Baixar aplicativo
1.71% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 18: Jumpa Kawan Lama di Tempat Asing

Capítulo 18: Jumpa Kawan Lama di Tempat Asing

Editor: EndlessFantasy Translation

Di hujung talian, walaupun ekspresi lelaki yang memegang telefon kelihatan seperti tidak kisah, tangan yang menggenggam telefon menggigil sedikit.

Enam puluh tahun sudah berlalu. Dia tahu pemilik asal Tokong Lampu Berhantu sangat berkuasa dan tidak mudah mati, tetapi, enam puluh tahun sudah berlalu. Dia rasa, mungkin, pemilik asal tidak mempedulikan tempat ini lagi?

Oleh itu, dia mula merancang dan berfikir bagaimana dia boleh membuka pengadang yang ada pada Tokong Lampu Berhantu dan mengambil apa yang ada di dalamnya.

Namun, dia tidak sangka seseorang akan tiba akhirnya.

"Celaka!" Lelaki itu mengetap giginya.

❄️❄️❄️

Selepas keluar dari hotel, Shuhang dan Bulu Lembut mula berjalan di tepi Jalan Luo Xin.

Mereka tidak jumpa orang-orang tua yang berkumpul untuk berbual-bual, sebaliknya, bertembung dengan sesuatu yang lebih menarik—lima orang lelaki miang yang mabuk.

Dia tidak sangka akan bertembung dengan perkara klise seperti 'sekumpulan lelaki mabuk yang gasang', sebab keadaan aman ketika di atas kereta api.

Di lorong yang sunyi, lima orang pemabuk yang terhuyung-hayang telah menghalang jalan Song Shuhang dan Bulu Lembut. Lima pasang mata yang merah memandang Bulu Lembut dengan ghairah.

Alkohol boleh menaikkan tahap keberanian seorang wira dan ia juga mempunyai kesan yang sama pada orang jahat. Tidak hairan jika ada yang sanggup melakukan perkara bodoh ketika di bawah pengaruh alkohol seperti mencium babi, menggigit, atau berlawan dengan anjing.

Lima pemabuk ini tidak pernah bertemu dengan gadis yang begitu cantik seumur hidup mereka. Ternampak sahaja Bulu Lembut, mereka sudah tidak memandang ke tempat lain.

'Celaka, perempuan ni cantik seperti pari-pari. Kalau saya berpeluang untuk bersetubuh dengannya, saya sanggup memendekkan sepuluh tahun daripada hayat saya!' Inilah isi kandungan fikiran mereka, oleh itu, mereka mengepung pasangan Song Shunang dan Bulu Lembut.

Apa yang perlu ditakuti? Paling teruk pun mereka akan dipenjarakan selama beberapa tahun.

Sebenarnya, inilah sebabnya mereka naïf. Mereka hanya terdengar orang lain bercakap besar tentang merogol seorang gadis dan dipenjarakan selama beberapa tahun. Tetapi, adakah zaman sekarang sama seperti zaman dahulu?

Pada zaman ini, hukuman merogol seorang gadis ialah penjara seumur hidup, dan dalam situasi yang lebih teruk, tembakan menembusi kepala!

Di dalam keadaan sekarang, Song Shuhang tidak tahu sama ada hendak ketawa atau menangis. Dia mengendurkan sendinya, dan bersedia untuk berlawan.

Kekuatan berlawannya dikira agak bagus… Biasanya, dia dengan senang boleh berlawan dengan tiga orang yang lebih kuat daripada lima pemabuk kurus di depan mereka. Disebabkan itu, budak jahat di sekolah tidak pernah memberi perhatian kepadanya.

Bagi pihak lawan yang sama seperti pemabuk-pemabuk itu, dia seorang boleh melawan sepuluh orang!

Pada masa Song Shuhang bersedia untuk menggunakan tangan dan kakinya, bunyi tiupan angin melalui telinganya.

Selepas itu, dia nampak satu kaki yang panjang dan langsing menendang berterusan dengan cepat seperti kilat. Sementara kaki itu bergerak di tengah udara, ia hampir sama dengan kupu-kupu yang berterbangan pergi dan balik di sekeliling tumbuhan yang sedang berbunga, menjadikannya pemandangan yang indah. Bukan itu sahaja, kekuatannya juga menakutkan. Apabila sepasang kaki itu bergerak melalui udara, ia menghasilkan bunyi seperti penyebat.

Lima pemabuk berterbangan sebelum jatuh bergelempangan di atas jalan dan terkuit-kuit sambil mengerang dengan sengsara. Selepas itu, mereka muntah dan pengsan untuk satu masa yang lama.

Mereka terjatuh? Berapa lama yang diambil? Satu saat? Ataupun lagi pendek!?

