Cucu perempuan Lin Wang – juga dikenali sebagai Cik Muda yang terlalu diberi muka di Istana Lin. Bongkak, riak dan tidak bertolak ansur, dia melihat semua orang sebagai watak kerdil di matanya, termasuklah keluarga diraja.
Lin Wang dan pengasas Maharaja Kerajaan berkongsi sejarah sejak daripada dahulu lagi. Mereka mempunyai hubungan yang rapat sehinggakan sama sama bersumpah atas nama syurga sebagai adik beradik. Apabila Kerajaan Qi dibentuk, Maharaja yang mengasaskan kerajaan itu mengurniakan Jun Xian gelaran mulia iaitu 'Lin Wang'. Anugerah itu memberikannya kuasa yang hampir setaraf dengan keluarga diraja.
Di dalam seluruh kerajaan, ianya adalah salah satu tempat yang sangat dihormati sehinggakan Maharaja sekarang juga harus menyantuni mereka. Lin Wang mempunyai dua orang anak lelaki. Walau bagaimana pun, sikap berat sebelahnya pada cucu perempuannya Jun Wu Xie sudah sampai ke puncak. Apabila Wu Xie jatuh suka kepada Putera Kedua, Lin Wang memaksa Maharaja untuk menyatukan Putera Kedua dan cucu perempuannya atas nama pertunangan.
Walau bagaimanapun, perempuan bongkak ini sekarang terbaring di atas batu-batu tajam dalam keadaan yang menyedihkan. Jika ianya bukan kerana jiwa Wu Xie, dia hanyalah tubuh yang tidak bernyawa yang dibuang ke dalam hutan.
[Kedua-dua kaki retak, tiga rusuk sebelah kiri patah manakala pergelangan tangan kanan terseliuh. Ianya ajaib untuk tubuh ini bertahan meskipun telah jatuh dari tempat yang tinggi.]
Kedengaran suara lain dari dalam diri Jun Wu Xie. Ianya ialah suara si kucing hitam kecil yang biasa menemaninya selama lebih 10 tahun. Sungguh menakjubkan apabila suara tersebut ada di dalam tubuh yang sama.
"Saya masih hidup." Jun Wu Xie menggumam sambil berbaring di atas batu-batu itu tanpa sebarang riak wajah yang menunjukkan kesakitan. Luka pada tubuhnya seolah-olah tidak memberi kesan padanya.
[Tahniah Cik. Kamu telah terselamat daripada maut sekali lagi.] Asap hitam keluar dari dada Jun Wu Xi dan membentuk seokar kucing hitam kecil yang berjalan di tepinya.
Dia berjaya mengharungi satu malapetaka. Namun, dia masih lagi bergentayangan berhampiran dengan pintu kematian.
Dia dapat merasakan yang tenaganya semakin hilang apabila dia menggigil kerana rintik hujan yang lebat membasahi tubuhnya.
Dia perlu mencari tempat berlindung daripada hujan itu secepatnya sebelum suhu badannya semakin menurun! Nasib baik lah ada sebuah gua di bawah cenuram rendah yang berdekatan.
Menggunakan dua tangannya dan azam untuk terus bertahan hidup, dia mengheret tubuhnya ke arah gua itu.
Baju yang koyak-rabak, dibasahi peluh dan semakin lencun akibat hujan lebat, membalut rangka tubuhnya yang lemah. Darah merah pekat daripada luka di kakinya meninggalkan jejak perjalanan mereka. Jejak itu menghilang dibasuh rintik hujan yang menghujani tubuh kecil yang merangkak itu. Kucing hitam kecil itu sekali-sekala menggeselkan tubuhnya seolah-olah memberi galakan sepanjang perjalanan mereka ke arah gua tersebut.
Dengan menggunakan semua kudrat yang tinggal di dalam tubuhnya yang lemah, perjalanan itu benar-benar mencabar walaupun jarak gua itu tidak jauh.
Dengan kecederaan pada tubuhnya dan ditambahkan lagi dengan permukaan tanah yang tidak rata, orang yang sihat juga boleh jatuh pengsan beberapa kali.
Akhirnya, apabila dia berjaya tiba di gua itu, wajahnya sudah pucat lesi seolah-olah tidak berdarah jika ditoreh.
Dia melepaskan hela nafas lega apabila dapat bersandar pada dinding gua yang sejuk dan terlindung daripada hujan lebat di luar. Tiba-tiba, kedengaran suara seram daripada dalam gua yang kelam.
[Si…siapa kah itu?]
Kucing hitam itu bertanya ketakutan. Badannya melengkung apabila dia melompat ke hadapan Wu Xie.
"Pergi lah lihat." Kata Wu Xie tertahan-tahan memandangkan dia tahu kesukaran yang dia hadapi sekarang. Dia tidak mampu merawat dirinya sendiri dengan keadaan berseorangan tanpa sebarang alat perubatan. Oleh itu, dia hanya mampu menunggu sebarang kemungkinan lain.
Ianya sangat baik jika ada orang lain di sisinya yang boleh memberikan bantuan.
Kucing hitam itu berjalan mendahului Wu Xi eke arah punca suara itu. Di dalam kegelapan, Wu Xie dapat merasakan kehadiran orang lain.
"Kamu sudah hampir mati." Suara lelaki dengan nada berjenaka kedengaran dari atas kepalanya.