Baixar aplicativo
6.5% TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 45: Siapa yang Mahu Bunuh Ling Lan?

Capítulo 45: Siapa yang Mahu Bunuh Ling Lan?

Editor: EndlessFantasy Translation

Pada hari pertama persekolahan, Ling Lan menolak cubaan Lan Luofeng untuk menghantarnya ke sekolah. Dia hanya membenarkan Ling Qin sahaja untuk pergi mendaftar bersamanya.

Ini kerana kelopak mata Ling Lan bergerak-gerak sejak dia bangun awal pagi tadi, dan walaupun dia cuba untuk meyakinkan dirinya untuk tidak percaya pada kepercayaan karut...namun atas dasar keselamatan, Ling Lan bertekad untuk meninggalkan ibunya di rumah.

Sudah tentulah sebaik sahaja Ling Lan masuk ke dalam kereta apung, dia mula membincangkan punca-punca berlakunya tindak balas fisiologi ini dengan Empat Kecil, sebagai usaha untuk menghilangkan keraguannya Walau bagaimanapun, mereka berdua diibaratkan seperti tin kosong kerana kedua-duanya tidak menyatakan sebarang kepastian, menyebabkan perbincangan ini bertukar kepada kekeliruan.

Melihat mata Empat Kecil yang kelihatan bingung, Ling Lan yang kesal akhirnya mengakhiri perbincangan mereka yang sia-sia itu. Dia membuat kesimpulan yang fenomena itu ialah misteri yang tidak dapat dirungkaikan. Ini hanya membuatkan Empat Kecil yang mudah terpengaruh itu merenungnya dengan kagum.

Walaupun Ling Lan menikmati pandangan penuh kagum itu, dia berpaling supaya Empat Kecil hilang dari pandangannya. Aduh, dia tidak pernah berniat untuk mempesonakan kanak-kanak di bawah umur melalui pembohongan.

Apabila Ling Lan cuba menghilangkan rasa bersalah di atas penipuannya, renungannya mengecil dan dia mendongakkan kepalanya untuk melihat ke luar tingkap kereta. Pada masa yang sama, Ling Qin yang di sebelahnya juga dapat mengesan bahaya itu dan dengan ekspresi serius, dia berkata, "Ling-Kosong-Tujuh, beralih ke mod pertahanan kecemasan badan penuh dan hantarkan isyarat kecemasan."

"Ya, perintah diterima oleh Ling-Kosong-Tujuh." Sebagai kenderaan yang direka khas untuk tuannya, Ling-Kosong-Tujuh bukanlah kereta apung biasa.

Apabila Long-Zero-Seven berhenti bersuara, Ling Lan memerhatikan bahagian lut sinar di dalam kereta itu tiba-tiba diliputi oleh lapisan defensif yang juga lut sinar. Sementara itu, dia dan Ling Qin telah dipakaikan tali pinggang keselamatan yang muncul dari tempat duduk mereka. Kemudian, Ling-Kosong-Tujuh memecut laju dan terbang dengan pantas.

Walaupun kelajuan Ling-Kosong-Tujuh dipercepatkan, mereka masih tidak dapat mengelak serangan lawan.

Satu kilauan terpancar di mata Ling Lan dan dia mencengkam pemegang bar di sebelahnya dengan kedua-dua tangannya.

"Nahas!" Gelombang tenaga yang besar menterbalikkan kereta apung dan membuatkan kereta itu berpusing-pusing. Ling-Kosong-Tujuh bersusah-payah dengan seluruh kekuatannya untuk mendapatkan semula kawalan badannya yang tidak stabil.

"Amaran, amaran! Integriti badan pada 71.28%, penggunaan tenaga pada 22%. Kita hanya dapat menahan serangan yang sama dua kali lagi!" lapor Ling-Kosong-Tujuh ketika berjaya menguasai semula badannya.

"Ling-Kosong-Tujuh, tinggalkan laluan yang ditetapkan. Laksanakan pemanduan luar aturan, cuba lepaskan diri dari mereka." Jelas terpancar sinar kekejaman di mata Ling Qin. Dia tidak akan melepaskan sahaja orang-orang ini kerana mereka berani cuba membahayakan harapan keluarga Ling.

"Ya!" Ling-Kosong-Tujuh beralih ke gaya pemanduan yang berbeza. Bukan sahaja meningkatkan kelajuannya kepada 2.2 kuasa kuda, malah turut mula bergerak secara rawak dan berkali-kali mengelak serangan jarak jauh musuh.

Di dalam kereta, Ling Qin dengan tenang membuka gancu di hadapan tempat duduknya dan satu kotak besar muncul di depan Ling Lan. Di dalamnya terdapat jaket pelindung, serta pelbagai jenis senjata.

Ling Lan sudah diajar tentang perkara ini dan dia tahu senjata di dalam kotak itu termasuklah senapang teras zarah jenis-II, senapang lakuran sejuk mudah alih, dua bom tangan kilat, dua bom gas pemedih mata, satu bom asap, dua pedang aloi ultra-litium pendek untuk pertempuran. Dalam kata-kata dunia Ling Lan yang terdahulu, dua pedang pendek itu begitu tajam sehingga dapat membelah besi dengan mudah dan boleh memotong sehelai rambut jika angin meniupkan rambut itu merentasinya.

Semua senjata ini dikawal oleh tentera, orang awam dilarang untuk menggunakannya. Walau bagaimanapun, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Orang akan sentiasa mencari jalan untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Tambahan pula, keluarga Ling ditubuhkan melalui cara ketenteraan dan mempunyai hubungan yang banyak dengan pihak tentera. Oleh itu, tidaklah begitu sukar bagi mereka mendapatkan senjata.

