Baixar aplicativo
10.51% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 81: Latihan Meriam

Capítulo 81: Latihan Meriam

Editor: EndlessFantasy Translation

Setiap hari kumpulan Van'er mesti berlatih selama dua hingga tiga jam dengan senjata baru itu, dan selepas latihannya selesai, Van'er perlu kembali ke tembok kota untuk menyambung tugas lamanya yang membosankan pula. Salah seorang penghuni berek Van'er telah mendaftar untuk Skuad Senapang dan sekarang dia memiliki senapang batu baru yang sering digunakannya untuk berlagak. Kalau bukan kerana ada peraturan melarang pergaduhan dalam berek, Van'er tentu sudah bertindak untuk menutup mulut askar itu.

Tetapi dia juga menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

'Bukankah rakan sepasukan saya baru menyertai Skuad Senapang Batu beberapa hari lalu? Mereka sudah dibenarkan berlatih dengan terus berlawan dengan makhluk iblis, tetapi bagaimana dengan Skuad Meriam? Kami tidak dibenarkan menembak walau sebutir peluru pun. Tambahan lagi, meriam itu sangat berat dan mustahil untuk dibawa ke tembok kota,' fikir Van'er.

Apabila dia mendongak ke arah tembok itu, dia dapat melihat laluannya hampir penuh dengan orang berdiri sebelah-menyebelah secara berpasangan. Biasanya semua orang akan berlari di atas laluan itu. Walaupun ia curam, tetapi mereka sanggup melaluinya asalkan mereka tidak mengganggu rakan sepasukan mereka berlawan. Tetapi dengan meriam itu… dua rodanya sahaja sudah lebih lebar daripada seluruh laluan pejalan itu dan mustahil meriam itu akan digunakan untuk menembak ke arah bawah.

Mungkinkah… meriam itu sebenarnya bukan dibina untuk melawan makhluk iblis?

Latihan seterusnya menguatkan lagi sangkaan Van'er.

Kapak Besi membawa empat pasukan meriam itu ke sungai. Di sana, Van'er tiba-tiba ternampak sebuah kapal besar muncul entah dari mana. Tidak… rasanya ia tidak boleh dipanggil "kapal" pun. Badannya diperbuat daripada batu kelabu sama seperti yang digunakan untuk membina tembok kota. Ia sangat lebar tetapi rendah. Selain dua tiang kapal kosong, ia tidak menyerupai sebuah kapal langsung. Ini menimbulkan perbalahan hangat antara rakan sepasukannya.

"Sudah jelas itu jambatan gantung!" Orang pertama yang mengemukakan pendapat adalah Jop. Dia dahulunya menganggotai pasukan kapal layar yang membawa bijih logam ke Kubu Longsong, dan dia sering menganggap dirinya sebagai seorang yang serba tahu. "Deknya dibina lebar untuk memastikan ia lebih stabil! Saya sudah jauh mengembara, saya sudah lihat macam-macam jenis kapal. Jika ini sebuah kapal, bagaimana ia boleh belayar tanpa angin? Selepas jambatan kayu lama yang berusia lebih sepuluh tahun di Kubu Longsong dihanyutkan banjir, mereka menggantikannya dengan jambatan gantung. Mereka menyusun beberapa keping papan lapis lebar sebelah-menyebelah di atas sebuah bot dan menyambungkannya dengan rantai besi untuk memastikannya lebih kukuh!"

"Tempat paling jauh awak pergi hanya Kubu Longsong. Jangan perasan kononnya awak berpengetahuan luas," Rodney mencemuh Jop. "Kalau ini jambatan gantung, kenapa ada dua tiang? Bukankah ia akan terbang dibawa angin nanti?"

"Satu lagi, tengok roda kemudi itu. Jambatan gantung tak perlukan roda kemudi!" Nelson menyampuk mereka untuk menyokong Rodney. Kedua-dua adik beradik itu sentiasa saling mempertahankan. "Tambahan lagi, tengok bangunan antara dua tiang itu. Ia kelihatan seperti kabin kapal, cuma ia belum siap lagi. Tidak syak lagi, itu memang sebuah kapal."

Van'er tidak berminat dengan kapal itu, dia hanya ingin tahu apakah latihan seterusnya. Mujurlah dia tidak perlu menunggu lama. Kapak Besi mengarahkan mereka membawa kuda yang mengheret pedati meriam itu ke arah Pekan Kecil – iaitu nama kapal tersebut yang diberi sendiri oleh Putera Roland. Selepas mendengar penjelasan daripada Kapak Besi tentang kapal itu, muka Jop terus berubah tegang manakala adik-beradik itu tersenyum puas. Kemudian mereka mula mengikat roda pedati meriam itu ke atas dek kapal.

Di atas dek, ada dua kumpulan tiang penghenti dan setiap kumpulan itu terdiri daripada empat tiang. Ia terletak dalam satu barisan di tengah-tengah dek. Ini menunjukkan dek itu boleh memuatkan dua meriam.

Dengan ini, Van'er semakin yakin mereka bukan akan berlawan dengan makhluk iblis. Sungai Air Merah mengalir dari utara ke selatan dan tidak ada sungai besar lain di Hutan Kabus.

