Baixar aplicativo
92.92% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 827: Maaf, ini Giliran Saya (2)

Capítulo 827: Maaf, ini Giliran Saya (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Di tengah-tengah pentas pertempuran, juruhebah merenung Jun Xie yang berdiri di atas pentas bersamanya. Bibirnya muncung mengejek kerana dia teringat bahawa sudah beberapa kali semua pihak lawan Jun Xie menarik diri. Hatinya berasa yakin. Walaupun dia tidak boleh menyuarakan pandangannya dengan kuat, riak wajahnya jelas mempamerkan pandangan hinanya terhadap Jun Xie.

Semua mata dalam arena itu tertumpu pada Jun Xie. Hampir setiap kali Jun Xie berdiri atas pentas itu, tiada pihak lawan yang muncul untuk berdiri bertentangan dengannya.

Hari ini, para hadirin menjangkakan situasi yang sama akan berlaku. Mereka tidak berharap pun sewaktu menunggu had masa satu jam itu tamat. Semuanya mahu masa bergerak dengan cepat supaya perlawanan seterusnya dapat diteruskan.

Saat berlalu menjadi minit dan arena itu semakin riuh dengan penonton yang bising dan tidak sabar. Para penonton tidak lagi memandang pada Jun Xie yang berdiri keseorangan di atas pentas. Peserta-peserta perlawanan seterusnya mula bersiap sedia untuk pertempuran mereka yang bakal berlangsung.

Juruhebah itu memerhatikan detik masa. Tidak ada banyak masa lagi yang tinggal sebelum tempoh satu jam itu tamat. Akhirnya dia tidak dapat menahan diri dan membuka mulutnya untuk berkata, "Tuan Muda Jun, saya fikir Zhao Xun juga tak akan datang hari ini. Saya fikir kita perlu beralih ke perlawanan seterusnya yang telah ditetapkan."

Apa yang dia maksudkan adalah untuk Jun Xie berhenti berpura-pura dan tidak membazirkan masa semua orang.

"Masa belum tamat lagi." Jun Wu Xie menjawab dengan suara senada sambil memandang ke arah juruhebah itu.

Lelaki itu mengeluh dan berundur ke tepi.

Jelas daripada perlakuannya yang dia tidak berminat untuk terus melihat Jun Xie berpura-pura.

"Apa bezanya sama ada masa sudah tamat atau belum? Semua orang tahu apa yang sebenarnya yang sedang berlaku di sini. Jadi kamu berlakon untuk siapa ni?" Seluruh arena menjadi kecoh. Jika tidak kerana takutkan Lei Chen yang memihak pada Jun Xie, orang ramai pasti akan segera bertindak dan mencampak Jun Xie keluar dengan ganas.

Walau bagaimanapun, ketika suasana sedang riuh dan gamat, tiba-tiba satu susuk tubuh yang tinggi lampai telah muncul di pintu masuk arena.

Sebaik terpandang orang yang berada di pintu masuk arena itu, sekumpulan pemuda yang sedang berbisik-bisik tadi tiba-tiba terpaku. 

Mereka merenung dengan tidak percaya ke arah pemuda yang perlahan-lahan berjalan masuk ke arena pertempuran. Para hadirin menggosok-gosok mata tanpa sedar dan berfikir sama ada mereka sedang berhalusinasi!

Orang yang muncul di pintu masuk arena itu bukannya orang asing!

Dia ialah Zhao Xun yang merupakan lawan Jun Xie hari ini!

"Kenapa dia ada di sini?"

Sekumpulan anak muda memandang Zhao Xun dengan penuh tanda tanya. Mereka tidak dapat mempercayai mata kepala mereka sendiri.

Zhao Xun terus berjalan ke bahagian tengah pentas pertempuran sambil direnung tepat oleh para penonton. Dia berdiri dengan selamba dan tenang di hadapan Jun Xie.

"Kita boleh mulakan sekarang," kata Jun Wu Xie dengan tiba-tiba.

Juruhebah yang bertanggungjawab mengendalikan pertempuran itu sangat terkejut sehingga tergamam. Lama dia terdiam sebelum berpaling ke arah Zhao Xun dengan teragak-agak. Dia bertanya dalam nada cuba mendapatkan kepastian, "Zhao Xun, kenapa kamu ada di sini?"

Zhao Xun mengangkat kening dan berkata dengan nada menyindir. "Bukankah hari ini saya perlu bertanding? Kamu tanya saya kenapa datang ke sini sedangkan kamu patutnya lebih tahu, bukan?

Juruhebah itu terkejut mendengarkan kata-kata Zhao Xun dan mukanya menjadi pucat. Dia berpaling melihat Zhao Xun dan Jun Xie, wajahnya masih terkejut.

Para pemuda di arena itu menjadi kecoh kerana teruja! Pada mulanya mereka menyangkakan Zhao Xun datang untuk memaklumkan bahawa dia akan menarik diri. Tetapi akhirnya...

Betulkah dia akan bertarung dengan Jun Xie!?

Situasi yang berubah secara tiba-tiba dan tidak dijangka ini telah mengejutkan semua orang.

Semalam Zhao Xun secara terang-terangan memberi bayangan bahawa dia telah menerima tawaran Putera Mahkota untuk menarik diri daripada perlawanan. Tetapi… kenapa dia ada di sini hari ini? Malah dia nampaknya amat berlagak dan mahu berlawan dengan Jun Xie dalam pusingan ini!

Pada ketika itu semua orang berasa sangat keliru.

"Uhuk, kalau begitu... kamu boleh mulakan." Juruhebah itu berundur ke sebelah dengan kekok. Hatinya menjadi semakin keliru.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C827
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login