Baixar aplicativo
6.1% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 47: Pasaran dan Kitaran

Capítulo 47: Pasaran dan Kitaran

Editor: EndlessFantasy Translation

Sepanjang minggu ini, Pekan Sempadan aman dan tenang.

Menurut Kapak Besi dan Brian, kekuatan dan bilangan makhluk iblis akan semakin meningkat sepanjang Bulan Kunjungan Iblis. Mengambil kesempatan daripada langkah kawalan keselamatan yang diperketatkan, Roland menghantar sebuah kapal layar penuh dengan bijih ke Bandar Raya Willow.

Dengan penggunaan enjin wap, bilangan pekerja di Lombong Cerun Utara sudah dikurangkan sebanyak separuh tetapi jumlah bijih yang dilombong masih kekal sama, lalu mengembalikan kadar pengeluaran lombong itu ke paras biasa sebelum runtuhan itu terjadi. Penggunaan mesin itu banyak mengurangkan jumlah tenaga manusia yang diperlukan.

Sementara itu, Roland memulakan rombakan awal sistem perlombongan pekan itu dan menggantikan sistem bayaran tetap dengan sistem gaji apungan. Dia menetapkan satu angka hasil harian seperti dihitung Barov sebagai tahap piawaian. Jika pelombong dapat menghasilkan lebih daripada angka itu, mereka layak mendapat gaji tambahan. Sesiapa yang menemui batu pertama atau urat galian juga boleh menuntut ganjaran. Langkah ini menaikkan semangat para pelombong dan suasana lombong menjadi lebih ceria.

Apabila bijih sudah berada dalam tangannya, sudah tentu Roland mahu melakukan sesuatu.

Selain enjin wap, dia turut merancang untuk menghasilkan pelbagai alat jentera.

Alat jentera sudah ada sejarah panjang dan secara amnya, alat jentera ialah alat yang digunakan untuk menghasilkan alat lain. Jadi sebuah andas, yang dibentuk dan ditempa dengan tangan, boleh dikatakan sebagai alat jentera asal.

Tidak ada salahnya menghasilkan alatan dengan tangan, namun masalah timbul apabila mahu menetapkan kedudukan alatan itu semasa mahu ditempa. Selalunya pekerja akan menambah apit atau alur kepada meja tempa untuk memegang besi yang mahu dibentuk itu agar tidak bergerak. Harquebus awal serta senapang batu merupakan contoh alat buatan tangan atas batu andas dengan alur.

Semakin lama masa berlalu, tenaga manusia semata-mata sudah tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan penghasilan, jadi sebab itu alat jentera dikembangkan dan dipelbagaikan. Alat jentera menggunakan kaedah pemegangan dan pembuatan berbeza bergantung kepada penggunaannya. Tambahan lagi, kerjasama antara buatan tangan dan buatan mesin boleh meningkatkan kelancaran proses dengan berkesan.

Roland mempertimbangkan untuk membuat mesin pengisar tangan.

Walaupun mesin pengisar ada pelbagai fungsi, dia boleh menggunakannya untuk menghasilkan gear gulung pusar jadi kerangkanya boleh diringkaskan lagi. Ia hanya memerlukan dua selitan dan pengisar keluli boleh pusing. Dengan bantuan Anna, satu pengisar acuan khas direka khusus untuk membentuk gear boleh dihasilkan dengan mudah. Bahagian atas alat pengisar ini dikikir menjadi bentuk trapezoid dan dipanaskan sehingga bertukar warna merah. Kemudian batang besi akan digunakan untuk mengukir bentuk-bentuk dan dengan serta-merta akan dijunam ke dalam air untuk mengeraskannya. Inilah kaedah untuk menghasilkan pengisar direka khas.

Selepas menyelesaikan masalah utama ini, Roland serta-merta menyuruh Carter mengupah dua orang tukang kayu untuk membina kerangka mesin pengisar itu, sementara Anna pula membuat bahagian besinya di laman belakang istana.

Langkah pemprosesan besi menjadi semudah menguli tanah liat dengan bantuan Anna, lebih-lebih lagi selepas dia memperhalusi kemahirannya mengawal api. Proses penghasilan awal semua bahagian kecil bergantung kepada Anna. Apabila melihat gadis itu meleburkan jongkong besi menjadi besi cair dan kemudian menempanya pula menjadi bentuk yang dikehendaki, Roland hanya mampu ternganga kekaguman.

Tanpa bantuan ahli sihir, dia hanya akan mampu mencapai semua yang diimpikan dalam masa sepuluh tahun atau lebih.

Dua hari kemudian, mesin pengisar ringkas pertama di dunia itu telah ditempatkan di laman belakang istana.

Baru-baru ini, Roland sibuk mereka bentuk satu set gear yang akan digunakan untuk mengawal atur kelajuan dan menstabilkan penghasilan enjin wap. Cakera bergigi berkenaan sedang dalam proses acuan. Sesudah mesin pengisar dipasang, cakera itu pula akan dikisar.

Rupa gear sudah tidak asing lagi bagi Ketua Kesateria Carter. Kebanyakan lombong zaman itu mengalirkan air keluar dengan mengerahkan lembu atau kerbau menarik gear kayu dengan mekanisme win. Kali ini Carter berpuas hati. Dia memahami perkara yang puteranya sedang lakukan.

Roland menyuruhnya membawa tiga orang tukang besi serta perantis mereka untuk belajar cara mengendalikan mesin pengisar itu di laman belakang istana. Kemungkinan besar Roland tidak akan ada masa untuk membuat kerja pengisaran ini sendiri, jadi dia perlu melatih orang lain untuk melakukannya.

Sebaik sahaja mereka tiba, Roland terus menunjukkan cara menggunakan mesin pengisar itu untuk menghasilkan gear.