Song Shuhang memandang ke belakang dan menyaksikan pergerakan Bulu Lembut menarik balik kaki panjangnya—sangat sangat hebat!

Jika dibandingkan dengan Bulu Lembut, kemahiran tinjunya boleh tahan sahaja.

Memandang pemabuk-pemabuk yang tidak sedar di atas jalan, Song Shuhang teringat tentang kumpulan budak jahat yang pengsan di luar sekolah.

Secara hipotesis, mengikutkan kemahiran pertarungan Bulu Lembut yang ditunjukkan tadi, memang mungkin untuk sekumpulan tujuh hingga lapan puluh orang budak jahat dibelasah sehingga pengsan dalam masa yang pendek pada hari itu?

Namun, Bulu Lembut masih berada di atas kapal terbang pada masa itu.

Atau memang Enam Belas Dari Puak Su dari grup sembang itu yang melakukannya? Adakah semua orang di dalam grup itu betul-betul memiliki bakat pertarungan yang luar biasa?

"Mereka tak mati, kan? Song Shuhang sedikit bimbang.

"Jangan risau, Senior. Saya tahu batasan. Paling lama pun, mereka akan tidak sedar diri selama dua hari. Had masa ini paling sesuai—jika mereka tidak sedar diri selama tiga hari tanpa makan dan minum, masalah mudah timbul," Bulu Lembut menjawab.

Jawapan ini tiba-tiba memberi penjelasan kepada Song Shuhang—budak jahat itu tidak sedar diri untuk sekianlama, adakah disebabkan had masa 'dua hari' itu belum tiba lagi?

"Senior, mari pergi," Bulu Lembut tersenyum gembira.

Song Shuhang mengangguk dengan kaku. Fikirannya bercelaru sambil mengikut Bulu Lembut, meninggalkan tempat kejadian.

❄️❄️❄️

Selepas Shuhang dan Bulu Lembut beredar, seorang lelaki dengan langkah yang stabil berjalan ke tepi lima pemabuk itu dari sudut lorong kecil itu.

"Pemabuk memang terlalu lemah, tidak cukup pun untuk mereka menunjukkan kuasa sebenar." Lelaki itu mengeluh.

Seorang lelaki berbaju hitam berlutut separuh di atas tanah di belakang lelaki itu dan bertanya, "Mahaguru Altar, perlu tak kita menghantar beberapa orang untuk menguji mereka?

"Tak perlu. Lima pemabuk ini hanya orang biasa, oleh itu mereka menahan diri semasa menyerang. Kalau orang kita yang bertindak... mereka takkan begitu lembut." Mahaguru Altar menjawab. Tidak mudah untuk dia melatih setiap orang bawahannya, malah melatih orang baru yang paling biasa pun memerlukan perbelanjaan sebanyak 1 juta USD. Oleh itu, bukan murah untuk mengorbankan mereka.

Perempuan tadi hanya perlu menaikkan tangannya untuk menguruskan lima pemabuk ini dan kebolehannya sukar untuk dianggarkan. Kekuatan kakinya yang menyebat di udara dan kesenangan untuk mengawalnya memang bukan sesuatu yang boleh dicapai oleh Penjangkau Mortaliti Tahap Satu.

Pihak lain merupakan pihak lawan yang sukar diatasi dan telah memampatkan qi sejati.

Inilah kewujudan yang orang bawahannya tidak mampu berlawan.

Malah, selain Bulu Lebut, ada seorang lagi yang langsung tidak dapat dikesan kehebatannya, seorang 'Senior' yang mempunyai kuasa mendalam yang tidak dapat dibaca.

Mereka dengan mudah mengguna pelbagai cara untuk menghapuskan elit yang memerlukan banyak duit untuk dipupuk. Meskipun dia mempunyai ramai orang bawahan, mereka tidak boleh dibazirkan dengan begitu sahaja.

Sebenarnya, dia agak takut.

"Kita hanya boleh menunggu peluang untuk bertindak," Mahaguru Altar bergumam.

Dia sudah hampir putus harapan untuk mendapatkan khazanah yang ada di dalam Tokong Lampu Berhantu, cuma dia merasakan tidak sanggup untuk melepaskannya.

Bulu Lembut dan Song Shuhang sekali lagi berjalan-jalan sekitar kawasan Jalan Luo Xin selama separuh hari, malah telah bertemu dengan orang tua yang berumur lebih daripada 50 tahun, tetapi tiada sesiapa pun tahu kewujudan Tokong Lampu Berhantu.

Song Shuhang tidak sangka misi mencari sebuah tokong begitu sukar dan berasa sakit kepala. "Bulu Lembut, awak pasti Tokong Lampu Berhantu berada di dalam kawasan Jalan Luo Xin Bandar J?"

