Baixar aplicativo
26.74% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 238: Tamparan Keempat (6)

Capítulo 238: Tamparan Keempat (6)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kamu tak boleh bunuh saya. Saya anak perempuan sulung Pemerintah Kumpulan Qing Yun. Kalau kamu berani bunuh saya, ayah saya tak akan lepaskan kamu semua dan Kumpulan Qing Yun akan memusnahkan seluruh Kerajaan Qi!" Qin Yu Yan memaksa keluar sisa-sisa keangkuhan di dalam dirinya dan merenung Jun Wu Xie. Dia cuba menyembunyikan ketakutan yang hampir menenggelami dirinya, tetapi tangannya mendedahkan keberanian palsu yang dia tunjukkan. Jari-jarinya menjadi pucat akibat menggenggam singgahsana itu dengan kuat.

Jun Wu Xie mengangkat keningnya. Dia tidak pernah bersemuka dengan Qin Yu Yan sebelum ini, tetapi ugutannya ini kedengaran sama seperti apa yang Bai Yun Xian pernah katakan dahulu.

Setelah mengimbas kembali kejadian itu, Jun Wu Xie berpusing untuk memandang Bai Yun Xian yang sedang bersembunyi dengan senyap di satu sudut. Renungan Jun Wu Xie itu cukup untuk membuatkan Bai Yun Xian lemah lutut dan dia terjatuh ke atas lantai dengan bunyi yang kuat.

Orang-orang Kumpulan Qing Yun ini tak ada ugutan barukah?

"Bawa dia ke mari," kata Jun Wu Xie dengan perlahan.

Teratai Mabuk melompat naik ke atas singgahsana dan satu jeritan keluar dari mulut Qin Yu Yan.

Qin Yu Yan yang sering dibelai dan dimanjakan itu, bukan tandingan Teratai Mabuk. Rambutnya dipegang dan dia diheret turun dari singgahsana itu sehingga sampai di hadapan Jun Wu Xie.

Cik Sulung Kumpulan Qing Yun itu dilayan dengan kasar oleh Teratai Mabuk, yang langsung tidak menganggapnya sebagai manusia.

"Racun di dalam badannya diberikan oleh kamu?" Jun Wu Xie menunjuk ke arah Mo Qian Yuan yang berada di belakang badan binatang hitam itu.

Bibir Qin Yu Yan menggeletar dan dia terfikir mahu meletakkan kesalahan itu di atas Jiang Chen Qing yang sudah mati. Namun mata yang dingin dan tidak berperasaan di hadapannya ini membuatkan dia berubah fikiran dengan pantas, lalu menelan sahaja pembohongan yang hampir dia katakan.

"Saya ada penawarnya!" kata Qin Yu Yan dengan tergesa-gesa.

Satu bunyi ketawa mengejek kedengaran dari sudut di mana Bai Yun Xian telah jatuh tadi. Bai Yun Xian tidaklah mempunyai hubungan yang rapat dengan Qin Yu Yan, dan apabila dia terlihat Cik Sulung ini jatuh di dalam lubang yang sama sepertinya, hatinya mekar dengan kegembiraan.

Penawar?

Dengan pengetahuan dalam bidang perubatan yang Jun Wu Xie ada, dia tidak akan peduli dengan penawar Qin Yu Yan.

"Racun dan penawar, serahkan segalanya yang kamu ada." Jun Wu Xie memberi arahan secara acuh tak acuh.

Qin Yu Yan cepat-cepat mengeluarkan segala botol-botol berisi racun dan penawar yang ada padanya, tetapi Jun Wu Xie sekadar berkata, "Semua."

Qin Yu Yan tergamam seketika dan sesaat kemudian, dia merasakan kesakitan yang mencucuk, dari kulit kepalanya sehingga ke seluruh badannya. Kesakitan ini membuatkan dia menangis tanpa henti dan dia meminta simpati dari lelaki tampan yang berdiri di sebelah Jun Wu Xie, merayu pertolongannya.

Jun Wu Yao hanya tersenyum jahat.

"Kau tak fahamkah? Keluarkan semua racun dan penawar yang ada pada kau!" Teratai Mabuk menarik rambut Qin Yu Yan secara tidak sabar, tetapi dia telah terlebih menggunakan tenaganya lalu mendapati ada segenggam rambut dalam tangannya.

Setelah segenggam rambutnya ditarik, Qin Yu Yan meraung kesakitan. Teratai Mabuk menarik segenggam rambut lagi sebelum Qin Yu Yan sempat pulih.

"Cepat atau saya akan tarik semua rambut kamu." Jun Wu Xie tidak ada memberikan arahan untuk membunuh perempuan ini, tapi menyeksanya pasti boleh!

Amaran Teratai Mabuk yang tidak menyenangkan itu amat menakutkan Qin Yu Yan dan dia tergesa-gesa mengeluarkan setiap botol berisi eliksir, ubat dan apa saja jenis botol yang ada padanya, lalu meletakkan semuanya di hadapan Jun Wu Xie.

Lebih daripada sepuluh buah botol diletakkan di hadapan Jun Wu Xie. Dia merenung wajah Qin Yu Yan yang pucat, sebelum berpaling untuk memandang botol-botol tersebut. Jun Wu Xie mengambil botol itu satu demi satu dan menghidu setiap satu.

"Kalau kamu lepaskan saya, saya boleh beri seberapa banyak eliksir dan ubat yang kamu mahu! Ayah saya akan berikannya kepada kamu, apa saja yang kamu mahu!" Kekejaman Teratai Mabuk telah membuatkan Qin Yu Yan menjadi begitu takut dan dia sedang menangis kesakitan. Wajah yang anggun dan cantik itu sudah kehilangan keangkuhannya. Berdasarkan rupa parasnya sekarang, tak ada siapa akan tahu dia ialah Cik Sulung yang kejam dan ganas, serta suka membuat rancangan jahat. Dialah Cik Sulung dari Kumpulan Qing Yun, kumpulan yang amat digeruni serta disanjungi.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C238
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login