Roland tidak kisah dirinya perlu menjadi pengajar. Dia mungkin hanya akan dianggap sebagai seorang putera yang mempunyai banyak hobi. Lagipun dia bukannya rajin sangat jadi dia memastikan mesin-mesin itu mudah dikendalikan.

Carter ditugaskan untuk menuang lemak cair di tepinya. Pada zaman itu, penggunaan lemak cair jauh lebih membazir daripada minyak untuk tujuan pelinciran. Namun mereka terpaksa menggunakan apa yang ada. Lemak cair itu mengalir turun, melincirkan pengisar, dan ditakung sebuah mangkuk tembikar, jadi ia boleh digunakan semula berkali-kali.

Mula-mula Roland membentuk lekuk atas cakera bergigi itu mengikut sudut yang dihitung terlebih awal. Kemudian dia menegakkan cakera bergigi itu dan memegangnya kepada meja tempa. Seterusnya, dia menarik pengisar itu ke atas cakera bergigi itu dan menjajarkannya dengan lekuk yang dibuat tadi. Dia menekan pedal. Tali sawat memindahkan tenaga janaan roda kayu pedal tadi ke aci pengisar.

Kemudian, Roland menggenggam pemegang pengisar itu dengan kuat dan menariknya ke bawah dengan berhati-hati, dan kemudian pengisar berpusing itu memotong cakera bergigi itu perlahan-lahan pada sudut 90 darjah.

Oleh kerana cakera bergigi itu diperbuat daripada besi jongkong, tidak banyak tenaga diperlukan untuk membuat lekuk itu walaupun pengisar itu memotong keluli selepas baru sahaja dikeraskan dalam air. Bau lemak cair mengisi udara dan mengecurkan air liur semua tukang besi serta perantis yang sudah lama tidak merasa makan daging.

Selepas demonstrasi itu tamat, kini masa untuk menandatangani kontrak. Perniagaan di Pekan Sempadan baru sahaja mahu rancak dan industri itu pula sangat baru. Oleh itu, enjin wap dan alat jentera tidak akan dikenali serta-merta. Pada masa itu, kebanyakan orang akan sukar memahami kuasa sebenar yang boleh dicapai dengan kedua-dua ciptaan itu. Jadi Roland sendiri perlu menguar-uarkan tentang kejayaan ciptaan ini.

Kontrak itu menyatakan semua bengkel tukang besi yang menggunakan mesin pengisar itu mesti menghasilkan satu set gear setiap minggu. Semua bahan diperlukan akan disediakan oleh pihak istana dan upah penghasilannya sebanyak sepuluh keping perak. Lagipun alat jentera itu bukan percuma dan mereka seperti menyewanya sahaja. Bengkel tukang besi mesti membayar dua keping perak sebagai sewa untuk menggunakan alatan ini.

Sewaktu Bulan Kunjungan Iblis, bengkel tukang besi selalunya kurang pelanggan. Titah terbaru putera itu boleh memanfaatkan bengkel tukang besi dan sudah tentu, mereka juga tidak boleh mengingkari titah diraja. Pada masa yang sama, Roland memberitahu mereka ini hanya mesin pengisar yang pertama, dan kelak akan ada lebih banyak mesin pengisar dihasilkan. Sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan di Dewan Perbandaran.

"Tapi Tuanku, kenapa Tuanku tidak menetapkan upah penghasilan sebanyak lapan keping perak sekaligus?" Carter menyatakan kekeliruannya kepada Roland selepas tukang-tukang besi itu pulang.

"Beta tahu jumlahnya sama, tetapi maksudnya berbeza," Roland mula menjelaskan. "Mungkin inilah kontrak sewa beli komersil pertama di Pekan Sempadan. Beta mesti menetapkan piawaian industri."

Carter menyeka peluh di dahi. Dia tidak faham walau satu patah pun kata-kata puteranya itu. Namun begitu dia sudah belajar daripada pengalaman. Jika Carter berpura-pura faham, Putera Roland akan terus bercerita tentangnya.

"Permulaan baik akan mewujudkan kitaran yang berhasil. Sekarang hanya beta perlu membeli gear, jadi Beta akan menyediakan alat jentera. Mereka pula akan dibayar untuk tenaga mereka. Kemudian, apabila alat jentera ini diperlukan orang lain, tukang besi akan menyedari mereka akan mengaut lebih banyak untung jika mereka membeli mesin beta, bukan menyewanya." Roland terdiam sebentar. "Maknanya, apabila orang menemui benda baru, mereka akan cuba menggunakan kaedah penghasilan alternatif untuk mengelakkan risiko. Beta akan mendapat untung apabila beta menyewakan alatan ini dan penghasilan ciptaan baru selepas itu akan bergantung kepada pasaran. Itu maksud kitaran yang berhasil."


Load failed, please RETRY

Presentes

Presente -- Presente recebido

    Status de energia semanal

    Rank -- Ranking de Poder
    Stone -- Pedra de Poder

    Capítulos de desbloqueio em lote

    Índice

    Opções de exibição

    Fundo

    Fonte

    Tamanho

    Comentários do capítulo

    Escreva uma avaliação Status de leitura: C47
    Falha ao postar. Tente novamente
    • Qualidade da Tradução
    • Estabilidade das atualizações
    • Desenvolvimento de Histórias
    • Design de Personagens
    • Antecedentes do mundo

    O escore total 0.0

    Resenha postada com sucesso! Leia mais resenhas
    Vote com Power Stone
    Rank NO.-- Ranking de Potência
    Stone -- Pedra de Poder
    Denunciar conteúdo impróprio
    Dica de erro

    Denunciar abuso

    Comentários do parágrafo

    Login