahu yang binatang-binatang roh yang tinggal di gunung di belakang Kediaman Yun tidak berani bergerak dan sedang meniarap ketakutan di tanah.

Lin Qiong ingin menangis tapi tiada air mata. Dia cuma datang untuk melaporkan satu hal sahaja. Siapa tahu dia akan menanggung tekanan tanpa simpati dari lelaki yang menggerunkan ini?

Ya, benar! Menggerunkan!

Di dalam hati orang bawahan ini, lelaki di depan matanya itu ialah syaitan yang menggerunkan. Sesiapa yang menyinggungnya akan berdepan dengan takdir yang pastinya lebih teruk dari kematian!

"Begini, Tuan," Lin Qiong menelan air liur, suaranya bergetar, "baru-baru ini, seorang gadis bijak muncul di benua ini, dan dia mengagumi Tuan. Tambahan lagi, dia menyebarkan khabar bahawa tiada siapa yang lebih layak di dunia ini untuk Tuan, dan dia juga berkata dia mampu menakluki Tuan. Hamba ini datang untuk bertanya kepada Tuan, perlukah kami menguruskannya?

"Bunuh dia."

Dua patah perkataan, ringkas dan mudah untuk difahami, tetapi juga menunjukkan tahap kekejaman lelaki ini.

"Ah?"

Lin Qiong kaku sejenak. Walaupun dia sedar akan kekejaman dan sikap tiada belas kasihan Tuannya, dia tidak menyangka Tuannya akan mengarahkan mereka untuk terus membunuh gadis tersebut.

Seakan tidak berpuas hati dengan satu perkataan dari Lin Qiong tadi, mata dingin Yun Xiao merenungnya. Renungan ini sahaja cukup untuk membuat Lin Qiong menggigil dari hujung kepala hingga ke kaki lalu dia segera menundukkan kepalanya.

"Hamba menurut perintah."

Yun Xiao seperti terfikirkan sesuatu, tanpa sedar menjeling ke arah rumah kecil yang tidak jauh darinya.

"Dan juga, hantar seseorang untuk menyiasat dendam di antara Kediaman Perdana Menteri Mu dengan Keluarga Yun dan maklumkan saya tanpa meninggalkan satu patah perkataan sekalipun!"

"Baik." Lin Qiong memberikan tabik genggam.

Dia benar-benar tidak faham, kenapa seseorang yang hebat seperti Tuan melarikan diri ke kerajaan yang sangat kecil seperti Long Yuan untuk menjadi pengawal peribadi cucu seorang jeneral? Maharaja sekalipun tetap perlu sembah sujud beberapa kali setiap kali Tuanku melihat Tuan.

Sudah tentu, walaupun Lin Qiong diberikan keberanian 100 kali ganda, dia tetap tidak berani bertanyakan soalan ini. Dia pasti tidak akan selamat!

Yun Luofeng yang sedang bertapa di dalam rumah, sememangnya tidak sedar akan apa yang terjadi di luar. Dia juga tidak tahu mengenai huru-hara yang telah dia cetuskan di Pavilion Perubatan sebelum ini selepas meninggalkan beberapa baris ayat penyelesaian di Pavilion Perubatan itu.

"Bodoh, sekelompok orang bodoh!"

Dalam dewan di bahagian belakang Pavilion Perubatan, berlapis-lapis kemarahan tertampal pada wajah Tok Ketua Rong, menakutkan mereka yang berada di hadapannya sehingga mereka tidak berani untuk menarik nafas.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C40
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login