Baixar aplicativo
10% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 89: Ini Cuma Pil Ubat (3)

Capítulo 89: Ini Cuma Pil Ubat (3)

Editor: EndlessFantasy Translation

Hamba suruhan itu terpinga-pinga memandang Jun Wu Xie. Tangannya memegang senarai herba itu dan dia keliru apa yang perlu dilakukannya serta apa yang diarahkan oleh Cik Muda Keluarga Jun ini.

Jun Wu Xie menjeling sekilas dan hamba suruhan itu begitu ketakutan melihat mata yang dingin itu sehingga dia terus berpusing dan cepat-cepat keluar dari pintu.

"Hamba ini akan menyediakannya."

"Adakah saya terlalu menakutkan?" Jun Wu Xie bertanya pada kucing di dalam dakapannya itu. Dia memandang hamba suruhan yang menunduk hormat sambil bergegas keluar.

"Tidak, hati mereka yang terlalu lemah." Memandangkan tiada orang lain di situ, kucing hitam itu tidak perlu menyembunyikan kebolehannya bercakap.

Orang lain tidak mengenali Jun Wu Xie seperti kucing hitam kecil itu mengenalinya. Gadis itu bukan sombong atau suka menyendiri. Dia cuma...tidak tahu bergaul dengan orang lain...secara normal.

Cuba bayangkan seseorang yang hidup bersendirian sejak lahir. Ini pasti mendatangkan kesan ke atas hubungannya sesama manusia.

Jun Wu Xie dikurung selama tiga belas tahun. Hidupnya cuma dengan dirinya sendiri, membesar bersama ubat-ubatan dan kaedah rawatan serta peralatan perubatan yang dingin dan tidak bernyawa.

Pada ketika itu, dia bercakap hanya dua patah perkataan sepanjang hidupnya. Sewaktu mereka mula-mula bertemu, kucing itu menyangkakan Jun Wu Xie bisu dan autistik.

Jun Wu Xie memandang segala-galanya dengan dingin, matanya langsung tidak menunjukkan sebarang emosi.

Dari usia yang muda dia sudah boleh membedah mayat tanpa sebarang perasaan dan memasukkan organ-organ yang masih segar itu di dalam sebatian formalin untuk diawet.

Kucing hitam kecil itu sering merasakan tuannya ini hanyalah mesin yang tidak mampu mempunyai emosi.

Sehinggalah Jun Wu Xie belajar merasai perasaan benci yang akhirnya memusnahkan kurungan yang memenjarakannya.

Gadis itu akhirnya bebas. Walau bagaimanapun, hidup lebih satu dekad dalam penjara telah menyebabkan dia menjalani gaya hidup yang terlalu berdisiplin. Dia tidak mampu berintegrasi dalam masyarakat serta bergaul dengan orang lain.

Dia lebih suka berada di klinik veterinar dan merawat haiwan yang sakit.

Walaupun haiwan-haiwan itu tidak boleh bercakap dan Jun Wu Xie tidak memahami sikap manusia, dia sangat sensitif serta faham tentang kemahuan dan kesakitan yang dialami oleh haiwan-haiwan itu. Dia tahu mengapa haiwan-haiwan itu menderita dan bagaimana dia dapat membantu.

Dalam keadaan sebegitu, Jun Wu Xie tidak perlu berkata apa-apa.

Setelah menyertai organisasi di mana dia bertemu dengan satu-satunya kawannya, barulah Jun Wu Xie merasai erti menjadi seorang manusia.

Sayangnya, masa yang diberikan padanya terlalu singkat. Semuanya berakhir sebelum dia sempat belajar bagaimana hendak hidup secara normal.

Kucing hitam kecil itu membenci sesiapa yang menganggap Jun Wu Xie sebagai orang yang pelik. Bukan tuannya yang pelik, tetapi orang-orang itu yang bodoh dan tidak tahu cara bergaul dengan Jun Wu Xie. Semua orang kecuali si pencuri yang tidak berprinsip itu. Ini membuktikan yang tuannya bukan tidak mempunyai perasaan. Dia cuma tidak tahu bagaimana mahu menunjukkannya.

Ini kerana...

Tiada siapa yang pernah mengajarnya.

Tetapi dengan bantuan pasangan anak-beranak Keluarga Jun, kucing hitam kecil itu percaya tuannya akan mampu berkelakuan seperti manusia normal!

Sementara itu, hamba suruhan istana menghantarkan banyak herba ke bilik itu. Api relau juga dihidupkan dan suhu bilik itu mula meningkat.

Jun Wu Xie menyuruh semua orang meninggalkan bilik itu. Dia mengasingkan herba-herba untuk merawat dan memproses semuanya. Matanya memberi sepenuh tumpuan pada tugasnya. Saat ini, dia seolah-olah kembali ke waktu dia dikurung selama tiga belas tahun itu. Dengan mata yang sama, pergerakan tangan yang biasa dilakukannya, dia leka dengan kehandalannya dalam bidang perubatan.

Mengekstrak, mengisar, menghancurkan… Tangan Jun Wu Xie yang lembut dan halus itu seolah-olah mempunyai kuasa ajaib. Dalam sekelip mata sahaja semua bahan-bahan itu dapat diproses dengan sangat teliti.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C89
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login