Ling Lan melihat terdapat gancuyang sama di hadapannya, dia menariknya dan kotak yang sama muncul lagi.

Ling Qin secara ringkas menjelaskan kepada Ling Lan bagaimana mereka boleh mengakses senjata ini dengan mudah, "Selagi mod pertahanan kecemasan diaktifkan, kotak senjata ini akan terbuka. Dalam keadaan biasa, walaupun kamu cuba membuka bahagian itu, kamu tidak akan berjaya mendapatkan senjata."

Ling Qin mengarahkan Ling Lan untuk mengikuti tindakannya dan memakai jaket pelindung. Tiada siapa yang tahu berapa lama kereta apung itu dapat terus bertahan Semua langkah berjaga-jaga dan tindakan pertahanan perlu diambil segera.

Ling Lan mengangguk faham dan dengan pantas memakai jaket dan kemudian mengikat kemas kedua pedang pendek itu di sisi kedua-dua kakinya. Selepas berfikir, dia turut mengambil pistol lakuran sejuk mudah alih. Walaupun tidak sekuat senapang teras zarah jenis-II, pistol itu lebih kecil dan ringan. Ini menjadikannya lebih sesuai untuk kanak-kanak berusia enam tahun seperti dia. Akhir sekali, dia mengeluarkan kedua-dua bom kilat dan memasukkannya ke poket jaket pelindungnya, meninggalkan bom-bom lain.

Kegunaan senjata tidak diputuskan oleh kekuatannya, tetapi kesesuaiannya. Ling Lan telah mempelajari prinsip ini dengan baik daripada tutor keluarga Lingnya dan ruang pembelajaran. Melihat pilihan yang dibuat, Ling Qin mengangguk setuju. Ling Lan hanya memilih senjata yang sesuai dengannya. Walaupun dua bom lain sangat sesuai untuk menyerang musuh, namun tidak begitu berguna untuk mereka kerana mereka tidak mempunyai alat perlindungan yang sesuai.

********

Beberapa batu dari situ, skuad 413, yang memilih untuk mengawasi Ling Lan dari jarak jauh untuk mengelak daripada dilihat oleh mereka, terkejut dan cemas dengan serangan yang tidak diduga itu.

"Celaka. Rakan seperjuangan, mari kita serang jika kamu tidak mahu mati!" Memandu mechanya sendiri, 413 bergegas ke tempat kejadian. Di dalam mecha, wajahnya pucat. Jika ada bahaya yang menimpa Ling Lan, dia pastinya akan disiat hidup-hidup oleh komander iblisnya.

Selama ini skuad 413 agak santai. Ling Lan bukan budak yang aktif dan sukar dikawal. ini menjadikan kerja mereka sangat mudah. Mereka hanya perlu meronda di sekeliling kawasan rumah Ling Lan dengan kerap.

Mereka berenam memecut mecha mereka ke tahap maksimum, diiringi pekikan siren mecha sambil mereka bergegas ke arah Ling Lan. Semakin mereka menghampiri tempat kejadian ...

"Awas! Berpecah!" 413, yang mendahului, merasakan bulu romanya berdiri dan dia berguling ke satu sisi, dengan jeritan yang kuat.

Enam susuk tubuh jatuh berselerakan akibat pancaran cahaya dingin yang kuat yang ditembak ke laluan asal mereka.

"Nombor 2, tiada kecederaan!"

"Mecha nombor 3, kaki kanan beku."

"Nombor 4, semuanya normal."

"Nombor 5, hilang kawalan ke atas tangan kiri."

"Nombor 6, tiada kecederaan."

Kelima-lima ahli skuad itu segera melaporkan status mereka kepada 413. Hanya Nombor 3 dan Nombor 5 yang telah mengalami kerosakan dalam serangan itu tadi.

"Nombor 4, Nombor 6, lindungi Nombor 3 dan Nombor 5. Nombor 2, ikut saya menentang musuh," arah 413.

"Baik, Tuan!"

Pada saat itu, sekumpulan pasukan mecha terbang dari segenap penjuru untuk berkumpul di hadapan 413. Piawaian yang sempurna, dilengkapi sepenuhnya dengan senjata, menandakan keganasan musuh. Ini menyebabkan wajah 413 menjadi gelap seperti awan yang dipanah petir.

413 menghidupkan butang komunikasinya. "Kamu dari unit mana? Apa tujuan kamu?" Jenis mecha seperti ini dan set lengkap senjata yang ada, hanya terdapat dalam unit ketenteraan. Pihak tentera tidak akan membenarkan senjata sebegini jatuh ke tangan orang awam. Ini bermaksud, mereka ini sudah tentu datang dari pihak tentera. Kebolehan menghantar sekumpulan askar mecha tanpa memberitahu sesiapa, semestinya seseorang dari pihak atasan kententeraan.

Jadi, siapa dari pihak atasan kententeraan yang mahukan Ling Lan mati? Mungkinkah ini musuh dalam selimut dalam pihak tentera?

Namun, demi satu anak benih kecil yang berpotensi... adakah semua senjata ini benar-benar perlu? Adakah mereka tidak takut mendedahkan diri mereka?

Pada saat ini, 413 masih tidak tahu Ling Lan ialah anak Ling Xiao. Jika dia tahu, mungkin dia akan faham kenapa seseorang bersungguh-sungguh mahu membunuh Ling Lan.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C45
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login