Baixar aplicativo
27.07% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 241: Semua untuk Kamu (3)

Capítulo 241: Semua untuk Kamu (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tak guna Cik renung saya. Saya tak berniat mahu mengkhianati Kumpulan Qing Yun tapi kamu semua bukan tandingan Jun Wu Xie." Bai Yun Xian teragak-agak seketika, sebelum memutuskan yang ajal Qin Yu Yan sudahpun hampir tiba, jadi dia tak perlu berpura-pura lagi. Bai Yun Xian kemudiannya memberitahu perkara sebenar. "Sebenarnya, Jun Wu Xie yang meracun Mo Xuan Fei dan saya juga telah diberikan racun yang sama. Saya sengaja buat kamu semua cuba mendiagnosis Mo Xuan Fei. Saya nak tengok sama ada Cik atau Jiang Chen Qing mampu mengubati racun itu. Kalau salah seorang daripada kamu mampu melakukannya, saya pasti sudah beritahu perkara sebenar ketika itu."

"Tapi kamu berdua mengecewakan saya. Kamu tak mampu mengesan punca keadaan Mo Xuan Fei sekalipun. Bagaimana saya boleh beritahu kamu apa-apa ketika itu? Bukankah Cik selalu berbangga kerana ada kemahiran yang tinggi dalam bidang perubatan? Bagaimana Cik boleh jadi buntu berdepan dengan racun yang dicipta oleh seorang gadis muda?" Bai Yun Xian berasa lega kerana dapat meluahkan segala-galanya, dan dia akhirnya mampu tersenyum.

Pada pendapatnya, undang-undang rimba juga bermaksud setiap orang perlu menyelamatkan diri masing-masing.

Dia cuma mahu pastikan dirinya kekal selamat.

Qin Yu Yan yang angkuh itu juga sudah tersungkur di hadapan Jun Wu Xie dan ini membuatkan Bai Yun Xian puas hati. Namun begitu, ketakutan Bai Yun Xian terhadap Jun Wu Xie juga semakin meningkat.

Jun Wu Xie memiliki kemahiran perubatan yang hanya mampu diimpikan oleh Kumpulan Qing Yun dan dia juga mempunyai ramai pakar yang hebat dengan kekuatan tidak terduga, di sekelilingnya. Bai Yun Xian tidak akan berani menentang Jun Wu Xie lagi, sekalipun dia ada seribu nyawa. Dia hanya mahu terus hidup dan tidak berani menyimpan sebarang kebencian dalam hatinya.

Qin Yu Yan tidak mampu bercakap apabila kesakitan menyelubunginya. Dia hanya dapat merenung penuh benci terhadap Bai Yun Xian dan berharap dia mampu menelan gadis itu!

"Ja….. lang….." Qin Yu Yan menggunakan seluruh kekuatannya untuk mencaci Bai Yun Xian, tetapi tindakan itu membuatkan dia muntah darah.

"Saya nasihatkan Cik simpan saja tenaga. Jun Wu Xie tak akan benarkan Cik mati begitu mudah. Saya nampak racun yang dia tuang dalam mulut Cik tadi. Cik sendiri yang cipta racun itu, bukan? Cik patutnya lebih tahu tentang kesan racun itu berbanding orang lain. Cik tak akan mati selagi tak ada orang yang menggerakkan atau mengalihkan badan Cik, sekalipun selepas Cik mengalami seksaan selama berhari-hari. Jun Wu Xie itu mungkin masih muda, tetapi rancangan yang dibuatnya serta kepandaiannya adalah yang terbaik pernah saya saksikan. Cik tak pelik kenapa Kerajaan Qi tiba-tiba ada pertukaran tampuk pemerintahan? Semua ini dicapai melalui rancangan yang Jun Wu Xie sendiri fikirkan. Pemerintah Kerajaan Qi sebelum ini, masih lagi dikurung di dalam Penjara Bawah Tanah Diraja dan mengalami nasib yang lebih teruk daripada kematian. Cik pula berhadapan dengan Jun Wu Xie dengan memikirkan dia hanyalah seorang remaja biasa. Naif betul." Bai Yun Xian tidak dapat menahan dirinya daripada mengejek Qin Yu Yan yang dalam keadaan tidak berdaya dan sedang meronta-ronta di atas lantai itu.

Selama ini di dalam Kumpulan Qing Yun, dia ditindas dan dipermainkan oleh Qin Yu Yan. Kini, di Kerajaan Qi, Bai Yun Xian akhirnya dapat melepaskan perasaan geramnya itu.

Walaupun dia tak sepatutnya rasa begitu, cemuhannya terhadap Qin Yu Yan dianggap sebagai membalas dendam. Bai Yun Xian berasa puas hati.

Qin Yu Yan mahu bunuh saja Bai Yun Xian, si pengkhianat ini, tetapi selepas mendengarkan kata-kata gadis itu, dia menjadi gerun.

Racun yang dibuatnya ini tidak akan membunuhnya dalam masa beberapa hari, tetapi seksaan tidak tertanggung yang akan dirasakan, sememangnya merupakan nasib yang lebih teruk berbanding kematian.

Dia langsung tidak menyangka racun yang telah dia hasilkan dengan begitu teliti, supaya dapat mengakibatkan seksaan paling hebat, akan digunakan ke atas dirinya sendiri.

Betul cakap Bai Yun Xian, Qin Yu Yan lebih tahu tentang kesan racun ini berbanding orang lain.

Jun Wu Xie tidak membunuhnya bukan kerana berbelas kasihan, tetapi kerana berniat jahat mahu mengenakan kesakitan paling dahsyat ke atas Qin Yu Yan. Jun Wu Xie juga mahu memanjangkan seksaan itu selama berhari-hari, sebelum Qin Yu Yan akhirnya mati.

Kini, Qin Yu Yan menganggap kematian itu satu kemanisan.

"Yun… Xian… B… Bunuh… aku…" Air matanya mengalir deras, darah tersembur keluar dari mulutnya.

Bai Yun Xian memberi pandangan hina sambil menepuk-nepuk lengan baju Qin Yu Yan, "Cik sepatutnya seronok dengan hasil kerja Cik sendiri. Cik masih tak sedarkah yang ini ialah cara Jun Wu Xie membalas dendam bagi pihak Mo Qian Yuan?" Bai Yun Xian mengeluh melihatkan kebodohan Qin Yu Yan….


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C241
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login