Baixar aplicativo
97.64% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 869: Tabib Penipu (2)

Capítulo 869: Tabib Penipu (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah mendengar kata-kata itu, kemarahan Xiong Ba bukannya semakin reda tetapi sebaliknya semakin membara. Dia merenung mata Jun Wu Xie, seolah-olah mahu menelan gadis tersebut pada ketika itu juga.

Pemuda yang selama ini tenang sahaja pun mula berkerut. Feng Yue Yang juga menggelengkan kepala sambil mengeluh.

Lei Chen dan Jun Wu Xie tiba-tiba telah menjadi sasaran serangan semua orang.

Lei Chen berasa agak gelisah. Dia menggenggam penumbuknya. Walaupun situasi sekarang ini masih berlaku seperti yang dia jangkakan, dia tidak dapat menahan diri daripada berasa bimbang. Tanpa sedar dia berpaling memandang Jun Wu Xie. Sewaktu gadis itu tiba-tiba bersuara tadi, dia seolah-olah mahu membuatkan Xiong Ba dan yang lain memperbesarkan isu ini.

Lei Chen benar-benar tidak faham dengan apa yang Cik Muda Jun ini fikirkan.

Ketika berhadapan dengan kemarahan Xiong Ba dan hasutan Tabib Diraja Li yang ibarat mencurah minyak ke dalam api, riak wajah Jun Wu Xie masih kelihatan dingin dan tidak berperasaan. Matanya yang kelihatan dingin dan menggerunkan itu memandang wajah-wajah Xiong Ba dan yang lain. Jun Wu Xie diam seketika sebelum berkata, "Nampaknya Ketua Dewan Xiong memilih untuk percaya dengan kata-kata sekumpulan tabib penipu?" Wajah Tabib Diraja Li menjadi pucat. Dia tidak sangka walaupun ketika berada dalam situasi yang membingungkan seperti ini, Jun Wu Xie masih berani menyindir sebegitu.

Xiong Ba membalas, "Saya cuma nak tanya, kamu ada tak beri rawatan perubatan pada Cik Muda kami?"

Jun Wu Xie terus mengangguk tanpa teragak-agak.

"Jadu apa lagi yang kamu nak bantah!?" Xiong Ba menjerit marah.

Namun Jun Wu Xie tersenyum dan berkata dengan dingin, "Ketua Dewan Xiong, apa kata kamu tanya mereka. Selepas saya berikan rawatan tu, macam mana keadaan Qu Ling Yue?"

Xiong Ba mengangkat keningnya, "Apa maksud kamu?"

Jun Wu Xie memandang Jiang Ying Long yang berada di sisi lalu berkata, "Jiang Yong Long, kamu sajalah yang beritahu dia. Selepas saya beri rawatan pada Qu Ling Yue, kecederaannya sembuh atau tak?"

Xiong Ba dan kumpulannya terkejut. Tanpa sedar, mereka semua berpaling memandang Jiang Ying Long.

Jiang Ying Long tidak bersedia. Menyedari dirinya sedang direnung oleh Xiong Ba, dia tidak berani memutar belitkan cerita. Dia tergagap-gagap sambil berkata, "Cik Jun… selepas merawat… Ling Yue… keadaannya memang… nampaknya dia dah pulih dari kecederaannya… tapi cuma lemah kerana kehilangan darah yang banyak."

Dia terdiam seketika, kemudian mendongak dan berkata, "Tapi itu cuma bertahan selama separuh hari. Selepas itu keadaan Ling Yue merosot dan kekal sebegitu sehingga kini…"

Kening Xiong Ba berkerut ketat. Dia keliru dengan apa yang didengarnya. Menurut kiasan Tabib Diraja Li, rawatan Jun Wu Xie bukan sahaja tidak menyembuhkan keadaan Qu Ling Yue, malah membuatkan keadaannya lebih teruk. Tapi Jiang Ying Long mengatakan selepas rawatan Jun Wu Xie, kecederaan Qu Ling Yue telah sembuh, walaupun hanya selama setengah hari. Namun berdasarkan diagnosis Feng Yue Yang tentang keadaan Qu Ling Yue tadi, kecederaannya parah. Mana mungkin Qu Ling Yue dapat sembuh sepenuhnya dalam masa yang begitu singkat?

Tabib Diraja Li menyumpah-nyumpah Jiang Ying Long di dalam hati kerana memburukkan keadaan untuknya. Dia terus berkata, "Berkenaan hal itu, saya sudah pun jelaskan pada Guru Jiang sebelum ini. Cik Qu menunjukkan peningkatan dalam keadaannya ketika itu kerana semua tabib di sini tak henti-henti merawatnya sepanjang tempoh itu. Setelah diberikan begitu banyak campuran herba dan dijaga dengan rapi dengan kami, keadaan Cik Qu menunjukkan perkembangan positif. Cik Muda Jun ini cuma kebetulan dapat mencuri hasil usaha kami. Sepatutnya usaha tanpa lelah kami memberikan penjagaan terbaik pada Cik Qu adalah sebab sebenar mengapa keadaannya bertambah baik. Kamu jangan lupa yang apa yang Cik Jun lakukan ketika itu cuma memberikan Cik Qu makan Eliksir Penggumpal Jantung. Izinkan saya bertanya pada Senior Feng. Mungkinkah kecederaan Cik Qu boleh disembuhkan dengan hanya sebiji Eliksir Penggumpal Jantung?"

Feng Yue Yang terus menggelengkan kepalanya, "Eliksir Penggumpal Jantung itu cuma eliksir biasa yang memberi khasiat pada tenaga Qi. Tak akan banyak memberi kesan pun pada kecederaan Cik Muda kami."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C869
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login