Baixar aplicativo
49.32% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 439: Pembunuh yang Lazat (1)

Capítulo 439: Pembunuh yang Lazat (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Tengah hari itu, Fan Jin datang ke hutan buluh untuk mengecek makanan adiknya, seperti biasa. Sewaktu terlihat yang adiknya kelihatan lebih berseri-seri, Fan Jin berasa lega dan gembira pada masa yang sama.

Makanan Fan Zhuo telah ditukarkan sepenuhnya kepada hidangan berubat. Walaupun tidak sama lazat seperti hidangan biasa yang Fan Qi aturkan, namun makanan ini masih dapat diterima dengan baik.

Wajah Ah Jing kelihatan suram sewaktu dia meletakkan hidangan di atas meja. Fan Zhuo mengambil kayu penyepitnya dan mula menundukkan kepala untuk memakan hidangan berubat yang disediakan untuknya. Dia cuba sehabis baik untuk tidak mempedulikan bau lazat yang menusuk ke hidungnya. Bau yang datang dari makanan mewah yang disediakan untuk Fan Jin dan Jun Wu Xie.

Selera Fan Zhuo biasanya memang kecil sahaja. Setelah makan hidangan berubat Jun Xie selama beberapa hari ini, dia kelihatan lebih sihat dan rasa lebih bertenaga. Fan Zhuo mula merasakan dia mempunyai harapan di masa hadapan. Jadi, mengorbankan sedikit nafsunya terhadap hidangan yang sedap merupakan sesuatu yang dia rela terima.

Fan Jin pula tidak menyedari apa-apa dan makan dengan lahap. Mujurlah Fan Zhuo pantas bertindak kali ini dan mengambil sebahagian kecil daripada setiap hidangan yang berbeza untuk diberikan kepada Jun Xie. Kalau tidak, melihatkan betapa perlahannya Jun Xie makan, dia tidak akan mendapat apa-apa untuk dimakan disebabkan sikap gelojoh Fan Jin.

Selain Jun Wu Xie, Fan Jin dan Fan Zhuo, ada satu lagi susuk tubuh kecil di atas meja tersebut.

Sejak mengetahui yang roh berkontrak Jun Xie itu tidak takut dengannya, Fan Zhuo sering meminta kucing hitam kecil itu makan di meja yang sama dengan mereka.

Walaupun roh berkontrak tidak mendapat sebarang khasiat dari makanan manusia, mereka tak akan menolak untuk merasa makanan tersebut.

Sama halnya dengan kucing hitam kecil ini. Setiap kali Fan Zhuo meminta makanan yang lazat disediakan untuk kucing hitam kecil ini, ia tak pernah menolak dan makan tanpa banyak cerita. Sewaktu sedang makan, ekor kucing hitam kecil itu selalu menyapu tangan Fan Zhuo sehingga membuatkan wajah Fan Zhuo menjadi kemerah-merahan.

Fan Jin sedang makan dengan pantas dan lahap, manakala Jun Wu Xie pula mengunyah dengan perlahan-lahan. Selepas beberapa ketika, Jun Wu Xie berhenti makan.

"Kenapa ni?" Fan Jin bertanya pada Jun Xie dari sebalik mangkuknya yang hampir kosong. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya kerana dia terlihat lauk-lauk untuk Jun Xie banyak yang tidak luak dan mangkuk nasinya juga masih hampir penuh.

"Makanan ni tak sesuai dengan selera kamu ke?" Fan Zhuo meletakkan kayu penyepitnya ke tepi dan bertanya dengan bimbang.

Jun Wu Xie berkerut dan mengetap bibirnya. Dia merenung makanan yang terhidang di atas meja itu. Tiba-tiba dia berdiri lalu merampas kayu penyepit dari tangan Fan Jin dan melemparnya ke lantai.

"Ap….. Saya belum habis lagi….." Fan Jin merenung Jun Xie dengan bingung. Matanya terkebil-kebil.

"Jangan makan," kata Jun Wu Xie tiba-tiba.

Fan Jin menjadi gerun dan raut wajahnya terus berubah. Dia cepat-cepat mengeluarkan sepasang kayu penyepit perak yang selalu dibawa bersamanya dan menguji setiap hidangan di atas meja tersebut. Namun dia tidak melihat sebarang tanda kayu penyepit perak itu menjadi gelap setelah dikeluarkan dari setiap hidangan di hadapannya.

"Tak ada racun," kata Fan Jin.

"Bukan racun. Tonik." Mata Jun Wu Xie mengecil. Bilik itu dipenuhi bau makanan dari hidangan-hidangan di atas meja tersebut. Tetapi di sebalik pelbagai bau-bauan ini, Jun Wu Xie dapat mengesan sedikit haruman herba.

Haruman ini tidak begitu ketara, tetapi Jun Wu Xie yakin ini bukan racun, sebaliknya adalah sejenis tonik.

"Tonik?" Fan Jin semakin keliru.

Jun Wu Xie menundukkan kepala sambil berfikir. Persoalan yang mengganggunya selama ini tiba-tiba sudah terjawab.

"Penyakit Fan Zhuo berbalik itu bukannya satu kebetulan. Ada dalang di sebaliknya." Jun Wu Xie bersuara dan mengesahkan kembali kesangsiannya selama ini.

"Apa!?" Fan Jin berdiri dengan marah. Raut wajahnya menunjukkan perasaan tidak percaya sewaktu dia merenung Jun Wu Xie. "Maksud kamu….ada orang yang meletakkan sesuatu ke dalam makanan-makanan ini?"

Jun Wu Xie mengangguk.

"Pada mulanya sewaktu saya memeriksa nadi Fan Zhuo, saya dah dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Berdasarkan keadaan kesihatan Fan Zhuo pada ketika itu, bacaan nadinya tak sepatutnya begitu teruk."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C439
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login