Baixar aplicativo
60.22% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 536: Berpasangan dalam Mencari Seksaan (4)

Capítulo 536: Berpasangan dalam Mencari Seksaan (4)

Editor: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie merenung Fan Zhuo dan mengakui yang Fan Zhuo ini otaknya lebih bijak daripada abangnya yang dungu itu. Dia tidak perlu diberikan petunjuk untuk melihat dan memahami situasi ini dengan baik.

"Tapi dia juga tidaklah begitu dungu. Setelah dua kali berturut-turut ditolak dengan kasar oleh kamu, saya pasti kini dia sudah faham yang dia tidak akan mendapat apa yang dikehendakinya daripada kamu," kata Fan Zhuo. Dia seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Tetapi disebabkan sudah terbiasa dengan sikap Jun Xie yang berdiam diri seperti biasa, Fan Zhuo tidak kisah.

"Ning Xin mungkin pandai sedikit, tapi jangan lupa yang dia masih mempunyai seorang ayah yang licik. Kalau mereka tak dapat apa yang mereka mahukan daripada sasaran mereka, pasti mereka akan merancang untuk membunuh orang itu sahaja. Saya harap kamu lebih berhati-hati dengan segala-galanya di sekeliling kamu."

"Saya tahu." Jun Wu Xie mengangguk kecil. Dia tidak takut Ning Rui akan mengambil tindakan. Dia cuma takut Ning Rui akan menahan diri daripada melakukan apa-apa. Tak seronoklah nanti.

"Badan saya dah semakin pulih kebelakangan ini. Kalau kamu tak ada apa-apa nak buat di akademi, marilah teman saya keluar sebentar," kata Fan Zhuo. Dia mengetepikan isu-isu lain daripada fikirannya.

"Ke mana?"

"Rumah lelong."

Jun Wu Xie mengangkat sebelah keningnya. Dia memang berniat untuk ke rumah lelongan. Sewaktu mereka berada di Hutan Roh Pertempuran, dia telah mengumpulkan sejumlah batu roh yang banyak, bersama-sama Qiao Chu dan rakan-rakannya yang lain. Dia mencari peluang untuk ke rumah lelong bagi menjual batu-batu roh tersebut, namun tidak berkesempatan. Cadangan Fan Zhuo telah mengingatkan Jun Wu Xie tentang hal itu.

"Saya nak beli sesuatu. Boleh tak kamu teman saya? Kamu pun tahu, dengan keadaan badan saya ni, ayah dan abang saya tak akan benarkan saya keluar seorang. Kalau kita biarkan mereka uruskan pengiring, pasti orang-orang itu akan terlalu mengongkong. Sia-sia saya keluar kalau ada sekumpulan orang memerhatikan gerak geri saya. Tapi kalau kamu ada dengan saya, ayah dan abang saya tidaklah risau sangat." Fan Zhuo tersenyum lembut pada Jun Xie. Sepanjang tempoh ini, selepas melihat yang Fan Zhuo sudah semakin pulih, Fan Qi bertambah lega. Kalau tidak, pasti dia sudah menguruskan orang lain datang menjaga Fan Zhuo setelah Ah Jing dihalau.

Disebabkan keadaan kesihatan Fan Zhuo bertambah baik, Fan Qi semakin percaya pada kebolehan perubatan Jun Xie. Walaupun mereka berdua tidak pernah bersua muka, Fan Qi amat kagum dengan Jun Xie.

"Saya seorang saja mungkin tak cukup untuk menemani kamu." Jun Wu Xie tidak terus memberikan jawapan pada Jun Xie. Walaupun anak-beranak Fan itu percaya Jun Xie dapat menyembuhkan Fan Zhuo sepenuhnya, mereka pasti tetap tidak akan membenarkan Jun Xie bersendirian keluar dengan Fan Zhuo.

Mungkin mudah untuk meyakinkan Fan Jin kerana dia telah menyaksikan kekuatan Jun Wu Xie sewaktu di Hutan Roh Pertempuran, jadi dia tidaklah terlalu bimbang. Tetapi pasti lebih sukar untuk meyakinkan Fan Qi.

Sebaik Fan Zhuo memikirkan yang Jun Xie akan menolak permintaannya, Jun Xie tiba-tiba bersuara, "Saya ada beberapa orang kawan. Kalau kita ajak mereka ikut sekali, pasti lebih selamat."

Senyuman di wajah Fan Zhuo semakin lebar.

"Kamu ada kawan-kawan di sini? Tentulah lebih elok kalau mereka mahu ikut sekali."

Fan Zhuo berasa ingin tahu, rakan-rakan apa yang Jun Xie maksudkan tu. Sepanjang tempoh mereka berinteraksi di dalam hutan buluh ini, dia tahu yang Jun Xie berpersonaliti dingin dan jarang berhubung dengan orang lain. Di seluruh Akademi Zephyr, Jun Xie hanya bercakap dengan adik-beradik Fan. Orang lain yang mahu mencuba pula akan berakhir di dalam situasi yang hampir serupa dengan Ning Xin dan Yin Yan tadi.

"Mereka akan ikut," balas Jun Wu Xie dengan tenang.

Seingat dia, Qiao Chu yang mendesak dia untuk ke rumah lelong bagi mendapatkan sedikit emas. Nampaknya, inilah peluang terbaik mereka.

Sedang Fan Zhuo berbincang dengan Jun Wu Xie tentang rancangan mereka untuk ke rumah lelong tersebut, Ning Xin pula sedang meradang sambil berjalan keluar dari hutan buluh. Yin Yan yang patuh mengekorinya, terlalu gerun dengan wajah Ning Xin, sehingga dia tidak berani berkata apa-apa.

Sebaik mereka tiba di satu kawasan yang agak sunyi, Ning Xin tidak dapat lagi menahan perasaan marahnya!

"Budak sombong tak guna! Kalau bukan kerana dia ada pakar-pakar roh ungu di belakangnya, dia tu bukan siapa-siapalah pada saya!"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C536
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login