"Ia memang dekat sini, dan saya juga pasti namanya. 'Hantu' daripada raksasa hantu, 'Lampu' daripada sangkar lampu!" Bulu Lembut menegaskan. "Ibu saya pernah membawa saya ke sini dulu semasa dia mengandungkan saya. Tetapi, saya hanya boleh memerhatikan dunia luar dengan menggunakan kesedaran saya dan kemahiran ayah saya, dan hanya teringat papan kayu Tokong Lampu Berhantu.

Song Shuhang hanya memahami bahagian pertama kata-katanya, tetapi langsung tidak memahami arah tuju bahagian kedua. Seperti yang dijangkakan, cara berfikir mereka berbeza sebanyak beberapa dimensi.

"Ada tak apa-apa tanda atau ciri-ciri yang istimewa tentang tempat itu? Sebagai contoh, adakah ia berada di atas bukit? Cerun bukit? Atau mungkin ada sungai kecil yang berdekatan dengannya? Shuhang bertanya.

"Ia bukan di atas bukit dan sepatutnya atas tanah rata. Tentang yang lain, saya tidak berapa ingat." Bulu Lembut menjawab dengan malu.

"Senior Sungai Utara ada berita ke?"

Bulu Lembut mengeluarkan telefon bimbitnya dan menjawab dengan gembira selepas membaca, "Senior Sungai Utara ada dalam talian."

Dalam Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah.

Pertapa Malas Sungai Utara: "Bulu Lembut, awak dah dapat cari Tokong Lampu Berhantu?"

"Tidak, belum lagi. Senior ada apa-apa berita ke?" Bulu Lembut menghantar mesej dengan gembira.

"Minta maaf ya. Saya dah cuba tanya beberapa rakan Dao di sini tetapi malangnya mereka yang berkenalan dengan saya berada di bahagian timur China, dan tiada yang tahu tentang perkembangan di Bandar J," Pertapa Malas Sungai Utara menghantar satu 😅. "Tambahan lagi, seseorang yang menyusahkan baru saja tiba dan masih mengekori saya dengan degil. Saya takut saya tidak boleh memberi apa-apa bantuan dalam masa yang terdekat ini."

"Tak apa, Senior, awak boleh fokus dan selesaikan urusan awak." Bulu Lembut senyum dan menjawab.

Selepas membaca kesemuanya, Song Shuhang tiba-tiba berasa bahawa Pertapa Malas Sungai Utara… merupakan lelaki yang tidak boleh diharap. Apabila tidak diperlukan, dia akan berada di talian setiap masa pada setiap hari. Tetapi apabila dia diperlukan, mesti ada sesuatu yang telah berlaku padanya.

"Senior Song, kita harapkan diri sendiri ya!" Bulu Lembut menggengam tangan kecilnya sambil membuat gerak isyarat 'jom berusaha!'.

Comelnya! Song Shuhang tidak tahu kenapa, secara tidak disangka-sangka, dia merasakan perempuan ini yang memang lebih tua daripadanya sangat comel. 

Semasa mereka sedang bercakap, sebaris motosikal yang berwarna-warni dengan lampu tinggi yang terang telah muncul, engin mereka yang ditingkatkan putaran mengeluarkan bunyi "Wuuu" sambil memecut ke arah Shuhang. Hanya dengan mendengar bunyi yang kuat itu, memang ketara bahawa motosikal mereka telah diubah suai.

"Geng motosikal? Zaman apa sekarang ni?" Song Shuhang bergumam dan menarik Bulu Lembut keluar daripada jalan raya.

Apabila Bulu Lembut mendengar perkataan geng motosikal, kedua-dua matanya bersinar. "Kita akan menghapuskan mereka ke?"

"Apa?" Song Shuhang tidak dapat memahaminya.

"Geng motosikal bukan sepatutnya dihantar ke penjara ke? Kita boleh pengsankan mereka dan hantar mereka ke penjara!" Bulu Lembut menggosokkan penumbuknya dengan wajah teruja, tidak sabar untuk beraksi.

"..."

'Cik, apa yang awak cakap memang masuk akal, saya tidak menafikan.'

Namun, Bulu Lembut akhirnya tidak bertindak.

Semasa tujuh hingga lapan motosikal itu melalui Shuhang dan Bulu Lembut, tiba-tiba salah satu daripada mereka melakukan brek kecemasan dan membuat pusingan yang sempurna sebelum berhenti di tepi Shuhang.

Wajah yang kacak, bergaya dan berbulu kening tajam terdedah apabila helmet motosikal dibuka. "Hi, Shuhang! Kenapa awak datang sini?"


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C18
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login