Baixar aplicativo
0.96% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 12: Kunjungan Putera Mahkota (5)

Capítulo 12: Kunjungan Putera Mahkota (5)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tidakkah Tuanku faham bahasa manusia?" Kening Yun Luofeng berkerut, menjeling ke arah Jing Lin dengan senyuman nakal masih terukir di bibirnya. "Patik bukan menolak rawatannya untuk menjengkelkan Tuanku. Tapi kerana dia tidak ada kemampuan untuk merawat resam tubuh patik dengan kemahiran perubatannya."

Menurut Xiao Mo, ketidakupayaannya untuk bertapa bukan disebabkan oleh penyakit, tetapi kerana resam tubuhnya yang istimewa. Jadi, walaupun kemahiran perubatan Jing Lin sangat hebat, tetap mustahil untuk dia merawatnya.

Mata Jing Lin tiba-tiba menjadi ganas lalu berkata dengan dingin, "Yun Luofeng, merawat orang seperti kamu hanyalah membuang masa dan herba sahaja. Jika bukan kerana keinginan Putera Mahkota, kamu fikir saya akan memberi perhatian terhadap kamu? Memandangkan kamu tidak memerlukan saya untuk merawat kamu, kamu boleh menjadi sampah sepanjang hidup kamu! Kamu memang sangat bodoh kerana melepaskan peluang seperti ini!"

Bang!

Yun Luo menghempas meja itu dengan sangat kuat. Sekelip mata sahaja, meja itu terbelah dua dan teh tertumpah ke lantai.

"Jing Lin, kamu ingat kamu berada di mana? Kalaupun cucu saya tidak berguna, masih banyak singa dalam keluarga Yun yang menyokongnya dari belakang, dan tiada siapa berani membuli dia!"

"Bagus, sangat bagus!" Jing Lin sangat marah dan ketawa dengki. "Yun Luo, memandangkan kamu memperlekehkan tabib diraja, jangan pula menyesal kelak! Jika nanti kamu cedera parah dan memerlukan rawatan, jangan berani datang ke istana menjemput kami!"

"Huh!" Yun Luo menyeringai. "Sepuluh tahun lalu, anak kedua saya Yun Qingya cedera teruk. Sepatutnya, sebagai tabib diraja kamu boleh merawatnya. Tapi bila saya pergi ke istana, tiada siapa yang ingin membantu! Kamu mencederakan anak sulung saya dan menyebabkan kematian anak kedua saya juga. Lagi satu, kalau memang benar kamu berniat merawat cucu saya, kenapa kamu tidak rawat sejak masalahnya diketahui? Dan sekarang kamu berdiri di sini dan berpura-pura hendak berbuat baik? Kamu fikir kalau saya cedera parah, saya akan membuang maruah saya dan merayu kepada kamu?"

Mendengar kebencian pada suara orang tua itu, mata Yun Luofeng bersinar, nampaknya selepas orang-orang ini pergi, dia perlu bertanya kepada orang tua ini mengenai kebenaran dis sebalik kematian ayah dan pakciknya!

"Baiklah!" Jing Lin mengetap giginya. "Putera Mahkota, nampaknya Tuanku tidak perlu menyusahkan diri untuk membantu Yun Luofeng tak guna itu. Tiada siapa dalam keluarga Yun boleh diselamatkan! Hmph!"

Setelah selesai bercakap, dia menebar lengan bajunya dan beredar keluar dari dewan itu. Namun, setelah sampai di pintu, sambil membelakangkan Yun Luo, dia berkata dengan bengis, "Yun Luo, jika nanti kamu mahu cucu kamu dirawat, walaupun kamu melutut dan merayu, saya tidak akan membantu keluarga Yun!"

"Berambus! Cucu saya tidak perlukan kerisauan kamu. Saya tidak akan benarkan sesiapa menyakiti dia selagi saya masih hidup!" Yun Luo marah dan mengeluarkan makian, tampak jelas Jing Lin telah membuatkan dia terlalu marah.

Gao Ling memandang Yun Luo tanpa berkata apa-apa. Dia terus berjalan keluar, tapi sebelum dia pergi, matanya tidak sengaja singgah ke arah Yun Luofeng. Seperti biasa, matanya dipenuhi rasa jijik.

"Orang Tua…"

"Panggil saya datuk!" Yun Luo duduk dengan marahnya sambil merenung Yun Luofeng.

Yun Luofeng menyentuh hidungnya. "Datuk, pada tahun itu, apa yang terjadi kepada ibu,ayah dan pakcik saya? Datuk boleh beritahu saya."

"Ah," mendengar kata-katanya, Yun Luo menjadi tidak bersemangat. Dia mungkin teringat kisah lalu, matanya dipenuhi kesedihan. "Panjang ceritanya. Semasa ayah kamu menjadi Jeneral Muda Longyuan, dia dihantar oleh Maharaja untuk melawan tentera musuh. Tetapi Perdana Menteri Mu mendedahkan risikan perang, yang mana telah menyebabkan kedua ibu bapa kamu mati dibunuh oleh musuh. Disebabkan hal ini, saya berkelahi dengan Mu Xingchou dan menghantar askar-askar untuk memusnahkan kediamannya."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C12
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login