Baixar aplicativo
97.52% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 868: Tabib Penipu (1)

Capítulo 868: Tabib Penipu (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jiang Ying Long mahu menyembunyikan kebenaran. Namun sewaktu berdepan dengan sepasang mata Xiong Ba yang membara dengan kemarahan itu, dia tidak berani bersikap acuh tak acuh. Dia tidak ada pilihan selain berpura-pura berani dan berkata, "Tuanku Putera Mahkota sebelum ini mengatakan gadis muda di sebelahnya tu berpengetahuan tinggi dalam bidang perubatan dan ada jalan untuk menyelamatkan nyawa Ling Yue. Tapi saya fikir Cik Jun terlalu muda dan tak begitu tahu tentang bidang perubatan. Namun kami tak boleh tolak desakan Tuanku. Bagi mengelakkan rawatan tabib lain dilengahkan, saya beralah dan membenarkan Cik Jun untuk cuba sekali sahaja. Saya buat perjanjian dengan Tuanku. Kalau Cik Jun tak dapat sembuhkan Ling Yue, mereka tak boleh datang ganggu kami lagi…"

Semakin lama suara Jiang Ying Long semakin perlahan. Dia cuba sedaya upaya untuk menolak beban kesalahan itu kepada Lei Chen. Jiang Ying Long gerun memikirkan Xiong Ba akan mengamuk dan membunuhnya dengan sekali pukul.

Seperti yang dijangka, selepas Xiong Ba mendengar apa yang Jiang Ying Long katakan, matanya terbeliak. Dia memandang Jun Wu Xie dengan kemarahan yang tidak diselindungkan.

"Jiang Ying Long! Berani kamu ya! Kamu benarkan budak yang naif dan jahil ni merawat Cik Muda kami!? Akademi Panji Perang tak ada rasa hormatkah pada Bandar Seribu Binatang!? Patutlah keadaan Cik Muda langsung tak ada perubahan. Kamu semua merawatnya dengan sambil lewa! Kamu semua ni tabib penipu! Budak muda dan sekumpulan orang yang tak guna. Tak mungkin kamu mampu nak sediakan penjagaan secukupnya untuk kecederaan Cik Muda!?" Xiong Ba sedang meradang. Tak kira apa pun, usia Jun Wu Xie paling tinggi pun hanyalah lima belas tahun. Pada usia itu, kalau dia faham tentang ilmu perubatan pun, dia cuma ada ilmu yang cetek.

[Jiang Ying Long berani biarkan budak tu merawat Qu Ling Yue. Sangat mengejutkan dan menggerunkan!]

Suara Xiong Ba sememangnya sudah cukup garau dan kuat. Apabila ditambah pula dengan kemarahan, jeritannya mampu memecahkan gegendang telinga.

"Putera Mahkota Lei Chen! Kalau pun kamu ni Putera Mahkota Negara Yan, kamu tetap tak ada hak untuk melayan Cik Muda Bandar Seribu Binatang dengan cuai! Kalau kamu bawa tabib tersohor lain ke sini tu tak mengapalah. Tapi tengoklah Cik Jun di sebelah kamu tu! Berapa usianya? Mana mungkin dia mampu menyelamatkan nyawa seseorang? Putera Mahkota Lei Chen, kamu ambil mudah saja hal hidup dan mati Cik Muda kami!? Macam mana kamu boleh benarkan budak muda macam tu bertindak!? Putera Mahkota Lei Chen nak buat Cik Muda kami kehilangan nyawa!?" Xiong Ba naik berang. Wajah dan matanya kemerah-merahan. Kalau tak kerana ada pemuda itu yang menghalangnya, pasti Xiong Ba sudah meluru ke hadapan dan mencekik gadis muda yang naif dan jahil itu.

Jiang Ying Long berjaya menghalakan kemarahan Xiong Ba ke atas Jun Wu Xie dan Lei Chen sepenuhnya. Tabib Diraja Li memandang dari sisi sambil ketawa di dalam hatinya. Ketua Dewan Api Marak itu mempunyai perwatakan yang sama seperti nama dewannya. Memang seperti api. Kini sesudah Xiong Ba tahu bahawa Lei Chen cuai dalam menguruskan hal ini, pasti dia tidak akan memberi muka pada Lei Chen.

Seolah-olah memikirkan situasi ini belum cukup panas lagi, Tabib Diraja Li berpura-pura baik dengan berkata, "Ketua Dewan Xiong, tolong bertenang. Tuanku Putera Mahkota berniat baik. Dia tahu yang Cik Qu telah cedera parah dan dia menjadi terlalu bimbang. Sebab itulah dia terfikirkan idea yang teruk macam ni. Walaupun kami semua turut merasakan umur Cik Jun tu… tak memungkinkan dia mempunyai kemahiran dalam bidang Perubatan, Tuanku Putera Mahkota tetap berniat baik. Walaupun caranya itu tidaklah begitu bagus, mujurlah kecederaan Cik Qu tak bertambah teruk. Lagipun kami semua dah berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan Cik Qu. Saya mohon Ketua Dewan Xiong tak besar-besarkan hal ini."

Tabib Diraja Li telah menyusun ayatnya dengan baik. Tetapi secara berkias, dia memberi bayangan bahawa rawatan Jun Wu Xie itu langsung tidak membawa manfaat pada Qu Ling Yue. Malah turut menjadikan kecederaannya lebih parah. Disebabkan usaha keras sekumpulan tabib inilah situasi itu dapat diselamatkan.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C868
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login