Apabila mereka menaiki kapal itu buat kali pertama, Van'er terus dapat merasakan betapa kukuhnya kapal itu.Walaupun air sungai mengalir deras, kapal itu tidak bergoyang-goyang dan Van'er berasa seolah-olah dia berdiri di atas tanah rata yang biasa. Hanya apabila kuda-kuda mula menaiki kapal itu barulah dia dapat merasakan kapal itu bergoyang sedikit.

Dia juga menyedari setiap kali satu pasukan menyelesaikan latihan tembakan mereka, Kapak Besi akan mengira dan mencatat masanya. Memandangkan hanya ada dua tempat untuk meriam, sudah jelas hanya dua pasukan terpantas akan mendapat tempat di atas kapal itu. Van'er senyap-senyap memberitahu pemerhatian ini kepada pasukannya dan dengan serta-merta mereka jadi lebih bersemangat untuk berusaha sehabis baik dalam latihan. Jika mereka tidak terpilih memasuki pasukan meriam, mereka akan dihantar semula ke Skuad Lembing. Bukan sahaja mereka akan mendapat malu, malah gaji mereka akan banyak berkurangan!

Van'er perlu menunggu sehingga hari ketujuh untuk menerima latihan menembak sebenar yang pertama.

Pada hari itu, Baginda Putera Roland turut datang melawat latihan meriam mereka. Semua orang dalam keempat-empat kumpulan itu berkawad dengan megah dan bertenaga.

Mereka sudah begitu kerap berlatih sehingga semua orang sudah biasa memasukkan peluru dan tidak lama kemudian, tembakan pertama dilakukan oleh pasukan Van'er.

Itu kali pertama Van'er menyaksikan kuasa meriam itu. Dengan letusan menggegarkan, peluru meriam itu dilancarkan dan jatuh 500 meter jatuh ke dalam salji dan menyebabkan salji serta lumpur memercik ke udara. Selepas itu ia melantun lebih jauh lagi. Mata kasar Van'er tidak dapat mengesan pergerakan bebola besi itu.

Kejadian itu membuat Van'er berasa sedikit teruja dan takut, dan dia memikirkan bagaimana agaknya Putera Roland boleh terfikir membuat senjata yang begitu mengerikan. Jika dia berhadapan dengan serangan meriam, dia tidak akan ada peluang untuk selamat walaupun memakai baju perisai penuh.

Selepas satu pusingan tembakan, Putera Roland akan mengarahkan seseorang menandakan tempat peluru itu mendarat dengan bendera. Pada masa yang sama, orang lain akan mengukur jarak antara mulut meriam itu dengan bendera. Selepas empat pusingan, giliran pasukan Van'er tiba lagi dan dia mendengar arahan untuk menukar sudut meriam.

Satu skala yang ditandakan dengan 0, 5, 10, 25, dan 30 diletakkan di atas sendi di antara dua hujung meriam dan kaki meriam. Walaupun Van'er tidak memahami tujuannya, dia hanya mengikut sahaja arahan puteranya itu. Kapak Besi akan melaung, "Tembak dengan sudut 5!". Jop, ahli skuad terkuat, akan mengambil batang pelantak, memasukkannya ke dalam mulut meriam, menunggu Van'er mengetatkan skru, dan menekannya ke atas sehingga garis putih yang ditandakan di atasnya masuk habis ke dalam mulut meriam dan kemudian baru dia akan melepaskannya.

Jika dibandingkan dengan sudut asal laras itu, sudutnya kini lebih rendah dan apabila meriam itu dinaikkan, ia menunjuk tepat ke angka 5 atas skala itu.

Selepas itu mereka melakukan empat pusingan lagi penembakan, peletakan bendera, pengukuran jarak, dan pengubahsuaian sudut.

Perlahan-lahan Van'er mula memahami sebab di sebalik tindakan Baginda Putera Roland.

Baginda sedang mencatatkan jarak setiap tembakan. Lebih tinggi sudut meriam itu, pelurunya akan dilancarkan lebih jauh.

Van'er boleh memahami hal ini kerana ia sama konsep dengan busur dan panah. Lebih tinggi ia disasarkan, anak panah akan terbang dengan lebih jauh. Jika anak panah ditembak dalam garis lurus, ia akan tertusuk ke tanah dengan lebih pantas. Dia tidak sangka konsepnya sama dengan meriam juga. Jarak tembakannya akan menjadi lebih jauh kerana halajunya lebih tinggi. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu yang agak tidak masuk akal – jika bebola besi itu boleh dilancarkan dengan cukup pantas, mungkinkah ia tidak akan mendarat langsung?

*******************

Di Sungai Air Merah, Pekan Kecil juga sedang menjalani ujian pertama.

Memandangkan kapal itu akan belayar menggunakan kuasa Wendy semata-mata, anak kapalnya mesti terdiri daripada orang yang boleh diharapkan. Jadi Roland memilih beberapa orang yang sudah tahu ada ahli sihir bersama mereka sebagai anak-anak kapal pertama Pekan Kecil. Ketua Kesateria Carter dilantik menjadi kapten, Brian sebagai jurumudi, kelasi untuk mengawal layar ialah orang-orang Carter, dan bahagian komunikasi pula diserahkan kepada Tigui Pine, bapa Nana. Kesemua mereka sudah biasa berhadapan dengan ahli sihir, dan tiada sangkaan buruk terhadap ahli sihir jadi tiada masalah untuk mereka bekerja di atas kapal itu. Tigui Pine paling tidak perlu dirisaukan memandangkan anak kesayangannya sendiri ialah seorang ahli sihir.


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C81
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login