Baixar aplicativo
2.09% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 26: Seluruh Keluarga Ini Tak Tahu Malu

Capítulo 26: Seluruh Keluarga Ini Tak Tahu Malu

Editor: EndlessFantasy Translation

"Sudah tentulah sebab saya meminta Tuan untuk membawa dia pulang bersama ialah dengan adanya dia bersama Tuan, pertapaan Tuan akan menjadi lebih cepat, dan... jika kamu berdua boleh melakukan pertapaan secara berpasangan, jadi Tuan akan lebih cepat mencapai evolusi. Tuan, cepat bawa dia pulang untuk pertapaan berpasangan."

Pertapaan berpasangan?

Mulut Yun Luofeng bergerak sedikit dan dia terdiam. Dia tidak pernah terfikir ada sesuatu seperti pertapaan berpasangan di tanah besar ini.

"Tuan, cepat bawa dia pulang! Sekarang dia sedang tidak sedarkan diri disebabkan kecederaan, selepas membawa dia pulang, ikat dia, kemudian bertapa berpasangan dengannya setiap malam, saya janji Tuan akan mencapai evolusi dengan sangat cepat."

"..."

Yun Luofeng semakin terdiam. Kenapa dia berasa selepas melihat lelaki itu, Xiao Mo menjadi lebih tergesa-gesa berbanding dirinya sendiri?

Adakah Xiao Mo menyukai lelaki itu?

"Lupakanlah," Yun Luofeng menggeleng kepalanya. "Saya tidak berminat untuk menculik, hari sudah gelap, saya harus pulang!"

Itu benar, bagi Yun Luofeng, apa yang Xiao Mo minta itu tidak ada bezanya daripada menculik.

Namun, sebelum pergi, Yun Luofeng mengeluarkan jarum yang dia baru beli ketika dalam perjalanan tadi, untuk menghentikan kecederaan dalaman lelaki itu. Kemudian dia mengambil herba yang dihadiahkan oleh Pavilion Perubatan kepadanya, mengunyah herba itu lalu di suapkan kepada lelaki itu.

Setelah itu, Yun Luofeng berpusing untuk berjalan keluar dari lorong itu.

"Baiklah, saya sudah membantu dia memperlahankan keadaannya, hanya kerana dia mempunyai resam tubuh entiti rohani, sama ada dia boleh hidup atau tidak, terpulang kepada nasibnya. Saya tidak mahu membeli herba untuk merawatnya."

"Itu tidak boleh jadi, Tuan, bawa dia pulang bersama, jangan pergi, Tuan..."

Dalam mindanya, Xiao Mo tidak terhenti-henti merayu, untuk menghentikan celoteh budak itu dari berterusan, Yun Luofeng memutuskan komunikasi antara mereka.

Akhirnya, senyap...

Di dalam dewan utama istana yang megah dan serius, seorang lelaki memakai jubah berwana kuning diraja sedang duduk tinggi di atas tahkta. Dia menjeling ke bawah, ke arah Jeneral Yun yang sedang menangis kepiluan, merasakan sakit kepala yang tiada henti ketika dia menggosok dahinya.

Muka Jeneral Yun dipenuhi kesedihan dan penderitaan, bagaikan Yun Luofeng benar-benar telah ditimpa bala.

"Jika bukan kerana pengawal Keluarga Yun sangat setia dan berdedikasi, mempunyai keberanian untuk menyinggung Keluarga Mu dan menyelamatkan cucu Patik, sudah pasti cucu Patik sudah rosak dimamah binatang buas itu, Patik memohon Tuanku tegakkan keadilan."

Mu Xingchou baru sahaja memasuki dewan utama itu, dia masih belum sempat menyatakan yang dia telah dipersalahkan. Apabila mendengar kata-kata tidak tahu malu Jeneral Yun, dia hampir termuntah darah.

"General Yun, kamu pemfitnah berbisa! Kamu Keluarga Yun bukan sahaja membelasah dan mencederakan cucu saya, tapi juga mengugut saya, dan sekarang berani penjahat membuat laporan dulu (maksud- penjahat mendakwa mangsanya sebelum dia sendiri yang didakwa.)

Yun Luo menjeling ke arahnya, kemudian mendehem kuat, "Keluarga Yun cuma membuat tindakan demi keselamatan awam. Jika tangan iblis Mu Shen tidak cuba menggapai cucu saya dahulu, adakah dia akan di belasah? Hal ini, kamu dari Kediaman Perdana Menteri sendiri yang bersalah dahulu, jika kamu memberikan kami penjelasan, saya akan lepaskan hal ini dengan senang hati!"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C26
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login