Baixar aplicativo
1.04% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 13: Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (1)

Capítulo 13: Cendekiawan Nombor Satu Keluarga Yun, Yun Qingya (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Bagaimana pula halnya dengan Pak Cik Kedua?" Yun Luofeng diam sejenak sebelum bertanya. "Adakah kematiannya berkaitan dengan Jing Lin?"

Yun Luo tersenyum sinis."Jing Lin tidak menyebabkan kematian pakcik kamu, dia cuma melihat dan tidak melakukan apa-apa untuk menolong! Pakcik kamu adalah cendekiawan nombor satu keluarga Yun. Sebagai orang muda, dia seorang yang penuh impian dan bersemangat tinggi. Dia mencapai tahap-pertengahan, pangkat-kemuncak pertapa roh di usia muda - sensasi yang menggegarkan seluruh Longyuan. Tapi, pada satu masa, dia berlawan dengan orang yang sangat angkuh dan orang itu kalah. Orang itu tidak mahu menerima kekalahannya. Akhirnya, dia menghantar guru yang hebat untuk membunuh Pak Cik Kedua kamu bagi menutup rasa malunya."

Selesai berkata-kata, Yun Luo menggenggam erat penumbuknya, badan tuanya menggigil dan matanya dipenuhi kebencian.

"Walaupun pakcik kamu itu berbakat, dia masih terlalu muda. Dia masih belum matang pun, bagaimana dia hendak melawan begitu ramai orang yang hebat dan kuat? Dalam keadaan terdesak, dia cuba melarikan diri! Ketika dia berlumuran darah merangkak kembali ke rumah, saya pergi ke Istana Diraja untuk merayu kepada tabib diraja untuk dapatkan bantuan, tapi mereka itu dihalang oleh si binatang Jing Lin itu! Dia tidak membenarkan pakcik kamu dirawat, walaupun saya sudah melutut, dia masih enggan membantu!"

Pada mulanya, Yun Luo tidak memikirkan untuk biarkan Yun Qingya berpura-pura mati, jadi dia pergi ke istana untuk meminta bantuan. Memalsukan kematiannya adalah idea Yun Qingya sendiri.

Jika orang-orang yang berkuasa mendapat tahu yang dia masih hidup, bukan sahaja mereka akan terus menghantar orang-orang yang hebat, mereka juga tidak akan melepaskan keluarga Yun!

Dalam duniawi ini, keluarga Yun sangat berkuasa dan kuat, tapi ini tidak dapat dibandingkan dengan kuasa hebat itu!

"Jing Lin ada dendam dengan kita, keluarga Yun?"

Itu yang paling Yun Luofeng ingin tahu.

Yun Luo mengangguk. "Jing Lin dan Perdana Menteri Mu mempunyai hubungan yang baik. Dia adalah guru kepada Mu Wushuang, cucu perempuan Mu Xingchou."

Selepas mendengar hal ini barulah Yun Luofeng faham. Pemilik asal jasad ini tidak tahu apa-apa selain mengejar Tuanku Putera Mahkota dan tidak peduli tentang hal lain. Jadi baru sekarang dia tahu tentang hubungan antara Jing Lin dan Keluarga Mu.

"Maharaja pula?" Yun Luofeng mengerutkan keningnya. "Ibu dan ayah saya mengorbankan diri untuk kerajaan ini, datuk juga telah mengabdikan seluruh hidup datuk kepada Kerajaan Longyuan, tapi ketika pakcik saya cedera teruk, Tuanku tidak berkata apa-apa?"

Mata Yun Luo gelap sedikit. Melihat dari wajahnya Yun Luofeng dapat meneka apa yang dia fikirkan dan hanya mampu mencemuh. "Maharaja seperti ini, kenapa datuk hendak berjuang untuk dia?"

"Feng'er, kamu silap, saya berjuang demi kerajaan ini, bukan untuk Tuanku Maharaja. Saya berjuang untuk rakyat biasa Kerajaan Longyuan."

"Rakyat biasa?" Yun Luofeng senyum serius. "Demi kebaikan rakyat 'biasa' ini, datuk putus asa dengan membalas dendam untuk ibu ayah saya? Begitu juga dengan Pakcik Kedua? Datuk dan saya tidak sama. Saya tidak peduli atau ambil kisah tentang kejadian dunia, apatah lagi dengan rakyat 'biasa' itu. Siapa saja yang sentuh orang yang saya sayang, meskipun saya perlu menentang syurga, saya akan balas dendam untuk mereka!"

Wajah wanita muda itu sangat angkuh dan tegas. Ia menakutkan Jeneral Yun Luo sehingga bulat matanya, seolah-olah dia baru mengenali cucunya, yang tidak dia jumpa bertahun lamanya.

"Datuk, mungkin datuk melakukan semua itu untuk rakyat biasa, tapi adakah rakyat biasa itu mengasihani datuk? Selepas kematian ibu dan ayah saya, adakah antara mereka yang bersama-sama menyerang Kediaman Mu? Selain dari askar datuk, siapa lagi yang membantu? Semasa Pakcik Kedua cedera teruk, adakah di kalangan rakyat biasa itu merayu untuk datuk? Tiada! Jadi kenapa datuk mengabdikan diri pada mereka?"

Yun Luo terdiam, dia tahu apa yang Yun Luofeng katakan itu tidak salah. Dia telah berikan segalanya demi Kerajaan Longyuan, tapi saat dia memerlukan bantuan, tiada yang menolongnya!

"Datuk seorang pegawai yang berjasa, anak dan menantu datuk terkorban demi kerajaan ini, dan anak kedua datuk hanya memerlukan satu perintah Diraja supaya masalahnya selesai. Tapi Tuanku tidak berbuat apa-apa! Maharaja seperti ini tidak layak untuk mendapat kesetiaan datuk."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C13
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login