Baixar aplicativo
13.03% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 116: Angin Perubahan (2)

Capítulo 116: Angin Perubahan (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

Senyuman Jun Wu Xie semakin melebar.

Hukuman mati Wu Wang, yang dilakukan di khalayak ramai, amat kejam. Orang ramai di situ memandang Jun Wu Xie seolah-olah dia ibarat syaitan.

Maharaja amat marah. Walaupun mereka tidak begitu rapat, Wu Wang masih sebahagian daripada Keluarga Diraja dan merupakan adinda kandung baginda. Melaksanakan hukuman mati ke atas Wu Wang di hadapan Maharaja, tanpa kebenaran baginda, seolah-olah menghina baginda!

Titah diraja baginda langsung tidak diendahkan. Jun Wu Xie membunuh Wu Wang sebelum Maharaja sempat habis bertitah!

"Jun Wu Xie! Kamu berani….." Maharaja menggigil kerana menahan marah.

Jun Wu Xie meneruskan dengan selamba, "Siasatan ke atas Wu Wang sudah selesai. Sebentar lagi Tentera Rui Lin akan membawa masuk rakan subahatnya yang terlibat dalam serangan ke atas Putera Kedua."

"Apa yang kamu mahu lakukan?" Maharaja berasa takut dengan apa yang dirancangkan oleh Jun Wu Xie seterusnya.

Gadis ini memang sudah hilang akal!

Senyuman Jun Wu Xie semakin berseri-seri dan sikap dinginnya beransur-ansur hilang.

"Patik akan laksanakan arahan Tuanku sehingga ke akhirnya."

Wajah Maharaja menggerenyet.

Bila pula Jun Wu Xie terima arahan untuk membunuh Wu Wang?

"Long Qi!" Jun Wu Xie memanggil lelaki itu.

"Saya!"

"Bawa ke sini Pegawai Wang, Pegawai Shangguan, Pegawai Xu…" Jun Wu Xie menyenaraikan lebih sepuluh orang pegawai istana. Orang ramai memberikan reaksi setiap kali Jun Wu Xie menyebut nama-nama yang dia 'jemput' untuk ke situ.

Malam ini, tiada yang akan terselamat!

"Sudah! Jun Wu Xie! Mereka semua pegawai istana berpangkat tinggi dan kamu sudahpun membunuh Wu Wang. Hal ini sepatutnya sudah tamat!" Maharaja kini sedar sebab Wu Wang dibunuh di hadapan baginda. Jun Wu Xie mahu menunjukkan kuasanya dan juga membalas dendam. Balasan atas apa yang berlaku di Istana Lin malam ini!

Arahan untuk menyiasat penyerang Putera Kedua hanyalah bertujuan untuk menyusahkan Jun Xian dengan memberikannya petunjuk palsu. Maharaja tidak pernah menyangka arahan yang sama akan digunakan untuk menyusahkan baginda pula.

Di hadapan orang ramai, Jun Wu Xie menggunakan alasan dia sedang melaksanakan arahan. Jadi, Maharaja tidak mempunyai alasan kukuh untuk memarahi Jun Wu Xie.

Tetapi jika dia dibenarkan bertindak bebas, Bandar Diraja akan bermandi darah sebaik fajar tiba.

"Tuanku," Jun Wu Xie mendongak memandang Maharaja. "Pengkhianat-pengkhianat ini mempunyai niat jahat terhadap Putera Kedua. Hukuman yang diberikan setimpal dengan jenayah yang mereka lakukan. Tambahan pula, Istana Lin sudah diberi kuasa penuh untuk menghukum pesalah-pesalah ini dengan apa jua cara yang sesuai." Hal ini disebut dalam perbualan di antara Jun Xian dan Jun Qing tempoh hari. Jun Wu Xie ketika itu hanya mendengar.

Perbualan biasa di antara pasangan bapa dan anak itu terpahat kukuh di minda Jun Wu Xie.

Kemarahan Maharaja memuncak sehingga baginda terhuyung-hayang dan hampir pitam.

Barulah baginda faham! Segalanya sudah jelas!

Sebab mengapa Tentera Rui Lin membuat kemasukan secara megah ialah untuk mengejutkan dan mengumpulkan orang-orang di sekeliling bandar. Mereka akan tertanya-tanya tentang kekecohan yang berlaku pada malam itu. Jun Wu Xie tahu Maharaja risaukan reputasi baginda di kalangan rakyat. Memandangkan orang ramai sudah berkumpul di situ, sukar bagi baginda mahu menguruskan Jun Wu Xie tanpa menimbulkan kemarahan mereka! Kuasa yang diberikan kepada Istana Lin ialah untuk memberikan hukuman yang sesuai dengan jenayah yang dilakukan. Jun Wu Xie kini menggunakan kuasa itu, di bawah panji Maharaja, untuk menghapuskan ancaman terhadap Istana Lin. Dia menghukum mereka sesuka hatinya.

Melainkan Maharaja mempunyai bukti untuk menafikan kesalahan pegawai-pegawai ini, baginda terpaksa memerhatikan sahaja mereka dihukum bunuh, seorang demi seorang!

Apa bukti yang baginda boleh berikan untuk menafikannya? Mayat-mayat yang bergelimpangan itu dihantar untuk menghapuskan Istana Lin. Itu satu fakta yang tidak dapat disangkal. Baginda tidak boleh menarik balik kata-kata baginda bahawa Putera Kedua sebenarnya diserang oleh seorang penyerang sahaja, bukan? Mo Xuan Fei mengatakan dia diserang oleh sekumpulan orang atas dua sebab. Pertama untuk mengelak dirinya mendapat malu dan kedua untuk menyukarkan Jun Xian dalam melakukan siasatannya.

Kebenaran yang mereka mahu sembunyikan dari rakyat yang berkumpul di situ ialah, mereka telah menghantar pembunuh-pembunuh upahan ini untuk menghapuskan Istana Lin.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C116
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login